Wednesday, February 1

PENDUDUK AWAM ISLAM DITEMBAK

Tentera Thai Memeriksa Mayat Seorang Penduduk Islam (Selatan Thai)
.
Islam sentiasa ditindas....kes terbaru, penduduk awam beragama Islam ditembak mati oleh tentera Thailand (Renger) di Selatan Thailand. Seperti biasa alasan diberikan adalah tersilap sasaran kerana beranggapan sebagai puak pemberontak (pergerakan pemisah). Ketua Tentera Thailand, Prayuth Chan-ocha telah memohon maaf kepada ahli keluarga mangsa yang terbunuh di Wilayah Pattani tersebut.
.

Renungan 1: Bagaimana pula nasib jika bangsa Thai (beragama Buddha) ditembak oleh Islam?! Bagaimana pula jika penduduk Serbia (Kristian) ditembak oleh Islam?! Bagaimana pula jika masyarakat Yahudi (Zionis) ditindas oleh Islam?!.....sudah tentu memohon maaf bukan jalan penyelesaian, tetapi Islam akan dibalas dengan tindakan lebih kejam lagi....

Renungan 2: Tetapi masih ada lagi manusia bernama Anwar Ibrahim yang sanggup memperjuangkan berkaitan keselamatan Bangsa Israel (Zionis) dari memperjuangkan keselamatan Islam di Palestin, Bosnia, Selatan Thai dan Afganistan.....

No comments: