Sunday, August 24

PUKUL JURUGAMBAR: PELAJAR IPTA DITAHAN

BUKIT MERTAJAM 23 Ogos - Seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditahan semalam kerana disyaki terlibat dalam kejadian memukul dua jurugambar di sini pada 16 Ogos lalu (Hari Penamaan Calon Permatang Pauh). Pegawai Perhubungan Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Supritendan Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, suspek berusia 22 tahun itu adalah seorang penduduk tempatan. (Sumber: Utusan Malaysia).

Jadi perlukah AUKU (Akta Universiti Kolej Universiti) dihapuskan seperti mana yang diminta oleh kebanyakan Persatuan Pelajar?

12 comments:

Anonymous said...

AUKU 1971 dan Pindaan 1975 & 1995 tidak perlu dihapuskan tetapi perlu diberikan penambahbaikan dari segi hak yang boleh digunapakai oleh pelajar khususnya untuk membela diri dan untuk mendapatkan khidmat guaman.

Anonymous said...

Pelajar-pelajar aliran pembangkang ni seharusnya sedar tentang tujuan mereka ke universiti. Dahlah guna pinjaman kerajaan, dan semua kemudahan yang kerajaan beri. Sekarang ni nak tentang kerajaan lepas tu pertikai AUKU.

Anonymous said...

student zaman skunk ni memang mudah terpengaruh dengan ideologi.... tapi cuba tanya dan siasat knape student tu pukul jurugambo tu... sbb tak sebab orang nak pukul orang lain tanpa sebab... jadi bila ader orang kuang ajo.. tak kire arr ngan perbuatan ke melalui percakapan ke... kte jgn salahkann sebelah pihak je jadi sebelum wat statement yang betul tunggu hasil siasatan... MANUSIA ADA AKAL, GUNAKAN AKAL SEBAIK MUNGKIN, SEMUA ITU HANYA PINJAMAN DAN SEMENTARA.

Anonymous said...

bukan cara kita nak pukul orang. kaki samseng bolehlah. ni student, buat apa sibuk sibuk nak pergi berkempen.? baca buku lagi baik. konon nak tegak apa kerajaan dah buat. MEMANG ADA AKAL, MEMANG GUNA AKAL SEBAIK MUNGKIN, MEMANG SEMUA ITU PINJAMAN, TAPI SAMPAI NAK PUKUL ORANG TU BUKANKAH SATU DOSA.? NAK SIASAT APA LAGI?

Anonymous said...

anonymous yg kedua..dah mmg tugas mana2 kerajaan kat dunia neh utk sediakan kemudahan kat rakyat..so student mmg berhak la nak protes..

Anonymous said...

aku setuju dengan anonymous yang kelima. pelajar ada hak juga nak protes. tapi berikanlah peluang kepada mereka menegur dan memberi pandangan kepada kerajaan. tak semua yang jahat, ramai yang baik2

Anonymous said...

nie bila student uitm wat protes bila kuota untuk bukan bumiputra dibangkitkan, timbalan menteri pegajian tinggi plak kata student yg terlibat akan ditahan..jgn cakap x serupa bikin sudah..yg join protes tu siapa?pegawai2 atasan uitm juga..kalo org atasan dah join,xkan student nak tgk saja kot..kalo nak tahan pun,tahan skali dgan prof2 yg turut serta..ada berani?

Anonymous said...

yes yes yes!!!! teman setuju beno dengan mike. tahan saje puak-puak pentadbiran uitm tu. dah ler hasut budak2 hingusan pastu biar budak2 tu kena tahan. tangkap censelor skali!

Anonymous said...

Wahai adik adik ku sekelian, waktu belajar tu belajar lah. Kenapa sampai nak belasah orang. Silap hari bulan kena tamat universiti. Orang tua kat kampung juga yang sedih.

Anonymous said...

AUKU juga perlu ada keadilan kepada pelajar. pelajar juga perlu mendapat pembelaan yang sebaik mungkin.

Anonymous said...

Kerajaan perlu lebih tegas dengan pelajar-pelajar yang terlibat. biar mereka hormat pada undang undang skit. yang tahu pergi universiti nak berpolitik, bercinta dan kerja part time. pastu gagal balik kampung

Anonymous said...

kita seharusnya pikir balik kenapa auku ditubuhkan
pada pandangan sayalah kita tak boleh nak halan pelajar menyertai mana2 parti politik kerana pada peringkat ini mereka adalah golongan yang ingin belajar
so takkan nak tunggu lepas keluar u baru nak berjinak dalam politik
dak tua baru nak masuk politik tak guna dah...
so kita patut beri pelung untuk mereka menilai yang mana baik untuk diri sendiri dan masyarakat
dari situlah mereka boleh menambah ilmu didada bagi memberi pandangan apa yang terbaik untuk kerajaan untuk masa akan datang....
praktikal lebih baik dari teori....
so fikir2 kan lah

tapi janganlah terlalu taksub dalam politik anda semua masih belajar.....