Thursday, September 25

HARGA MINYAK VS INFLASI

Penurunan harga runcit minyak petrol dan diesel sebanyak 10 sen yang diumumkan Kerajaan, dilihat tidak mampu membantu menangani inflasi, dan juga meningkatkan kuasa membeli di kalangan pengguna. Para ahli ekonomi dan penganalisis tempatan bersetuju bahawa harga itu sepatutnya diturunkan sekurang-kurangnya 30 sen kerana tindakan itu mampu mengurangkan peningkatan inflasi.
Penurunan harga minyak sebanyak 10 sen tidak banyak membantu kerana jumlah itu adalah terlalu kecil dan tidak menggambarkan kedudukan semasa harga minyak dunia. Rakyat telah menaruh harapan yang tinggi bahawa kerajaan akan menurunkan harganya kepada satu paras 'munasabah', seiring dengan aliran penyusutan harga minyak dunia yang kini berada di sekitar bawah AS$110 (RM374) setong sejak hampir dua bulan. Kerajaan perlu lebih telus dalam mengemukakan mekanisme penurunan harga minyak yang dibuat supaya rakyat faham jumlah harga sebenar minyak, harga pasaran dan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan.
Tindakan bijak Kerajaan dalam menguruskan penurunan harga minyak seperti yang disyorkan oleh pakar ekonomi tempatan, dilihat akan mengembalikan keyakinan rakyat kepada Kerajaan dan jika ini tidak dilakukan, berkemungkinan 'tahap keyakinan' rakyat kepada Kerajaan akan bertambah parah pada masa akan datang!

7 comments:

Anonymous said...

Salam,

Memang benar, inflasi sekarang ini sukar untuk diturunkan atas faktor2 yang telah disebutkan. Kerajaan harus berani menurunkan lagi harga minyak melalui pengurusan ekonomi yang lebih efektif. Kekalahan BN dan pemberontakan rakyat kepada Kerajaan adalah disebabkan oleh harga runcit minyak naik dengan mengejut.

Anonymous said...

bro capone,

life without inflation is nothing...agreed? think about that k

Anonymous said...

yo bro,

kerajaan kenalah kotakan janji nak turunkan 30 sen jika paras us dollar bawah 100 setong. tapi lain pula yang dilaksanakan. orang pegang pada janji.

Anonymous said...

setiap tindakan yang dilakukan kerajaan perlulah diadakan research terlebih dahulu. janganlah masukkan politik dalam penilaian ketentuan ekonomi negara. janganlah perbodahkan rakyat dengan janji yang tidak betul kerana rakyat kebanyakan terpelajar dan berpendidikan. harap kerajaan lebih telus dan bukannya menipu.

Anonymous said...

salam

kini sudah tiba masanya kepimpinan kita ditukar dan berubah. sekarang sudah menjadi kacau bilau di malaysia. tiada sistem yang teratur dan meyakinkan dalam ekonomi kita. rakyat memberontak dengan cara pemimpin kita mengurus negara.

Anonymous said...

dah USD $90 setong!!!! kenapa masih tak turun harga minyak pak lah????

Anonymous said...

dah turun skg....dah ok ler....pasni x tahu ape plak.