Tuesday, March 6

PAS HAD KUASA MB KEDAH

Dr. Ismail dan Phahrolrazi

Inilah nasib kumpulan veteran PAS yang sudah mula dihakis sedikit-demi sedikit oleh kumpulan-kumpulan PARASIT di dalam PAS. Terkini PAS Pusat telah memutuskan untuk menubuhkan Jawatakuasa Pemandu bertujuan memantau Menteri Besar Kedah iaitu Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Keputusan ini dilakukan atas dasar untuk mengekalkan dua individu (bekas Exco) ke dalam Jemaah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr. Ismail Salleh. Desakan kedua-dua bekas Exco ini memang berhasil dan ramalan awal bahawa Azizan merupakan mangsa seterusnya selepas penyingkiran Dato' Hassan Ali di Selangor sudah terjawab dan nasib Azizan (selaku veteran PAS) akan menemui penghujungnya apabila Jawatankuasa Pemandu ini berfungsi sepenuhnya sebagai kuasa pemutus tertinggi negeri.

No comments: