Friday, August 19

DAKWAAN PAS MELESET

Gambar: Besah Mat "Ya Allah, sampai hati depa gunakan nama saya. Saya tuntut depa minta maaf kerana buat fitnah terhadap saya pada bulan Ramadhan"
.
Bukan tiga tetapi enam! Itulah penemuan Sinar Harian menerusi dakwaan PAS bahawa tiga ahli UMNO (2 di Perlis dan seorang di Kedah) dicurigai masing-masing mempunyai dua kad pengenalan untuk membolehkan mereka mengundi dua kali pada pilihanraya.
Tiga-tiga nama itu ialah Azhar bin Ahmad, Besah binti Mat dan Mansor bin Ahmad, yang menurut Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat identiti mereka hanya dibezakan dua digit terakhir pada nombor kad pengenalan sahaja.

Menjejak Azhar bin Ahmad, siasatan Sinar Harian mendapati ada dua individu berkongsi nama itu. Seorang daripadanya memegang kad pengenalan 680713-09-5057 tinggal di Kampung Baru Sungai Serai, tidak jauh dari Kilang Gula Perlis di Chuping.

Sementara itu, siasatan seterusnya mendapati, seorang lagi Azhar bin Ahmad (680713-09-5049) yang dikaitkan dengan dakwaan itu, kini tidak lagi menetap di kampungnya, di Batu 13 Tasoh, Mukim Beseri Perlis dan telah berhijrah ke Kuantan Pahang 13 tahun yang lalu. Hal ini diberitahu tiga anggota terdekat yang ditemukan dengan Sinar Harian oleh bapa saudaranya yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung itu. (Sumber: Sinar Harian Edisi Utara)


No comments: