Friday, February 27

"PEMUDA UMNO CELAKA".. FIKIR SEBELUM BERCAKAP!!

Satu persoalan yang paling besar yang perlu kita semua renungi mengenai ungkapan Ahli Parlimen Bukit gelugor iaitu YB Karpal Singh berkaitan "Pemuda UMNO Celaka" adalah:

a. Ungkapan tersebut dituju / melibatkan satu kumpulan belia atau pemuda yang memperjuangkan agenda Melayu dan kumpulan tersebut berada di dalam Pertubuhan Melayu (UMNO) yang terbesar di Malaysia.

b. Kumpulan belia atau pemuda ini adalah generasi yang akan memegang tanggungjawab sebagai Pemimpin Negara (Perdana Menteri Malaysia) pada masa akan datang.

c. Ungkapan ini juga mengaitkan kumpulan belia atau pemuda Melayu yang beragama Islam di Malaysia.
d. Bila ia melibatkan orang Melayu atau bangsa Melayu, tidakkah ia secara langsung telah menghina Rukun Negara Kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara....di mana Raja atau Sultan juga berbangsa Melayu.

Daripada semua perkara yang tersebut di atas ini, kita boleh simpulkan bahawa dengan menggunakan perkataan "CELAKA" (maksud: MALAPETAKA, TIDAK BERNASIB BAIK, KEJI dan lain-lain) kepada Pemuda UMNOini, ia secara tidak langsung menghukum generasi pelapis dari bangsa Melayu untuk menerajui Negara pada masa hadapan. Ini bermaksud UMNO pada masa hadapan tidak lagi releven dalam politik Malaysia. TIDAKKAH TUDUHAN INI SATU GURAUAN ATAU PENGHINAAN YANG TIDAK BOLEH DIMAAFKAN DALAM SEJARAH MALAYSIA??

5 comments:

Anonymous said...

Salam,

Aku rasa Singh ni dah gila merian. Dah dekat-dekat nk mati kot. Tak padan dengan kerusi roda. Kerana dia sorang Malaysia porak peranda

Anonymous said...

ok apa??? sekurang kuranya karpal berterus terang bukan macam ko. bodek tak tentu pasal. setiap yg bersalah salahlah buat apa nak dibela lagi.

Anonymous said...

Hai pasir mas, yg awak sokong benggali tu pasal apa plak? insaflah...nak tya..awak ni benggali ke melayu pasir mas?

Anonymous said...

Kalau karpal kata anwar bertaubat...ni aku plak nk kata pd pasir mas...bertaubatlah!

Anonymous said...

Perkara utama yg perlu UMNO atau Pemuda lakukan adalah tukar kepimpinan Pemuda segera. Yg ada skg hanya berpura-pura. X berani nk bersuara secara tegas dan keras. Tunjuk keris pun dah minta maaf..apa nie??? Pemuda ke Pondan Muda???

Blah