Thursday, March 8

PERANAN USTAZ PERLU LEBIH ISLAMIK

Bila kira bicarakan mengenai pendidik, terdapat perbezaan yang jelas antara guru bukan aliran agama dan guru aliran agama (Ustaz / Ustazah). Sudah tentu guru aliran agama (Ustaz / Ustazah) mempunyai nilai persepsi (tanggapan) yang begitu positif oleh masyarakat.

Tetapi kes yang berlaku di Sekolah Rendah Agama Al-Furqan, Jejawi Perlis harus membuka mata semua pihak khususnya parti politik yang mempunyai hubungan kuat dengan pentadbiran sekolah tersebut. Kematian seorang pelajar adik Saiful Syazani akibat dipukul seorang Warden Asrama (seorang Ustaz) iaitu Hanif Mohd Ali dilihat keterlaluan dan memberi imej negetif kepada golongan pendidik khususnya mereka yang bergelar Ustaz / Ustazah.

Bagi parti politik yang mempunyai hubungan kuat dengan sekolah tersebut, janganlah hanya main politik dengan menggunakan agama sahaja, tetapi perlu kepada reformasi secara keseluruhan terhadap SOP dan tadbir urus pendidikan untuk memandu para pengajar yang dilantik.

No comments: