Sunday, January 4

KEGAWATAN EKONOMI DUNIA 2009

Beberapa langkah drastik telah diambil oleh insititusi kewangan antarabangsa khususnya dalam menghadapi kegawatan ekonomi dan kewangan global tahun 2009. Antara usaha yang dilakukan adalah pengetatan kredit dan membendung kecairan oleh institusi kewangan di seluruh dunia. Krisis subprima dan kewangan AS juga dilihat telah menular ke bahagian lain di beberapa negara di mana ekonomi-ekonomi mengunjurkan kemelesetan ekonomi yang drastik dan ini akan memberi impak yang berterusan kepada ramalan terjadinya kemelesetan pada tahun 2009. Jadi apakah persediaan kita selaku rakyat Malaysia dan apakah usaha-usaha yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan dalam mengurangkan tekanan atau bebanan dari krisis ini.

4 comments:

sumandak bayu said...

Salam bro,....

Sumandak risau gak bila harga minyak mendadak jatuh di pasaran antarabangsa... ni tandanya tahun 2009 kita akan berdepan lagi dengan krisis ekonomi... harap-harap pemimpin kita dah bersedia kerana rakyat sekali lagi akan diduga dengan krisis kos hidup yang tak pernah nak turun macam saham asyik naikkkkk je.

Anonymous said...

Harap harap malaysia tak jadi macam negara thai dan indon. dah ler politik kacau bilau. ekonomi dunia plak merosot. takut pelabur lari nanti baru semua padan muka

Anonymous said...

Rangsangan 10 billion baru2 ni oleh DS Najib rasanyer boleh mengurangkan beban rakyat dan negara dlm krisis ekonomi global. tapi apa akan jd dgn nasib ribuan peekrja yg diberhentikan dan kadar jenayah yg semakin meningkat??

Anonymous said...

kita tunggu sejauh mana najib dan kuncu-kuncunya nak perabih harta negara>>>>