Wednesday, September 10

DR. M SERTAI UMNO SEMULA?


Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Dr. Mahathir menyampaikan hasrat itu kepada beliau semasa dalam satu pertemuannya dengan bekas Perdana Menteri itu Sabtu lepas. Tindakan ini mendapat reaksi positif di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO. Adakah tindakan Tun Dr. Mahathir ini dilihat sebagai satu usaha untuk menyatukan orang-orang Melayu khususnya dalam UMNO? Sedangkan sebelum ini, Tun Dr. Mahathir berikrar tidak akan masuk UMNO kembali jika Pak Lah masih menjadi Presiden UMNO?

8 comments:

Anonymous said...

pak lah dah pergi jumpa dia la tue. khidmat Tun masih diperlukan kerana ternyata tidak mempunyai idea yg mantap utk menghadapi saat genting sekarang ini. HIDUP TUN!!

Anonymous said...

Orang melayu perlu bersatu... mungkin tun nampak rakyat malaysia sedang menuju era berpecah belah dan berpuak-puak..lalu di ketepikan egonya demi sayangkan malaysia, parti bn dan orang melayu sendiri... hidup tun...

Anonymous said...

tun takut kot pada anwar. kot kot anwar jadi PM nanti....dia dulu yang akan kena dengan Anwar sebab kasi Anwar masuk jail dulu...

Anonymous said...

satu langkah baik. teruskan tun. janji dulu lupakan saja demi bangsa melayu.

Anonymous said...

kena kota janji dulu baru boleh masuk UMNO k

Anonymous said...

tun jangan biaq umno hilang dari dunia malaysia. masuklah balik. jangan rajuk lama lama nanti cepat tua dan cepat mati.

Anonymous said...

kembalilah perwira ku....jgnlah dok sorang-sorang kat umah. geng kita nie dah kena tekan dengan geng cina dan india. maik la che det oiiiiii

Anonymous said...

SHAH ALAM 17 Sept. - Exco Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, bapanya Tun Dr. Mahathir Mohamad memutuskan untuk kembali semula ke dalam UMNO setelah dipujuk oleh beberapa pihak yang mahukan beliau kembali membantu memperkukuhkan parti itu.

Beliau berkata, hasrat itu juga disuarakan setelah bapanya menyedari dan mengambil kira pandangan banyak pihak yang menyatakan bahawa khidmat beliau sangat diperlukan dan untuk tujuan itu beliau (Dr. Mahathir) perlu berada di dalam dan bukan di luar UMNO.

"Keputusan masuk semula UMNO diputuskan oleh beliau sendiri dan insya-Allah borang akan diserahkan dalam masa terdekat, mungkin sebelum Aidillfitri ini," katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Biro Perhubungan Antarabangsa dan Badan Bukan Kerajaan Pemuda UMNO serta sumbangan anak yatim di sini hari ini.

Mukhriz yang juga anggota Parlimen Jerlun berkata, beberapa cawangan dan bahagian turut menawarkan tempat kepada Dr. Mahathir dan terpulang kepada bapanya untuk membuat pilihan.

- Bernama