Tuesday, August 26

ANWAR KE PARLIIMEN

Dato Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen! beliau telah dapat mengharungi pelbagai situasi yang genting. Dari isu DNA, komplot Yahudi, liwat, mencabar hak-hak orang Melayu dan sebagainya, pengundi masih belum lagi dapat dipengaruhi untuk terus menyokong Kerajaan. Penasihat PKR itu menang dengan majoriti 15,671 undi pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh. Anwar memperoleh 31,195 undi, sementara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah mendapat 15,524 undi. Sekarang tibalah masanya, Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan (BN) memainkan peranan mereka dengan sebaik mungkin untuk berdepan dengan segala isu yang dibangkitkan kumpulan pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim.

15 comments:

hermonie said...

Betul kata Syed Hamid Al-Bar trend pengundi perlu diberi kajian yang lebih mendalam walau pelbagai isu di ketengahkan mengenai dsai.. pengundi terlampau taksub sehingga tidak menerima serta mengkaji langsung setiap maklumat yang disampaikan oleh kerajaan.. pengundi terlampau taksub untuk membuat perubahan sehingga tidak tahu apa perubahan yang diinginkan...ini sangat membimbangkan...

Anonymous said...

Pengundi sekarang telah bijak menilai yang mana baik dan yang mana buruk.Kemenangan di PP bukanlah semata-mata kerana DSAI ataupun ketaksuban penyokong-penyokong beliau (seperti kata Hermonie) tetapi juga disebabkan oleh rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama telah meluat dengan DS Abdullah (Pak Lah) dan juga pemimpin-pemimpin BN sekarang.Tolong faham dan jangan salahkan pengundi pula sekiranya mengalami kekalahan.Tolong buat analisis dan langkah bijak menangani situasi tersebut bukan hanya menonjolkan keaiban pihak lain.

Anonymous said...

pengundi sekarang memang sudah mampu berfikir dan menilai. mereka tidak mudah untuk ditipu dan dimanipulasi oleh mana mana pihak. kerajaan seharusnya perlu lebih mengkaji perkara ini agar kekalahan yang teruk tidak berulang lagi.

hermonie said...

disebabkan oleh kebijaksanaan pengundi menilailah .. pilihanraya kecil permatang pauh adalah yang terganas dalam sejarah malaysia....tidakkah ini satu petanda yang menggerunkan...nilailah sendiri wahai pengundi malaysia...

Anonymous said...

Oleh sebab terlalu bijak menilai baik dan buruk itulah maka kita sekarang dimanupulasikan dengan rusuhan dan keganasan walaupun negara kita mengamalkan demokrasi....?Kalaulah dh meluat kat PM u lh jadi PM... nk tengok betapa hebatnya kepimpinan u2.Kekalahan tk bererti u menang tp U kalah dr segi harga diri....Masalahnya siapa yg tlh mmbuat masalah???

Anonymous said...

hermonie x dpt trima kenyataan yg dsai dah menang..hahahaha..nak gerun aper..media arus perdanan mmg gtu..kalo bee end mnang kata pihnarya nie terbersih plak

hermonie said...

menang dengan cara menakutkan orang ... apa ke bendanyerr.... tak pe... cuba fikir...pru ke 12 pun boleh berjalan dalam suasana yang tenang kenapa pilihanraya yang kecil macam ni perlu ada rusuhan terutama daripada penyokong yang bertopengkan dsai..ini budaya yang ingin kita wujudkan.. budaya menakut-nakutkan orang ramai...nasib baik bn mengamalkan dasar demokrasi....itupun pengundi taksub dsai mempertikaikan kerajaan lagii...

Anonymous said...

jika DSAI di pihak yang benar, kita tunggu saat dia mengambil tempat PM. tapi kalau dia di pihak yang salah tunggulah saat kejatuhan walaupun baru mencapai kemenangan di permatang pauh.

Anonymous said...

BN jangan terlebih demokrasi nanti anwar jadi PM baru tauuuuuu.

Anonymous said...

hermonie..cuba pikir la dah otak ada..pilihanraya kecil ni sebab semua pemimpin peruingkat atasan turun pdg kononnya nak bantu jentera kempen..tapi pada hakikatnya diorang neh hanya nak tunjuk kejaguhan masing2..like KJ,NALLA,EZAM..KJ kata nak kuburkan politik dsai..tapi skang ni sapa yg terkubur?naper KJ senyap ja lpas anwar menang dengan majoriti besar?

Anonymous said...

keluar mengundi 38,144 orang(64% seperti didakwa spr masa habis masa pengundian)

undi rosak = 447 undi

anwar dapat: = 31,195 undi

(jumlah undi) -(undi untuk anwar)- (undi rosak) = 6502 undi (baki dari jumlah keluar mengundi)

arif dapat = 15,524 undi.
Hanafi dapat = 92 undi

undi arif + undi hanafi = 15616 undi

15616 - 6502 = 9114 undi

dari mana jumlah 9114 undi ni datang ya??? heran bin ajaib..??

SPR!!!! Tolong jawab!!!!

Anonymous said...

tak tau la mcm mana rakyat nilai orang yang boleh jadi pemimpin sekarang ni. kadar celik / berilmu dah tinggi tapi yang suka luar tabii juga diaorang pilih..pelik..

Anonymous said...

Bagi gua rakyat pilih DSAI sbb orang nak somebody yang ada kebolehan membantai balik usul kerajaan. YB pakatan rakyat yang rajin cakap dlm parlimen skang ni gua dengar pelat cakap diaorang mcm bebudak umur 3 tahun and pendek lidah. Kah!Kah! Tambah pulak DSAI ada experience kerja dgn kerajaan and dia tahu byk secret government. Matilah geng BN nak sekat kemaraan Anwar lepas ni...

Anonymous said...

Pak Lah kenalah prepared untuk menjawab setiap pertanyaan Anwar. Nazri Aziz juga jgn dok emosional dalam parlimen. jawab soalan anwar baik2. tunjuk yang BN profesional. jangan jadi macam budak mat rempit yang tempik tak tentu arah. yang lain tu siap sedia dengan soalan bertubi tubi team Anwar. good luck!

hermonie said...

Sokong pandangan basikal...cerdik pandai makin ramai di Malaysia tetapi manusia dua alam juga nak diangkat jadi pemimpin...pelik betul manusia sekarang...