Thursday, September 11

TENGKU ABDULLAH MAHU UMNO KUKUH INSTITUSI RAJA SEBAGAI PELINDUNG MELAYU

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu UMNO melakukan usaha mengukuhkan institusi Raja-Raja Melayu bagi menguatkan lagi peranannya sebagai pelindung rakyat khususnya orang Melayu serta agama Islam. Menurut Tengku Abdullah: “Bukannya kita hendak kuasa lebih tetapi kita perlu kaji supaya institusi ini tidak boleh diperkotak-katik, dipersenda atau diperkecilkan oleh mana-mana pihak,” titah baginda dalam satu wawancara eksklusif dengan Khabar Pahang, akhbar rasmi Kerajaan Negeri Pahang. Tengku Abdullah bertitah imuniti Raja-Raja, yang suatu ketika dulu telah dihapuskan secara tidak langsung, telah meletakkan institusi berkenaan berada dalam keadaan seolah-olah tidak kukuh dan mungkin menjadi tidak relevan.

5 comments:

Anonymous said...

aku seteju benor inst diraja ni dimartabatkan dan jangan kasi peluang pada geng2 politik untuk memperlekehkan inst ini. cuba lihat bagaimana perlis dan terengganu yang berhadapan dengan kekangan orang2 politik dan bersikap kurang ajar pada inst diraja. kalau perkara ini tidak uruskan dengan baik tidak mustahil inst diraja akan lenyap suatu hari nanti.....trust me

Anonymous said...

setuju juge saya mengenai perkara ini. dari dulu sultan memainkan peranan dalam menjaga hak melayu dan islam. berilah satu kuasa pada sultan yang benar-benar tidak boleh disentuh oleh sesiapapun khususnya untuk jaga orang-orang melayu dan islam

Anonymous said...

jangan pula sultan dan raja jadi kuku besi plak. itu yang tak seronok tu

Anonymous said...

Daulat Tuanku!!! rukun negara ke dua. ingat tu. jgan dok main2 dengan sultan dan raja. perlis yg tak jadi MB tu sebab tak ngam dengan raja la tu. dah le lawan raja pastu nak tunjuk hero plak. cit apa punya orang tu? bak kata nabil lu fikirlah sendiri...

Anonymous said...

jangan jadi macam sultan melaka sudah ler....hang tuah kena fitnah pun tak tahu menahu. kalau keadaan itu berlaku pada zaman skg..sape yang akan jadi jebat durhaka?? hihihi