Monday, October 6

DI MANAKAH MARUAH SEORANG PEMIMPIN??




Keputusan YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Jabatan Perdana Menteri) dan YAB Dato' Seri Mohd Ali Rustam (Naib Presiden UMNO / Ketua Menteri Melaka) bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dilihat satu keputusan yang berani tetapi tidak terlalu bijak. Kenapa keadaan ini berlaku? Walaupun apa jua strategi atau muslihat disebalik keputusan ini, kedua-dua pemimpin ini telah menonjolkan satu contoh yang tidak matang dan memberi tanggapan negatif kepada UMNO sendiri. Pertama: YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi belum mengumumkan sama ada beliau akan mempertahankan jawatan Presiden atau tidak. Ini menunjukkan kedua-dua pemimpin ini terlalu gelojoh dan tidak menghormati pemimpin. Kedua: Kenyataan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin (Naib Presiden UMNO) yang mengatakan bahawa beliau akan mengumumkan sama ada bertanding atau tidak bergantung kepada pengumuman Presiden, mengukuhkan lagi tanggapan bahawa kedua-dua pemimpin ini terlalu rakus dengan jawatan sehingga mengetepikan pengumuman Presiden. Ketiga: Pengumuman oleh YB Dato' Seri Shahidan Kassim (Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis) bahawa beliau akan memberi sokongan kepada Zahid Hamidi, sekali lagi akan meruntun nilai hormat kepada pucuk pimpinan parti khususnya Presiden yang masih belum mengumumkan keputusan sama ada bertanding atau tidak. Dengan ketiga-tiga faktor ini, kita boleh menilai sikap-sikap pemimpin UMNO yang kurang menganalisa dan mendalami tatasusila sehingga sanggup mengetepikan ketua untuk kepentingan sendiri.

17 comments:

Anonymous said...

Sahabat Semua!

SHAH ALAM 5 Okt. – Pemimpin UMNO yang berhasrat menawarkan diri bertanding jawatan nombor dua parti, seharusnya menunggu pengumuman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sama ada mahu mempertahankan jawatan Presiden atau sebaliknya pada pemilihan Mac tahun depan.

Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Onn Ismail berkata, walaupun parti itu mengamalkan demokrasi yang membenarkan ahli bertanding sebarang jawatan, namun tradisi menghormati pemimpin perlu diteruskan.

“Semua boleh tawarkan diri bertanding, cuma jangan mendahului, tunggu Presiden umum dahulu, kalau Pak Lah sudah umum tidak mahu bertanding, itu tidak mengapa,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Sehingga kini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden parti, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam sudah menyatakan kesediaan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Lihatlah apa sudah jadi dengan UMNO?

sumandak bayu said...

Kita mohon kepada semua pemimpin UMNO perlu lebih bijak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada umum... demi perjuangan yang sebenar dalam parti kalo dah siap lagi keluar simpulan sokong simpulan kita dah nampak wujud perpecahan dalam parti UMNO...

Rakyat Malaysia tak nak UMNO hancur disebabkan ahli yang sentiasa inginkan jawatan tinggi hingga kebajikan ahli diabaikan.

UMNO pada hari ini menjadi perhatian umum; baik dalam mahupun luar negara.. TUnjukkanlah teladan yang baik demi RAKYAT MALAYSIA (bangsa, agama dan negara).

Anonymous said...

Sebenarnya tindakan segelintir pemimpin UMNO yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan tertinggi UMNO menunjukkan tiada lagi kepercayaan mereka terhadap pemimpin yang ada. Jiwa mereka memberontak. Hati mereka serabut. Minda mereka keliru. Jadi jalan mudah adalah dengan memijak orang untuk naik ke atas....

Anonymous said...

saya setuju benar dengan pandangan Dr. Rais Yatim.

1. Ukur baju di bada sendiri
2. “Semasa kami dalam retreat UMNO Jun lalu dan bersama Tan Sri Muhyiddin (Yassin) meminta supaya disegerakan peralihan kuasa, kami dikutuk ramai pihak tetapi sekarang orang yang tidak ada kena mengena dengan semua ini hendak percepatkan pula peralihan itu.(Dr. Rais)

Calon terbaik yang perlu kita pilih adalah Muhyiddin!!!!!

Anonymous said...

bawa mengucap la zahid oiiii....dan bawa mengucap sama ali rustam.....

Anonymous said...

Seharusnya Pok Lah nie umum cepat skit deh. Jgn biar org nampok dio ni tak serius dgn keadaan skg. tok kan nak buat suprise plok? org lain dah mcm kera keno cili...lompat-lompat nak jawatan. camon lo pok loh.

Anonymous said...

anak tok mat pun nak tanding. gila apa? sapa dia hah? hai apa nie semua??????

Anonymous said...

capone..

muhd taib plak nak tanding tim presiden? pasni sapa lagi huh? aku dok tengok akan ada dua tiga orang lagi nak promote diri sendiri pasni..

Al Capone said...

Salam,

Makluman terbaru..

KUALA LUMPUR 9 Okt. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan dirinya hanya akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, bukan Timbalan Presiden parti pada pemilihan parti itu Mac ini. - Utusan

TQ

Anonymous said...

Salam capone,

Sorang lagi Mike Tyson UMNO Muhd Mohd Taib juga nak tanding. Semua ni punca!!!

Anonymous said...

Si Rasuah juga nak tanding Tim Presiden UMNO??? Hai kenapa jadi camtu Mike Tyson?

Anonymous said...

Yo Bro..

Gua rasa UMNO perlu buang habis pemimpin2 yg tak sedar diri. Dan yg tak tahu hormat org lain. Apa dah jadi sekarang.? imej UMNO dah hacussss beb. Please lah...jgn bagi malu bangsa lain.

Anonymous said...

salam,

perlu ada strategi nak perancangan yang rapi selepas ini. jangan jadikan umno parti bercelaru dan boleh diperleceh orang lain. perlu branding untuk cabaran masa hadapan.

Anonymous said...

Harap yg benar2 ikhlas dan berpotensi dipilih oleh perwakilan. mohon pada Allah agar dielakkan dari dipilih oleh perwakilan pemimpin yang kuat rasuah. amin

Anonymous said...

salam

nampaknya ramai yang calonkan najib dan muhyiddin untuk menerajui negara.....

Anonymous said...

ali o ali.....shah rukhan.....

Anonymous said...

JANGAN BUANG MASA...TARIK DIRI SEBELUM MALU BEB....PLEASE...