Friday, February 3

KENAPA MUDAH MELATAH

Rus'sele Eizan
.
PAS Negeri Perlis melalui Timbalan Pesuruhjaya PAS YB Rus'lee Eizan (ADUN Simpang Empat) mengingatkan pimpinan UMNO-BN agar tidak memperlekehkehkan minda penjawat awam khususnya golongan profesional dengan momokan buruk terhadap golongan tertentu termasuk parti pembangkang.
.
Rus'sele Eizan berkata, golongan profesional dan intelektual seperti guru dan pendidik yang ada kini bukanlah jenis yang mudah terpengaruh dengan apa jua kata-kata yang dikeluarkan oleh pempimpin politik khususnya dari UMNO-BN. "Golongan guru atau pendidik sekarang bukanlah macam dulu yang boleh menerima apa saja yang dkatakan oleh pemimpin UMNO-BN," katanya mengulas kenyataan Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu baru-baru ini kepada golongan pendidik di Perlis.
.
Tetapi Rus'sele Eizan sudah LUPA bahawa PAS juga banyak membuat momokan, fitnah dan manipulasi buruk terhadap Kerajaan UMNO-BN dan golongan profesional dan intelektual (guru / pendidik) juga semakin tidak mempercayai momokan tersebut. Jadi, kenapa harus MELATAH dengan kenyatakan yang dikeluarkan oleh Kerajaan BN kerana semua kenyataan tersebut adalah untuk kepentingan rakyat....

No comments: