Saturday, February 11

DAP GUNAKAN ISU KFC

.
Klik Video
.
Insiden seorang pekerja KFC I-City menumbuk seorang pelanggan bangsa Cina, kini sedang hebat diperkatakan di seluruh Malaysia. Klip video yang dimuatnaikkan oleh seorang RACIST yang cuba membuktikan bahawa seorang anak muda Melayu yang bertugas di restoran makanan segera tersebut seorang RACIST, sebenarnya hanya untuk mencetuskan kemarahan luar biasa terhadap Melayu dan UMNO oleh para pengundi muda bukan Melayu.
.
Malangnya, ada satu fakta yang tidak disebut dalam kes ini iaitu ‘mangsa’ yang bernama Danny Ng itu, TIDAK BOLEH BERBAHASA KEBANGSAAN sekalipun daripada rupa parasnya, dia masih muda dan golongan muda sepertinya, amat mustahil memahami Bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Kebangsaan negara ini.
.
Ada dua kemungkinan yang boleh dirungkaikan, iaitu lelaki bernama Danny Ng itu merupakan Cina Import yang sememangnya seringkali dikaitkan dengan DAP dalam usaha parti tersebut menjadi parti penguasa di Malaysia dan kedua, Danny Ng telah diarahkan agar berpura-pura tidak boleh berbahasa Melayu bagi membuktikan dia tidak mengungkapkan CIBAI PUNYA MELAYU yang menjadi punca kepada kemarahan petugas KFC itu.
.
Apabila DAP masuk campur dalam kes ini, maka ia pun bertukar menjadi RACIST sepenuhnya. Dengan kecenderungan DAP untuk membuktikan bahawa Melayu-Bumiputera adalah pembuli di negara ini, DAP menerusi wakil mereka, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menafikan bahawa Danny Ng telah membuat provokasi sehingga menyebabkan dia ditumbuk oleh petugas KFC I-City.
.
Agak menarik untuk dilihat ialah apabila insiden berkenaan telah mencetuskan satu lagi kempen pemboikotan berasaskan perkauman yang digerakkan oleh cybertrooper-cybertrooper DAP di medan Internet. Reaksi-reaksi yang ditunjukkan rata-rata menyalahkan KFC yang mempunyai kepentingan Bumiputera. Sebaliknya insiden tersebut telah menggerakkan usaha untuk mengalihkan tumpuan pelanggan kepada SAINGAN KFC iaitu MCDONALD.
.
Mungkin ramai yang kurang menyedari, KFC yang dimiliki oleh QSR Brands yang mana ahli Lembaga Pengarahnya adalah hampir keseluruhannya Bumiputera-Islam, berbanding ahli Lembaga Pengarah dan teraju utama McDonalds Malaysia yang HAMPIR TIDAK ADA NAMA Melayu-Bumiputera di situ. (Sumber: Klik Sini)

Friday, February 10

PAS AKAN SAMAN MB TERENGGANU...?

Datuk Abu Bakar Chik
.
ANWAR PATUT IKUT CARA PAS!!... Dalam perkara ini, PAS telah memberi tempoh tiga hari kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said supaya menarik balik kenyataannya bahawa parti itu adalah "parti ajaran sesat".
.
Datuk Abu Bakar Chik iaitu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata jika dalam tempoh berkenaan Ahmad Said tidak menarik balik kenyataan yang DILAPORKAN OLEH SEBUAH AKHBAR arus perdana itu, maka tindakan akan diambil terhadap beliau (Ahmad Said) dan Datuk Abu Bakar menyatakan "
tuduhan itu sangat berat,".....
.
Nota: Jadi, Anwar Ibrahim perlu tiru PAS. Beliau tidak payah bersusah payah menafikan laporan yang dikeluarkan oleh AKHBAR WALL STREET JOURNAL sebaliknya beliau perlu beri kata dua kepada pihak yang fitnah dan memanipulasi kenyataan beliau tersebut berhubung isu keselamatan Israel...dan terus ambil tindakan makhamah!!

2 ADUN PKR TERLIBAT ISU PASIR??

Anwar Perlu Jawab...
.
Raja Petra Kamaruddin mendakwa ADUN Sri Muda, Mat Suhaimi Shafiei dan ADUN Batu Caves, Amirudin Shari, kedua-duanya dari PKR terbabit dalam skandal perlombongan pasir di Selangor dan mendakwa ada unsur rasuah dalam urusan mendapatkan kontrak melombong pasir antara Mat Suhaimi dengan seorang kontraktor menerusi beberapa pertemuan di Pulau Pinang dan Subang serta rakaman perbualan telefon mereka.
.
Beliau mendakwa, Mat Suhaimi beberapa kali meminta wang daripada kontraktor berkenaan antara 15 Ogos 2009 hingga 5 Januari 2010, antaranya RM5,000 untuk perbelanjaan kempen pilihan raya, RM35,000 perbelanjaan Ramadan, RM10,000 jamuan Hari Raya dan RM50,000 yang masukkan dalam akaun bank sebuah syarikat untuk kegunaan pilihan raya. Wang RM50,000 itu dimasukkan ke akaun Affin Bank, Klang menerusi transaksi pada 11 Januari 2010.
.
Nota: Kepada dua ADUN ini, mereka perlu menyaman Raja Petra jika dakwaan ini berniat jahat dan fitnah. Tetapi adakah MEREKA BERANI SAMAN dan apa pula KOMEN ANWAR??

72% KEPIMPINAN PAS SEKULAR??

Sehati Sejiwa: Tiada Arah Tuju
.
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali mendakwa 72 % kepimpinan PAS kini dikuasai oleh golongan sekular yang sanggup 'tidur sekatil' dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
.
Beliau berkata golongan itu sanggup mengenepikan perjuangan asal PAS untuk menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menawan Putrajaya pada PRU13.
.
Menurut Dr. Hassan.."saya berpendidikan sekular tetapi saya mahu PAS terus dipimpin oleh golongan ulama yang berpendidikan dari Mesir dan Jordan," katanya dalam ceramah anjuran Pertubuhan Kemajuan dan Integriti Melayu Muar (PERKIM) di Bukit Naning (klik: sumber)
.
Jadi, jika benar dakwaan Dr. Hassan (72 % PAS sekular), PAS perlu adakah pembaharuan segera dan merombak kepimpinan sedia ada agar dilihat lebih "ulamak" dari "ular dalam semak" serta tukar perkataan Islam kepada Sekular (Parti Angkatan Sekular-PAS)...

ADAKAH ANWAR AKAN TERIMA CABARAN??

Adakah Anwar Berani?
.
Adakah Anwar sanggup menerima cabaran??...Cabaran ini demi membersihkan namanya dengan pelbagai tuduhan khususnya yang dilakukan oleh tiga (3) pihak iaitu Datuk Eskay Abdullah (video seks), Ummi Hafilda Mohd Ali (dakwa Anwar zina dengan kakak ipar) dan Akhbar Wall Street Journal (keselamatan Israel).
.
Jika benar-benar Anwar adalah di pihak yang benar dan difitnah, Anwar perlu terima cabaran oleh Bekas Naib Angkatan Muda Keadilan (AMK) Mohd Zahid Md Arip yang telah mengadakan sidang media untuk Kempen Tandatangan Desak Anwar Saman....
.
Nota: Dulu Anwar pernah saman Tun Dr. Mahathir....tetapi kenapa perkara yang paling mengaib beliau ini Anwar tidak saman?
.

Thursday, February 9

ANWAR TIDAK LAYAK SEBAGAI PEMIMPIN: IKHWAN MUSLIMIN

Dr. Azzam Tamimi
.
Seorang wakil Prikatan Pimpinan Ikhwan Muslimin (Pertubuhan Islam terbesar Mesir) yang berpangkalan di London, iaitu Dr. Azzam Tamimi menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai seorang yang tidak layak menjadi pemimpin Islam kerana menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.
.
Beliau yang merupakan Pengarah Institut Pemikiran Politik Islam (IIPT) berkata, seorang pemimpin Islam tidak seharusnya menyatakan pendirian yang bertentangan dalam kepercayaan umat Islam berhubung isu Palestin. Menurut beliau lagi, "ini adalah tindakan seorang pemimpin Islam yang benar-benar tidak layak memimpin,” (sumber: kilk sini).

HASSAN ALI KE PERLIS: KENAPA PAS MELATAH?

Hassan Ali (Gambar Hiasan)
.
Kesian melihat perangai dan telatah penyokong PAS yang kononnya tidak takut akan pengaruh Dr. Hassan Ali bila Dr. Hassan Ali keluar PAS. Tetapi bila Dr. Hassan Ali datang ke Perlis untuk sampaikan ceramah, beberapa individu telah menggunakan "saluran tertentu" untuk menyekat Dr. Hassan Ali dari menyampaikan ceramah. Mereka mendakwa Dr. Hassan tidak memiliki "tauliah" untuk berceramah di Negeri Perlis.
.
Sebab itulah tajuk ceramah "Selamatkan Akidah Umat Islam" tidak dibenarkan digunakan atas arahan Jabatan Agama Islam (JAIP) dan Pejabat Mufti. Tetapi sayangnya seorang kakitangan Pejabat Mufti (dikatakan Penyokong PAS) telah menentang bersungguh-sungguh ceramah dari Dr. Hassan Ali ini dan menggunakan alasan Dr. Hassan tiada "tauliah".
.
Persoalan: Kenapa kakitangan Pejabat Mufti tersebut (yang dikatakan seorang penyokong PAS) tidak menentang dan menyekat Kulliah-Kulliah Magrib PAS yang dihadiri pemimpin-pemimpin PAS dari luar seperti Dato' Seri Nizar, Nik Abduh, dan ramai lagi? Kenapa tidak pergi serbu MATIN atau MADI untuk menyekat mereka dari berceramah agama (tidak ada "tauliah")?????
.
Walaubagaimanapun SYABAS Dr. Hassan kerana ceramah di Dataran Dato' Sheikh Ahmad, Kangar semalam (08.02.2012) telah dihadiri seramai 3,000 ribu lebih orang ramai.

Wednesday, February 8

PAS GESA KERAJAAN TENTANG SAMBUTAN "HARI KEKASIH"

Nik Abduh
.
Kadang-kadang gelagat dan perangai PAS ini amat memalukan dan tidak mencerminkan keikhlasan mereka dalam perjuangan Islam. Memang bagus niat Pemuda PAS untuk menggesa kerajaan melancarkan kempen menentang sambutan Hari Kekasih yang jatuh pada minggu depan yang didakwa mempromosikan aktiviti yang tidak bemoral dan mengikut amalan Kristian.
.
Tetapi kenyataan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz untuk melaksanakan gesaan ini dilihat mempunyai agenda politik dan tidak ikhlas. Jika beliau menganggap ini merupakan satu gejala sosial yang serius, kenapa beliau tidak membuat gesaan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim yang menyokong amalan songsang (gay / lesbian) di Malaysia? Kenapa tidak menegur atau menggesa Karpal Singh menarik balik kenyataan menghalang penubuhan negara Islam? Kenapa tidak menegur atau menggesa Mat Sabu berhenti dari mengguris perasaan keluarga pejuang kemerdekaan yang menentang komunis?...
.
Janganlah kerana politik agama pula hendak dijual...

HIMPUNAN AMAN BANTAH PEMBUNUHAN RAKYAT SYIRIA..

Dewan Pemuda PAS Pusat Tidak Ikhlas
.
Majlis Keselamatan Negara Teluk (GCC) telah bertindak mengusir diplomat Syria dan memanggil pulang duta masing-masing di Damsyik ekoran kematian orang awam yang terus meningkat di negara itu. GCC turut mengutuk pembunuhan yang dilakukan terhadap rakyat Syria yang tidak bersenjata sejak demonstrasi menentang Presiden Bashar al-Assad tercetus 11 bulan yang lalu.
.
Tetapi kemelut yang berlaku ini diambil kesempatan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat melalui ketuanya iaitu Nasrudin Hassan untuk mengadakan HIMPUNAN AMAN BANTAH PEMBUNUHAN RAKYAT SYIRIA pada Jumaat ini.
.
Persoalannya, kenapakah Nasrudin Hassan tidak mahu mengadakan HIMPINAN AMAN MENGUTUK KENYATAAN ANWAR yang menyokong meningkatkan keselamatan Israel yang MEMBUNUH RIBUAN RAKYAT PALESTIN...????? Dimanakah keikhlasan PAS dalam hal ini...
.

KENAPA NIK AZIZ PERLU DITARBIAH??...

"...Dah Lama Dah..."
.
Dewasa ini kita lihat, dengar dan hayati bahawa kenyataan dan pandangan Murysidur Am PAS Dato' Nik Aziz Nik Mat semakin bercelaru dan menimbulkan pelbagai persepsi negatif kepada umat Islam. Kenapa beliau tidak tegas dengan isu-isu yang dianggap menggugat maruah umat Islam seperti Murtad, Israel, Penubuhan Negara Islam, Gay dan sebagainya???
.
Di manakah peranan dan tanggungjawab seorang yang digelar "ulama" seperti beliau. Adakah beliau berhak digelar ulama atau Tuan Guru jika banyak kenyataan beliau sudah lari dan tergelincir dari landasan Islam...sama-sama kita renungi. Jadi, siapakah insan atau individu yang berhak menegur dan memberi tarbiah kepada Nik Aziz??

BR1M: RM400 UNTUK KAU, RM100 UNTUK AKU...

Salah Satu Adengan Dalam Nujum Pak Belalang
.
Teringat satu episod dalam filem Nujum Pak Belalang arahan Tan Sri P. Ramlee...dalam filem tersebut terdapat dua orang penyamun. Bila agihkan harta disamun mereka membahagikan harta tersebut melalui dialog "satu untuk kau, satu untuk aku...dua untuk kau, dua untuk aku"...
.
Sekarang lain pula trend agihan harta yang dirompak....baru-baru ini penyokong parti pembangkang menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta anggota parti mereka yang menerima wang RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya menderma RM100 kepada parti bagi membantu mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
.
Inilah gelagat penyamun moden yang bukan saja menindas rakyat tetapi mengikut arahan demi mencapai kepentingan pemimpin tertinggi mereka sahaja. Jadi, agihan rampasan...RM400 untuk kau, RM100 untuk aku....

CERAMAH GUAN ENG MENDAPAT SAMBUT!!!

Nasib Si Guan Eng (Konon Khalifah Umar Abdul Aziz)
.
Cermah Guan Eng mendapat sambutan???...Lihat saja salah satu ceramah Guan Eng dihadiri oleh beberapa kerat orang Cina saja. Siap ada press ambil gambar kononnya majlis tersebut hebat. Kesian nasib si pemimpin DAP Pulau Pinang ni..Walaupun digelar Khalifah Umar Abdul Aziz oleh PAS, tiada sebarang teguran yang dibuat oleh Nik Aziz bila nasib orang Melayu Pulau Pinang ditindas.

Tuesday, February 7

PENCEN ASKAR NAIK

.
Kerajaan tetap prihatin dan mengenang jasa golongan tentera yang telah bersara. Kali ini kerajaan akan menaikkan kadar pencen kepada untuk 100,300 pesara tentera dengan menikmati kadar pencen baru melalui kenaikan antara 2.5 hingga 8 peratus yang akan dibayar secara berperingkat mulai hujung bulan ini.
.
Kadar baru turut membabitkan waris pesara tentera yang layak, termasuk isteri dan anak, akan ditentukan berdasarkan pemindahan gaji akhir penjawat awam ketika bersara atau tamat perkhidmatan. Pesara tentera akan dijangka menerima pencen bulanan minimum lebih tinggi berbanding RM720 diterima sebelum ini.
.
Jadi, bagi pesara-pesara tentera, janganlah terpengaruh dengan hasutan pembangkang yang mendakwa kerajaan tidak memberikan keutamaan dan perhatian kepada bekas anggota tentera dan polis. Teruslah menyokong kerajaan....
.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TIRU KRISTIAN?

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam khutbah Jumaat baru-baru ini menerusi video yang dimuat naik di internet mendakwa perbuatan menyambut Maulidur Rasul sebagai meniru budaya Kristian yang meraikan Krismas sempena kelahiran Nabi Isa. Tetapi Nik Aziz lupa terdapat beberapa amalan dalam PAS sendiri yang meniru budaya agama lain dan tidak mengamalkan ajaran Islam sebenar.
.
Potong Kek Sambut Hari Jadi Nik Aziz
.
Disarungkan Jubah (Sami) Sambutan Wat Siam
.
Apakah PAS lakukan terhadap Karpal Singh?...
.
Jadi, adakah Nik Aziz sedar apa yang beliau katakan ini?? Banyak lagi perkara-perkara yang PAS laksanakan yang menyalahi syariat Islam, tetapi semuanya dihalalkan demi kepentingan politik mereka.

Monday, February 6

CONTOHI KEPERIBADIAN RASULLULLAH

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra, Putrajaya (Gambar: Utusan)
.
Bangsaku2020 amat tertarik dengan seruan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah agar umat Islam mencontohi keunggulan peribadi Nabi Muhammad SAW ke arah melahirkan sebuah masyarakat Islam yang hebat selain menjadi contoh teladan kepada dunia dalam titah baginda semasa merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1433 Hijrah di Masjid Putra, Putrajaya.
.
Titah Baginda ini perlulah dihayati oleh semua umat Islam khususnya mereka yang mempunyai title "ulama". Kerana mereka yang mempunyai title "ulama" merupakan contoh kepada masyarakat dan tindak tanduk mereka dinilai.
.

Tetapi hari ini terdapat ulama-ulama yang sanggup gadaikan maruah agama demi kepentingan politik mereka dan ada yang sanggup mengeluarkan fatwa dan tafsiran tertentu bagi mencapai cita-cita dan mengukuhkan sokongan pengikut. ADAKAH INI DIAJAR OLEH RASULLULLAH SAW???....

ANWAR DINASIHATKAN TUTUP MULUT....

Solat Hajat Penentu Kepada Segala Keraguan
.

Walaupun Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU) mengeluarkan kenyataan menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) agar berhenti mengeluarkan kenyataan yang meragukan (isu keselamatan Israel), adakah nasihat ini akan didengar oleh DSAI sendiri???....Sedangkan ulama-ulama di dalam Pakatan Pembangkang sendiri pun beliau (DSAI) tidak ikut...inikan nasihat dari ILMU pula....

Daripada isu liwat, video seks dan isu keselamatan Israel, semua isu ini dinafikan oleh DSAI walaupun terbukti dan mempunyai bukti kukuh penglibatan beliau. Hanya satu cara untuk membuatkan DSAI mengakui dan mengubah sikap beliau ini iaitu ILMU boleh menyeru kepada seluruh umat Islam mengadakan SOLAT HAJAT setiap minggu selepas sembahyang Jumaat dan memohon petunjuk dari Allah SWT terhadap salah laku DSAI ini dan hasilnya kita semua akan lihat sendiri.....

Renungan: Kesalahan yang dilakukan DSAI ini sukar dimaafkan dan telah menghina perjuangan Islam...

DR. HARON DIN BERTANDING??...

Dr. Haron Din
.
Kenapa PAS Perlis mengumumkan Datuk Dr. Haron Din sebagai salah seorang calon yang akan bertanding dalam PRU 13 nanti? Tiadakah calon-calon lain yang lebih berwibawa dalam PAS? Sebut saja PRU 13, calon-calon veteran ini sentiasa berada dalam senarai PAS walaupun pernah kalah kepada Barisan Nasional.
.
PAS Perlis sebenarnya sudah ketandusan calon yang berwibawa. Calon veteran hanya dipelopori oleh Ustaz Hashim Jasin (Pesuruhjaya PAS Perlis), Anuar Taher (YDP PAS Padang Besar) dan Haron Din sendiri. Kesan pemecatan Dr. Hassan Ali juga dilihat telah memberikan impak hebat kepada PAS. Walaupun nama Dr. Haron Din tiada dalam senarai sebelum ini, PAS terpaksa menamakan beliau semula untuk mengekalkan sokongan pengundi yang sudah hilang kepercayaan terhadap perjuangan PAS...
.
Renungan: Jika Haron Din mempunyai pendirian yang sama dengan Dr. Hassan Ali dalam memperjuangkan akidah Islam, tawaran PAS ini perlu ditolak oleh beliau...Perjuangan Islam bukan hanya di dalam PAS, tetapi di dalam NGO pun boleh berjuang.....
.

Sunday, February 5

HASSAN ALI TIDAK AKAN MERAYU


Dr. Hassan Ali di Kediaman Beliau Di Taman Tun Dr. Ismail Semalam (Utusan)
.
Syabas Dr. Hassan Ali!!....bangsaku2020 memuji tindakan ini yang dilihat amat berpendirian dan berprinsip. Kenapa harus merayu sedangkan perjuangan menegakkan AKIDAH, MELAYU dan RAJA MELAYU bukan perjuangan PAS lagi.
.
Menurut Dr. Hassan perkara itu diputuskan selepas beliau mengambil kira setiap pandangan daripada ulama sama ada di dalam atau di luar PAS, GOLONGAN PROFESIONAL, AHLI AKADEMIK, AHLI BIASA serta setelah melakukan ISTIKHARAH. Katanya, keputusan tersebut juga berkait rapat dengan cara pemecatannya oleh Pas yang disifatkannya sebagai paling autokratik dan paling tidak demokratik..
.
Renungan: Kepada ahli PAS, cubalah berfikir sejenak mengenai apa yang telah berlaku kepada Hassan Ali dan apakah yang telah terjadi dengan agenda politik PAS sekarang sejak berkawan rapat dengan DAP dan PKR....

NIK AZIZ BERTANDING LAGI

Keadaan Uzur Tidak Sesuai Untuk Memimpin
.
.Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan akhirnya telah mengisytiharkan diri untuk bertanding lagi pada PRU13 ini. Pengumuman mengenai perkara itu dinyatakan kelmarin dalam ceramah beliau di Pejabat PAS Negeri. Dengan ini Nik Aziz boleh dikatakan layak untuk dimasukkan nama di dalam Malaysian Books of Record bagi kategori pemimpin politik yang paling SAYANG KEDUDUKAN dan TAKUT MELEPASKAN JAWATAN. Tahniah kepada PAS. Rekod 45 TAHUN!!!
.

Nik Aziz, 81, adalah wakil rakyat paling lama dalam sejarah tanah air. Beliau mula menjadi calon pilihan raya pada tahun 1967. Jawatan Menteri Besar pula sudah empat penggal iaitu MELEBIHI 21 TAHUN. Nasib baik Nik Aziz tidak tinggal di Libya atau Mesir....kalau tidak... .

Tidak sangka dalam keadaan yang agak uzur, Nik Aziz masih mahukan jawatan tersebut. Khabarnya, hendak menyampaikan taklimat kepada beliau juga sukar atas masalah pendengaran dan fikirannya yang tidak lagi tajam. Kenyataannya juga selalu mencelarukan, yang tidak mencerminkan beliau seorang Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS. .

Itu belum menyentuh soal prestasi pentadbiran beliau yang dianggap lemah. Misalnya, isu air bersih, yang merupakan keperluan asas untuk rakyat Kelantan sehingga hari ini belum dapat diselesaikan.

FORUM MAULIDUR RASUL PAS DI DUN SIMPANG EMPAT PERLIS

PAS Perlis: Hentam 4 All-All 4 Hentam
.
Definisi Maulidur Rasul adalah: (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia (termasuk Malaysia) akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.
.
Tetapi amalan menghayati sejarah kehidupan Rasullullah SAW telah DISELEWENG oleh PAS. Forum Maulidur Rasul yang di adakan di DUN Simpang Empat semalam (04.02.2012-Sabtu) bertukar menjadi medan mengutuk dan menghentam Kerajaan dan kepimpinan Barisan Nasional. Forum yang disertai YB Ustaz Hashim Jasin (ADUN Sanglang), YB Rus'sele Iezan (ADUN Simpang Empat), Anuar Tahir (YDP PAS Padang Besar), Kol (B) Haji Nazarin Mokhtar (Presiden KERABAT) dan Dato' Adnan Ibrahim (Mantan Pengarah Pendidikan Perak) digunakan sepenuhnya untuk kepentingan politik PAS.
.
Renungan: Rasullullah SAW telah mengamalkan pendekatan berhemah untuk berdakwah dan berpolitik. Rasullullah SAW bukan sahaja disegani golongan Quraisy tetapi dihormati oleh golongan Yahudi hasil dakwah yang bijak. Di manakah ulama-ulama PAS untuk menegur perkara di atas ini??..

Saturday, February 4

STRATEGI HADI MENGENA..


Bila gerakan untuk jatuh dan singkirkan pemimpin VETERAN atau ULAMA di dalam PAS oleh puak-puak PERASIT, Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang cuba untuk "test market" sama ada beliau adalah salah seorang pemimpin VETERAN atau ULAMA yang berada dalam senarai PARASIT untuk disingkirkan.
.
Selepas menghadapi tekanan selepas penyingkiran Dr. Hassan Ali, Abdul Hadi menyatakan kesediaan beliau untuk berundur dari dicalonkan dalam PRU ke 13 akan datang (tetapi dalam hati beliau masih inginkan jawatan dan terus dicalonkan). Lantas Mat Sabu (Timbalan Presiden) menyatakan tindakan atau pengumuman Abdul Hadi membuktikan pangkat dan jawatan bukan asas perjuangan PAS (tetapi dalam hati Mat Sabu tindakan Abdul Hadi amat dialu-alukan)...tetapi hasrat Mat Sabu (selaku kepala PARASIT) dihalang oleh Nik Aziz yang menyatakan sokongan kepada Abdul Hadi agar tidak letak jawatan. Kalau Abdul Hadi letak jawatan, Nik Aziz juga akan merasai bahang dianaktirikan oleh puak-puak PARASIT ini.
.
Sekarang Adul Hadi berjaya dengan strategi "test market" beliau. Beliau akur (rasa syukur dan rasa terselamat) dengan keputusan Lajnah Politik PAS yang menolak hasratnya mengundurkan diri menjadi calon dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

AZIZAN SEMAKIN DITEKAN

Ahmad Shukri
.
Datuk Seri Azizan Abdul Razak semakin ditekan. Kali ini oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). SMM sedia menggerakkan mahasiswa untuk mengadakan protes di Wisma Darul Aman 19 Februari ini jika Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih "terus mempertahankan" Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan AKTA YANG MIRIP dengannya.
.
Pengerusinya Ahmad Syukri Ab Razab (gambar) berkata berkata tarikh itu dipilih kerana ia merupakan hari bekerja di negeri itu (Ahad) dan membolehkan ramai mahasiswa dari Lembah Kelang - yang bercuti - turun menyertainya"Bagaimanapun keputusan mengadakan perhimpunan bergantung kepada keputusan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat pada 12 Februari ini. (sumber)
.
Renungan: Tekanan DAP dan PKR tidak menjadi sebelum ini. Sekarang PERASIT gunakan SMM. Cukup hebat permainan PARASIT di dalam PAS. PARASIT ini menggunakan segala bentuk tekanan bagi menyingkirkan PEMIMPIN VETERAN di dalam PAS sendiri.

Friday, February 3

PKR BANTAH LAWATAN PM KE BATU CAVES

Gambar Hiasan
.
PKR ingin MEMBALAS DENDAM di atas laporan polis yang dibuat oleh Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniam Swami Devasthanam Sungai Petani bagi membantah kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mengunjungi kuil berkenaan kerana dikatakan boleh mencetuskan insiden yang tidak diingini.
.
Justeru, dengan PERASAAN DENDAM ini, sempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ke Kompleks Kuil Batu Caves sempena sambutan Thaipusam minggu depan, Ketua Penerangan PKR Kepong PKR, MS Arjunan dan Ketua Pemuda Cawangan itu iaitu A Kalaimughilan telah membuat laporan polis untuk tujuan yang sama. (berita penuh).
.
Secara warasnya, adakah lawatan Perdana Menteri boleh mencetuskan insiden tidak diingini? Jika PKR katakan ia adalah bermotif politik, apakah fungsi dan tanggungjawab Perdana Menteri selaku Kerajaan Memerintah (dipilih rakyat dalam PRU) terhadap bangsa lain dan amalan keharmonian kaum? Lagipun lawatan Perdana Menteri adalah lawatan tahunan tetapi lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuil Sri Subramaniam Swami Devasthanam Sungai Petani BUKAN LAWATAN TAHUNAN dan terang-terang lawatan BERMOTIF POLITIK!!..

12 % RAKYAT MALAYSIA HADAPI MASALAH MENTAL

Gambar Hiasan
.
Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 % rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berdepan pelbagai jenis penyakit mental. Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr Abdul Kadir Abu Bakar, berkata statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental.
.
"Antaranya ialah kemurungan ada 2%, sakit risau ada 1.8 % dan psikosis ada 1%. Penyakit mental yang serius pula adalah psikosis, dan kemurungan...penyakit keresahan itu pun kronik juga dan kemudiannya penyakit ringan yang lain," katanya ketika ditemui di sini. (klik sini).
.
Nota: Tetapi di dalam POLITIK, terdapat beberapa penyakit mental (GILA) yang tidak dapat dikenalpasti oleh MPA. Antaranya:- 1. Gila hendak jadi Perdana Menteri (walau tidak layak), Gila hendak tawan Putrajaya, 3. Gila kuasa (sukar letak jawatan), 4. Buta Sejarah (Bukit Kepong), 5. Gila Seks / Homoseks, 6. Jual agama....

KENAPA MUDAH MELATAH

Rus'sele Eizan
.
PAS Negeri Perlis melalui Timbalan Pesuruhjaya PAS YB Rus'lee Eizan (ADUN Simpang Empat) mengingatkan pimpinan UMNO-BN agar tidak memperlekehkehkan minda penjawat awam khususnya golongan profesional dengan momokan buruk terhadap golongan tertentu termasuk parti pembangkang.
.
Rus'sele Eizan berkata, golongan profesional dan intelektual seperti guru dan pendidik yang ada kini bukanlah jenis yang mudah terpengaruh dengan apa jua kata-kata yang dikeluarkan oleh pempimpin politik khususnya dari UMNO-BN. "Golongan guru atau pendidik sekarang bukanlah macam dulu yang boleh menerima apa saja yang dkatakan oleh pemimpin UMNO-BN," katanya mengulas kenyataan Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu baru-baru ini kepada golongan pendidik di Perlis.
.
Tetapi Rus'sele Eizan sudah LUPA bahawa PAS juga banyak membuat momokan, fitnah dan manipulasi buruk terhadap Kerajaan UMNO-BN dan golongan profesional dan intelektual (guru / pendidik) juga semakin tidak mempercayai momokan tersebut. Jadi, kenapa harus MELATAH dengan kenyatakan yang dikeluarkan oleh Kerajaan BN kerana semua kenyataan tersebut adalah untuk kepentingan rakyat....

Thursday, February 2

MATLAMAT MENGHALALKAN CARA...

Gambar Hiasan
.
"The Ends Justifies The Means" (Matlamat Menghalalkan Cara)....itulah hakikat sebenar PAS yang sudah condong dari landasan sebenar mereka. PAS sanggup melakukan apa sahaja untuk UNDI dan mengetepikan dasar dan perjuangan Islam yang mereka bawa sejak dari dahulu lagi. Apa mereka telah halalkan?....
.
Satu:
Pusat hiburan dibenarkan dibuka pada Bulan Ramadhan
.
Dua:
Calon Wanita dibenarkan bertanding dalam PRU / PRK
.
Ketiga:
Arak perlu diteruskan di Selangor oleh MP Shah Alam
.
Keempat:
Berkempen (memberi angpau) di pasar (Selangor) yang menjual daging babi dan membenarkan tarian kebudayaan Cina (Singa) di Kompleks PAS Perlis. Adakah DAP pernah menjemput untuk tarian kebudayaan Melayu semasa Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di kompleks mereka?
.
Kelima:
Masih tidak mengambil tindakan kepada Karpal Singh "isu tubuh negara Islam"
.
Keenam:
Menafikan video seks Anwar Ibrahim (walau terbukti)
.
Ketujuh:
Ubah sejarah peristiwa Bukit Kepong
.
Kelapan:
Kes Gereja di Shah Alam tiada pembelaan untuk JAIS dan Exco Agama
.
Kesembilan:
Tiada bantahan keras kenyataan DSAI isu keselamatan Israel baru-baru ini.
.
Kesepuluh:
Putar belit ayat Al Quran & Hadis Nabi untuk kepentingan politik

MARUAH ISLAM SEMAKIN DICABAR....

Gambar Hiasan
.
Kebelakangan ini maruah umat Islam di Malaysia semakin dicabar dan tercabar. Bermula dengan kenyataan Anwar Ibrahim (DSAI) berkaitan sokongan kepada menjaga keselamatan Israel, umat Islam digemparkan dengan penemuan kepala dan anggota haiwan (BABI) di surau dan masjid.
.
Pagi tadi, satu kepala babi bersama beberapa anggota badan haiwan terbabit telah ditemui orang ramai di pekarangan Masjid Al-Hidayah, Sentul. Manakala Selasa lepas, kepala BABI telah ditemui di perkarangan Masjid Nurul Iman, Rawang.
.
Persoalannya adalah apakah motif sebenar perlakuan tersebut? Adakah ia berkaitan dengan senario politik negara? Kenapakah memilih masjid sebagai lokasi sesuai untuk membuang keratan tubuh haiwan terbabit? Adakah ia dilakukan oleh individu bukan beragama Islam? Adakah orang Islam sanggup melakukan perkara ini untuk mencapai agenda tersembunyi? Dimanakah suara masyarakat Islam bila kejadian ini berulang tidak sampai seminggu di tempat ibadah mereka sendiri?....

JATI TIDAK JEJASKAN PAS??!!

Dato' Dr. Hassan Ali
.
Adakah penubuhan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti JATI oleh Dr. Hassan Ali tidak akan jejaskan PAS? Bagi Ketua Penerangan PAS Pusat iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, JATI tidak sesekali akan menjejaskan PAS kerana ia merupakan NGO dan bukan parti politik. Tetapi jika JATI tidak akan jejaskan PAS, perkara utama yang perlu PAS nilai untuk mengetahui sejauh mana JATI tidak mengancam PAS adalah:-
.
Satu
JATI memperjuangkan AGENDA ISLAM, MELAYU dan RAJA MELAYU. Secara jelas ia berpengaruh.
Dua
Sambutan siri ceramah Dr. Hassan Ali semakin mendapat perhatian. Ia secara jelas berpengaruh.
Tiga
Pro Perpaduan dalam PAS akan sokong Dr. Hassan Ali. JATI semakin berpengaruh.
Empat
Kepimpinan Ulama (Veteran) mempunyai perjuangan dan agenda yang sama dengan Dr. Hassan. Ia semakin berpengaruh.
Lima
Ketegasan DAP tidak mahu tubuhkan negara Islam menghakis sokongan kepada PAS secara tidak langsung. Penyokong akan menyokong JATI
.
Jika faktor di atas ini diteliti dengan mendalam, sudah pasti Dr. Hassan Ali dan JATI merupakan musuh dan ancaman no. 1 kepada PAS pada PRU 13 akan datang. Jadi, jangan pandang rendah keupayaan JATI untuk perjuangkan nasib Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu.

SAFEE SALI DAN MALAYSIA

Safee Sali
.
Sebelum ini kita (rakyat Malaysia) melihat imej Malaysia di mata rakyat Indonesia amat keji dan dibenci. Perasaan ini selalu diluahkan semasa setiap pertandingan bolasepak melibatkan Malaysia-Indonesia. Kadang-kadang kita merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan keadaan ini apabila Malaysia acapkali dihina dan dikeji di dalam dada akhbar Indonesia.
.
Tetapi keadaan kini sudah berubah. Bolasepak jugalah telah mengharumkan nama negara di Indonesia. Dengan pendapatan mencecah hampir RM 2 juta dengan memperolehi kemudahan seperti bonus, rumah, kenderaan, pemandu peribadi dan lain-lain lagi, Safee Sali (Pemain Harimau Malaya) secara tidak langsung telah diiktiraf oleh "bangsa Indonesia" sendiri. Pengiktirafan ini sedikit sebanyak sudah memulihkan imej Malaysia di hati rakyat Indonesia yang sebelum ini diperburukkan oleh beberapa individu (pembangkang Malaysia) yang sanggup menjual nama negara demi kepentingan politik peribadi.
.
Tahniah Kerajaan Malaysia, Tahniah Safee Sali...........

Wednesday, February 1

NASIB AZIZAN DI KEDAH

Ulama & Veteran PAS Semakin Ditindas....
.
Jika direnungi, golongan Ulama di dalam PAS khususnya kepimpinan veteran sudah mula diancam dan akan melalui zaman penyingkiran. PARASIT yang dikatakan Dr. Hassan Ali ini benar-benar telah dicorakkan minda oleh VIRUS Pakatan Pembangkang (PR) iaitu DAP dan PKR. Bermula dengan Dr. Hassan Ali disingkirkan, kini tibalah masanya Azizan Abd Razak (Menteri Besar Kedah) pula akan melalui nasib yang serupa.
.
Jika diteliti, isu Kolej Universiti Insaniah (KUIN) atau pergantungan lima (5) orang mahasiswa di bawah Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) telah menampakkan usaha sebenar kumpulan PARASIT dan VIRUS untuk menghapuskan Ulama dalam PAS. PARASIT dan VIRUS tercabar dengan pendirian "prinsip" Azizan yang tidak tunduk kepada BUKU JINGGA dan mengganggap BUKU JINGGA sebagai BUKAN AL-QURAN yang tidak boleh diubah...
.
Dalam masa yang sama, BAPA PARASIT (Mat Sabu) telah mengarahkan Azizan untuk memberikan penjelasan berkaitan isu ini. Kenapa perlu beri penjelasan?. Kenapa tidak menyokong Azizan seperti kepimpinan PAS yang lain?..Kenapa pula tidak kepada Dr. Hassan Ali yang sehingga kini tidak dipanggil untuk memberi penjelasan?...

DATUK BANDAR VS PERDANA MENTERI

Amandha Fox & Luana Borgia
.
"Dunia Semakin Kiamat"...Di Milan Itali, terdapat dua (2) aktres filem lucah iaitu Amandha Fox dan Luana Borgia telah menarik perhatian ramai kerana ingin bertanding untuk menjadi DATUK BANDAR Utara Itali di Toranto. Mereka menarik sokongan pengundi dengan mempamerkan "Tarian Tiang", ramah mesra dan menyenaraikan manifesto pilihanraya dengan slogan "Hidup Toranto!!".

Tetapi lain pula di Malaysia, seorang individu lelaki yang boleh dilabelkan sebagai "PELAKON HEBAT" yang juga mempunyai kepakaran beraksi secara "LUCAH" dengan lelaki dan wanita mempunyai cita-cita yang sama dengan Amandha Fox dan Luana Borgia. Tetapi cita-cita individu lelaki ini lebih besar iaitu menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA!!....
.
Renungan: Jika perkara di atas ini menjadi realiti, sudah tentu Dasar Kerajaan akan menjurus kepada keruntuhan akhlak yang teruk hasil dari cadangan dan kepimpinan yang memiliki moral yang tidak bertamadun...

PENDUDUK AWAM ISLAM DITEMBAK

Tentera Thai Memeriksa Mayat Seorang Penduduk Islam (Selatan Thai)
.
Islam sentiasa ditindas....kes terbaru, penduduk awam beragama Islam ditembak mati oleh tentera Thailand (Renger) di Selatan Thailand. Seperti biasa alasan diberikan adalah tersilap sasaran kerana beranggapan sebagai puak pemberontak (pergerakan pemisah). Ketua Tentera Thailand, Prayuth Chan-ocha telah memohon maaf kepada ahli keluarga mangsa yang terbunuh di Wilayah Pattani tersebut.
.

Renungan 1: Bagaimana pula nasib jika bangsa Thai (beragama Buddha) ditembak oleh Islam?! Bagaimana pula jika penduduk Serbia (Kristian) ditembak oleh Islam?! Bagaimana pula jika masyarakat Yahudi (Zionis) ditindas oleh Islam?!.....sudah tentu memohon maaf bukan jalan penyelesaian, tetapi Islam akan dibalas dengan tindakan lebih kejam lagi....

Renungan 2: Tetapi masih ada lagi manusia bernama Anwar Ibrahim yang sanggup memperjuangkan berkaitan keselamatan Bangsa Israel (Zionis) dari memperjuangkan keselamatan Islam di Palestin, Bosnia, Selatan Thai dan Afganistan.....

PARASIT

Salah Satu Kumpulan PARASIT
.
Sebenarnya adalah satu dakwaan yang serius bila Dr. Hassan Ali mengatakan terdapatnya PARASIT di dalam PAS. Ini kerana PAS merupakan parti yang dilabelkan sebagai "memperjuangkan Islam".
.
Dalam perspektif sains, PARASIT merupakan satu benda hidup (bernyawa) yang "tidak nampak" yang tinggal, tumpang atau hidup pada benda hidup (bernyawa) yang lain. Sebagai contoh: Parasit Malaria, Parasit Tokso (daging kambing), Cacing Papita (daging babi), Parasit Botfly (lalat), Kutu, dan lain-lain. Semua (PARASIT) ini boleh mendatangkan bahaya dan kemudaratan kepada benda hidup yang ditumpang ini.
.
Secara kesimpulannya, PARASIT mungkin tidak mendatangkan bahaya dalam jangka masa pendek kerana ia merosakkan sel benda hidup yang ditumpang adalah secara berperingkat (tidak sedar). Tetapi ia akan menjadi lebih bahaya dalam jangka masa panjang kerana akan merosakkan seluruh struktur pertahanan badan (benda hidup) yang ditumpang dan seterusnya menyebabkan kematian.
.
Nota: Ahli Parlimen Shah Alam (Khalid Abdul Samad) telah berada di dalam PAS selama 30 tahun!!!....dan sekarang PAS sudah hilang taring kerana Khalid berada terlalu lama dalam PAS seperti PARASIT...RENUNGKAN....
.

SOKONGAN YAHUDI ANCAMAN KEPADA NEGARA

Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI)
.
Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menyokong usaha menjaga keselamatan REGIM ZIONIS seperti yang dilaporkan The Wall Street Journal adalah satu tindakan atau usaha ke arah memancing dan memulakan usaha campur tangan asing ke dalam politik Malaysia. Usaha DSAI iini dilihat sebagai jalan terakhir untuk menyelamatkan politik beliau di Malaysia memandangkan kebanyakan musuh politik (seperti DSAI) Kerajaan Memerintah di negara lain akan menggunakan pelobi atau jentera Yahudi untuk menumbangkan Kerajaan. Jadi, kita lihat apa reaksi dan tindakan Yahudi selepas ini. Jadi, masyarakat Islam harus memandang serius tindakan yang dilakukan DSAI ini demi menjaga keutuhan Islam di bumi Malaysia.