Wednesday, March 28

ANWAR SEMAKIN TERDESAK

Anwar sudah semakin terdesak. Ugut menjadi senjata utama untuk melemahkan musuh. Kali ini terhadap best friend beliau suatu ketika dahulu. Kali ini ugutan terhadap Nallakarupan. "Jangan bercakap mengenai Anwar dan jangan beri sebarang kenyataan kepada media. Jika tidak anda akan dipukul". Itu antara ugutan yang diberikan terhadap Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan oleh dua lelaki tidak dikenali, petang semalam.

Ugutan itu diterima oleh Nallakaruppan hanya beberapa jam selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap beliau dan Utusan Melayu (M) Bhd. atas dakwaan mengaitkannya dengan aktiviti biseksual.

Menurut Nallakaruppan, dua lelaki berkenaan telah mendekati dan mengugut mahu memukulnya jika berterusan bercakap mengenai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PRK) itu semasa dia berada di sebuah kedai di Bukit Tunku di sini, pukul 3.00 petang semalam. (Sumber: Utusan)

No comments: