
Kita pernah mendengar Hikayat Hang Tuah dan pernah menonton filem arahan Tan Sri P. Ramlee berkaitan Hang Tuah Lima Bersaudara. Apabila Sultan Melaka menitahkan Hang Tuah membunuh Hang Jebat yang menderhaka, salah satu cara yang perlu (wajib) digunakan adalah merampas kembali Keris Taming Sari dalam genggaman Hang Jebat. Apabila keris tersebut berjaya dirampas oleh Hang Tuah maka barulah Hang Jebat dapat dibunuh. Ini menunjukkan bahawa Taming Sari adalah kekuatan Hang Tuah dan hanya keris tersebut sahaja dapat membunuh Hang Jebat.
Jadi, untuk mentadbir dan mencorakkan kembali Kerajaan BN di Perak dan memperkukuhkan kekuatan politik Kerajaan, kuasa (Taming Sari) yang masih ada di tangan YB Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin perlu dirampas oleh Kerajaan BN dengan segera dan Mahkamah tidak boleh melengahkan perkara ini untuk membuat keputusan.....dan jika ia berlarutan, ia akan menjadi racun atau wabak yang tidak ada ubat yang boleh menyembuhkannya.