Monday, August 15

E-SPPST KEBAL..


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai sistem pangkalan data pemilih yang kebal dan tidak boleh diceroboh oleh mana-mana pihak untuk mendaftarkan warga asing sebagai pengundi seperti mana didakwa pembangkang. Menerusi Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) yang digunakan SPR sejak 2002 itu, ia boleh mengesan cubaan pihak tertentu untuk mendaftar warga asing sebagai pemilih, sekali gus menyekat pendaftaran berkenaan.
.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar), berkata hakikatnya tiada ruang untuk pihak tertentu menipu seperti mana didakwa pembangkang dan SPR sentiasa memantau serta membersih senarai pemilih dari semasa ke semasa.

Menurut beliau, “sistem diguna pakai sejak 2002 ini kalis penipuan dan tidak akan membenarkan sesiapa saja yang tidak layak menurut Perlembagaan didaftar sebagai pemilih. Melalui pengesanan angka 12 digit bukan warga negara cuba didaftar sebagai pemilih akan dikesan serta disekat.

Menurut beliau lagi, “bukan itu saja, sistem ini juga hanya boleh diakses oleh warga negara saja, jadi dakwaan bahawa SPR terbabit dengan cubaan mendaftar warga negara asing sebagai pemilih itu adalah satu tuduhan yang tidak berasas yang dibuat tanpa merujuk kepada SPR terlebih dulu. (Sumber: BH)

No comments: