Tuesday, March 13

ANWAR DAH GILA MEROYAN....

Boleh percaya ke statement Anwar Ibrahim ni. Kali ini Anwar Ibrahim berkata minggu lepas dia dijemput oleh kepimpinan Kerajaan Tunisia yang baru untuk memberi nasihat mengenai bagaimana nak membangunkan negara Tunisia.
.
Pelakon Terbaik Abad Ini
Kata Anwar lagi, "saya dibenarkan berceramah didalam Parlimen Tunisia selama 2 jam yang mempunyai lebih 60 Ahli Parlimen dan mereka memberi tepukan yang begitu gemuruh sekali..." ...."kesemua Ahli Parlimen Tunisia menyokong perjuangan saya dan mereka sanggup memberikan apa saja untuk perjuangan saya", kata Anwar dihadapan kira-kira 1000 penonton di Kuantan.
.
Lagi kata Anwar..."dua minggu lepas saya ke Turki dengan Nurul Izah atas undangan Presiden Turki. Saya dibenarkan bermalam di Istana Turki. Saya berceramah dalam Istana Turki", kata Anwar lagi.
.
Lagi kata Anwar..."kalau sekarang saya mahu tinggalkan Malaysia untuk jadi penasihat samada Tunisia atau Turki bila-bila masa sahaja boleh, saya boleh dapat gaji beratus ribu ringgit sebulan, tetapi itu bukan matlamat saya", kata Anwar.
.
Renungan: Sama-sama kita fikirkan...

No comments: