Friday, October 14

AL KITAB BEBAS DIEDARKAN??

Gambar: Al-Kitab: Kitab Injil (Agama Kristian)
.
Majlis Gabungan Pertubuhan Sukarela Selangor (GPSS) semalam telah membuat laporan Polis bagi membantah penyebaran Al-Kitab secara meluas di kalangan Umat Islam di negara ini. Timbalan GPSS, Dr. Ibrahim Ghaffar, penyebaran kitab itu dikesan menggunakan kalimah Allah bertujuan mengelirukan serta memesongkan akidah Umat Islam.
.
GPSS mendakwa penyebaran kitab itu dikesan selepas mereka memperolehi cetakan kitab itu dari seorang pelajar sekolah menengah di Klang. Setiap cetakan dicetak sebanyak 100,000 naskah oleh Lembaga Biblika. GPSS mendesak pihak bertanggungjawab memberikan perhatian serius dalam hal ini kerana jelas tidakan menyebarkan kitab tersebut merupakan satu usaha untuk memurtadkan Umat Islam di Malaysia.
.
Renungan: 100,000 naskah bukan satu jumlah yang kecil. Memandangkan Al-Kitab ini juga diperolehi dari seorang pelajar sekolah menengah, ditulis pula dalam Bahasa Melayu dan menggunakan perkataan Allah, ini sudah jelas menggambarkan terdapatnya usaha terancang pihak tertentu untuk memurtadkan Umat Islam di Malaysia.
.

No comments: