Friday, February 3

PKR BANTAH LAWATAN PM KE BATU CAVES

Gambar Hiasan
.
PKR ingin MEMBALAS DENDAM di atas laporan polis yang dibuat oleh Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniam Swami Devasthanam Sungai Petani bagi membantah kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mengunjungi kuil berkenaan kerana dikatakan boleh mencetuskan insiden yang tidak diingini.
.
Justeru, dengan PERASAAN DENDAM ini, sempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ke Kompleks Kuil Batu Caves sempena sambutan Thaipusam minggu depan, Ketua Penerangan PKR Kepong PKR, MS Arjunan dan Ketua Pemuda Cawangan itu iaitu A Kalaimughilan telah membuat laporan polis untuk tujuan yang sama. (berita penuh).
.
Secara warasnya, adakah lawatan Perdana Menteri boleh mencetuskan insiden tidak diingini? Jika PKR katakan ia adalah bermotif politik, apakah fungsi dan tanggungjawab Perdana Menteri selaku Kerajaan Memerintah (dipilih rakyat dalam PRU) terhadap bangsa lain dan amalan keharmonian kaum? Lagipun lawatan Perdana Menteri adalah lawatan tahunan tetapi lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuil Sri Subramaniam Swami Devasthanam Sungai Petani BUKAN LAWATAN TAHUNAN dan terang-terang lawatan BERMOTIF POLITIK!!..

No comments: