Friday, August 19

TUISYEN SEBAR KRISTIAN


Umat Islam dikejutkan lagi dengan laporan ibu kepada dua kanak-kanak Melayu yang dikatakan belajar di sebuah pusat tuisyen yang cuba menyebarkan ajaran Kristian secara halus kepada mereka. Ibu tersebut Rosiati Mohd. Repha, 40, berkata, dia tidak menyangka pusat tuisyen yang disangka mengajar subjek akademik itu melakukan perbuatan menyalahi hukum agama.
.

Kedua-dua anaknya yang berusia 12 dan 7 tahun dilihat begitu bersemangat dan menunjukkan minat yang tinggi setiap kali pergi ke pusat tuisyen tersebut. “Kerap juga mereka membawa pulang hadiah-hadiah, mereka cakap cikgu tuisyen bagi sebab menang dalam pertandingan menyanyi,” katanya.

Rosiati berkata, dia juga baru menyedari buku tuisyen anak-anaknya tidak pernah bertambah, sebaliknya hanya menggunakan satu buku latihan sahaja sejak memasuki pusat tuisyen itu.

Buku itu pula, katanya, hanya tertulis ABC dan lukisan serta langsung tiada kaitan dengan sukatan pelajaran tahun enam. Dia yang bekerja sebagai tukang cuci berkata, ekoran kesempitan wang, anak-anaknya dihantar ke pusat tuisyen tersebut kerana mereka tidak dikenakan sebarang yuran.

Dilaporkan murid-murid beragama Islam yang belajar di kelas tuisyen yang diberikan secara percuma oleh sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di kawasan itu telah diajar menyanyikan lagu Yes, I know Jesus loves me dan Hari ini Ku Rasa Bahagia yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib. (Sumber: Utusan)


No comments: