Thursday, September 8

KHALID DAKWA KONSPIRASI UMNO...

Gambar: Khalid Abdul Samad
.
Itulah taktik dan strategi PAS. Bila tertekan dan terperangkap, UMNO juga yang dipersalahkan. Inilah yang dilakukan Ahli Parlimen PAS iaitu Khalid Abdul Samad yang tidak berpuas hati dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang mengambil tindakan terhadapnya kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah surau bulan lalu. Dalam hal ini beliau cuba menyerang pihak berkuasa agama itu dengan mengaitkannya dengan UMNO.
.

Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor itu turut mengeluarkan kenyataan berbeza apabila menyatakan tauliah penceramah tidak perlu, selain mendakwa JAIS sebagai sebuah badan yang tidak bebas dan menyifatkan keperluan tauliah mengajar adalah peraturan lama yang digubal semasa pentadbiran negeri dikuasai oleh Barisan Nasional (BN) dulu.

Beliau juga mendakwa para pegawai penguat kuasa yang menjalankan tugas berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 mengamalkan diskriminasi dan bersekongkol dengan UMNO. Inilah perangai pemimpin PAS, mereka akan terus mencari jalan untuk melepaskan diri seperti mana yang berlaku terhadap Mohamad Sabu yang memesongkan fakta sejarah dengan mengaitkan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai pejuang kemerdekaan.

Segala tuduhan Khalid dilihat sebagai strategi melepaskan diri dan meraih sokongan ramai memandangkan beliau akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Klang pada 24 November ini atas dakwaan menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah surau pada Ogos lalu.

Wednesday, September 7

MAT INDERA, KOMUNIS DAN PEJUANG KEMERDEKAAN..

Gambar: Mat Indera (dua dari kanan) semasa ditangkap Polis
.
Mat Indera turut terlibat ketika serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 dan menjadi watak utama menjadi orang tengah meminta polis menyerah diri kepada komunis. Pada 14 Oktober 1952 Mat Indera telah ditangkap oleh orang-orang kampung Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat. Mat Indera telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 18 November 1952 kerana memiliki senjata api secara haram. Rayuan Mat Indera supaya hukumannya diringankan ditolak pada 2 Disember 1950 dan hukuman gantung terhadapnya telah dijalankan pada 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya telah dikebumikan di Kg. Jambu Air, Taiping. Untuk makluman juga, Mat Indera pernah dipenjarakan selama 2 bulan pada tahun 1946 kerana menjual beras secara haram. (Maklumat Lanjut Sumber: Klik Sini).
.
Terdapat maklumat (pro Mat Indera) mengatakan Mat Indera merupakan seorang tokoh agama dan al-hafiz, tetapi kenapa apabila semasa beliau ditangkap oleh kawan rapat beliau terdapat beberapa tangkal pendinding ilmu ghaib di badan beliau? Bukankah tangkal pendinding merupakan satu amalan menyekutukan Allah SWT di dalam Islam? Di manakah ilmu al-hafiz (hafal Al-Quran) yang dipelajari oleh Mat Indera?
.
Selain itu, jika benar Mat Indera seorang ahli agama seperti yang didakwa, kenapa beliau memilih Parti Komunis Malaya (PKM). Seluruh dunia mengetahui bahawa Parti Komunis merupakan sebuah ideologi politik yang tidak percaya kepada kewujudan Tuhan. Ini menyebabkan ramai penduduk beragama seluruh dunia tidak menyokong komunis. Selain itu Kerajaan komunis juga sering menindas mereka yang berpegang kepada agama di beberapa negara Komunis. (Rujuk Sumber: Sejarah Komunis).
.
Jadi, di sini secara terang dan jelas kita boleh menilai bahawa Pejuang Kemerdekaan sebenar adalah mereka (anggota polis) yang terkorban di Bukit Kepong dan bukannya Mat Indera yang telah bersubahat dengan Komisser Goh Peng Tun (PKM) untuk membunuh orang Melayu dan Islam ketika itu. (Rujuk Sumber: Peristiwa Bukit Kepong).
.

Monday, August 29

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI....

.
Salam. Bangsaku2020.blogspot.com mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri serta Maaf Zahir & Batin kepada semua pengunjung blog ini. Semoga dengan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi oleh Malaysia dapat terus dikekalkan.
.
Tidak lupa juga kepada seluruh rakyat Malaysia, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 54 pada tanggal 31hb Ogos 2011 ini. Marilah kita sama-sama merenungi dan menghayati pengorbanan para pejuang negara dalam usaha untuk merdekakan Malaysia dari kekuasaan penjajah....


PERLU PENJELASAN KEPADA RAKYAT

Gambar: Lim Guan Eng Perlu Memberikan Penjelasan
.

Satu demi satu KERAGUAN telah timbul hasil dari pengurusan Kerajaan DAP Pulau Pinang kepimpinan Lim Guan Eng. Kali ini berkaitan pula isu melibatkan dakwaan penyelewengan wang Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bagi melunaskan bil rawatan Mohamed Sabu, Timbalan Presiden PAS yang cedera kerana terlibat dalam perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini.

Dalam isu ini perkara utama yang ditimbulkan adalah wajarkah PBAPP menanggung kos rawatan sebanyak RM8,434.05 terhadap kecederaan Mohamed Sabu yang berpunca dari aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti BERSIH 2.0?. Ini kerana kandungan Perjanjian Kolektif antara PBAPP dan kesatuan kakitangannya sendiri ada menyebut bahawa syarikat itu tidak akan menanggung sebarang kos bersangkutan kecederaan, kesakitan atau kecacatan yang diakibatkan oleh penyertaan kakitangan dalam aktiviti haram (menyalahi undang-undang). Adakah kerana Mohamed Sabu seorang Ahli Lembaga Pengarah maka perjanjian itu dikecualikan?

Bayaran balik yang diluluskan itu bernilai RM8,434.05 iaitu terdiri daripada bayaran RM5,060.55 bagi perbelanjaan perubatan dan RM3,373.50 bagi kos bayaran perunding pembedahan. Bagaimanapun, persoalan timbul apabila bil Hospital Pakar KPJ Selangor yang dikepilkan bersama dengan memorandum pembayaran tersebut hanya berjumlah RM5,060.54. Ini menunjukkan wujudnya percanggahan yang jelas malah, jumlah bil hospital sudah pun merangkumi bayaran perunding pembedahan. Jadi, untuk apakah pula tujuan bayaran balik yang bernilai lebih tiga ribu ringgit seperti diluluskan?


MOHAMED SABU OH MOHAMED SABU....

Gambar: Anggota Pasukan Keselamatan Dibunuh Kejam Oleh Komunis Tahun 1950
.

Kenyataan Mohamed Sabu (Timbalan Presiden PAS) yang mendakwa Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero (wira) sebenar dalam peristiwa Bukit Kepong adalah satu perkara yang amat melampau. Tidakkah beliau berfikir bahawa kematian, pengorbanan dan kehancuran yang dihadapi anggota pasukan keselamatan ketika itu merupakan satu perjuangan yang sia-sia? Di manakah nilai dan harga jiwa-jiwa anggota pasukan keselamatan yang terkorban yang dianggarkan seramai 6,000 orang itu?

Jika sentimen dan fahaman komunis ini dianggap sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara, tindakan Mohamed Sabu ini perlu dipandang serius oleh Kerajaan dan diambil tindakan sewajarnya sama seperti yang dikenakan kepada pengikut BERSIH 2.0 baru-baru ini.

Kepada Mohamed Sabu, semua orang politik sentiasa berpolitik. Tetapi jangan pula kerana dendam kesumat dan menghalalkan cara, pengganas komunis pula dijulang demi untuk menjaga kedudukan dan pengaruh.


Friday, August 26

PENDUDUK ISLAM TERUS DITINDAS....


Organisasi Pembebasan Hak Asasi Muslim Amerika Syarikat kelmarin menggesa siasatan persekutuan dan sesi keterangan di Senat terhadap laporan menunjukkan Agensi Perisikan Pusat (CIA) membantu Jabatan Polis New York (NYPD) mengumpul maklumat perisikan di masjid-masjid dan kawasan etnik minoriti (Islam).
.
Menurut Gadier Abbas, Peguam Majlis Hubungan American-Islamic (CAIR), CAIR mengesyaki wujudnya kerjasama antara polis dan CIA dalam mengumpul maklumat perisikan yang melanggar Perlembagaan Amerika, Akta Hak Persendirian 1974 dan arahan presiden melarang CIA mengintip rakyat Amerika.

Laporan Associated Press (AP) mendedahkan, Pegawai NYPD telah menyamar ketika dihantar ke kawasan penduduk minoriti untuk memantau kedai buku, bar, kafe dan kelab malam serta polis menggunakan pemberi maklumat yang dikenali sebagai ‘kaki ampu’ masjid untuk mengawasi khutbah.

Dalam hal ini, NYPD dianggap telah jauh melangkaui batas tugas dan menyasarkan komuniti etnik dengan cara ini ia akan melanggar peraturan kebebasan awam jika dilakukan oleh kerajaan persekutuan. NYPD pula bertegas tidak mahu untuk meminta maaf. Alasan digunakan adalah serangan 11 September 2001 lalu.
.
RENUNGAN: Dimanakah amalan kebebasan beragama, demokrasi, dan hak asasi manusia yang dilaungkan oleh Amerika Syarikat?? Tetapi kenapa masih ada segelintir kumpulan masyarakat (Islam) di Malaysia masih menjadikan Amerika Syarikat sebagai model dalam segala bentuk cabang kehidupan??....

DI MANAKAH TANGGUNGJAWAB PENDAKWAH?


Seorang individu yang ditahan dalam pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) mengaku terdapat umat Islam murtad selepas mendapat bantuan gereja, kata bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Dr Asri berkata, dalam pengakuan kepadanya minggu lalu, ibu tunggal itu mengaku masih Islam walaupun tiga anaknya diterapkan ajaran Kristian dan diajar nyanyian keagamaan. "Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup. "Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja," kata Dr Asri (Gambar)
.
Justeru, Dr Asri menggesa sistem pembayaran zakat dipermudah dan kaedah yang menyukarkan dan "bagaikan peminta sedekah" hendaklah dihentikan. "Jika zakat berfungsi, bukan muslim akan tertarik dengan Islam. "Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam!" kata pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu. (Sumber: Klik Sini)
.
RENUNGAN: Dalam hal ini, kita tidak boleh menyalahkan Pusat Zakat sedia ada, tetapi kita harus memperhalusi strategi berdakwah oleh para pendakwah / ulama Islam terhadap orang Islam itu sendiri. Kita seharusnya menilai dan mengkaji pendekatan dakwah oleh pihak Kristian yang berjaya menawan hati kumpulan sasar. Jika kita mengandaikan tindakan ibu tunggal ini sebagai "dilakukan semua itu untuk hidup" bagaimana pula orang miskin yang mencuri atau main nombor ekor? adakah mereka juga diandaikan "dilakukan semua itu untuk hidup".? Dewasa ini, ulama / pendakwah kita hanya sibuk dengan publisiti di dada akhbar khususnya berkaitan hal ehwal politik, tetapi mengetepikan perbincangan serius dalam penambahbaikan strategi berdakwah.

PERANG TANPA STRATEGI PERTAHANAN...

.
Kadang-kadang kita rasakan bahawa peperangan hanya melibatkan strategi menyerang sahaja, tetapi kita terlupa bahawa strategi pertahanan juga amat penting dalam memenangi peperangan. Begitu juga peperangan di alam siber. Jika tidak mahir bertahan jangan cuba memulakan serangan.
.
Inilah yang berlaku terhadap The Malaysian Insider di mana bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli mengemukakan saman RM200 juta terhadap portal The Malaysian Insider dan dua yang lain atas dakwaan memfitnah beliau dalam satu artikel yang disiarkan pada 31 Mei lalu.
.

Writ saman tersebut yang difailkan pada 18 ogos lalu menamakan The Malaysian Insider Sdn. Bhd., pemiliknya, Jahabar Sadiq dan wartawan, Shazwan Mustafa Kamal sebagai defendan.


Friday, August 19

TUISYEN SEBAR KRISTIAN


Umat Islam dikejutkan lagi dengan laporan ibu kepada dua kanak-kanak Melayu yang dikatakan belajar di sebuah pusat tuisyen yang cuba menyebarkan ajaran Kristian secara halus kepada mereka. Ibu tersebut Rosiati Mohd. Repha, 40, berkata, dia tidak menyangka pusat tuisyen yang disangka mengajar subjek akademik itu melakukan perbuatan menyalahi hukum agama.
.

Kedua-dua anaknya yang berusia 12 dan 7 tahun dilihat begitu bersemangat dan menunjukkan minat yang tinggi setiap kali pergi ke pusat tuisyen tersebut. “Kerap juga mereka membawa pulang hadiah-hadiah, mereka cakap cikgu tuisyen bagi sebab menang dalam pertandingan menyanyi,” katanya.

Rosiati berkata, dia juga baru menyedari buku tuisyen anak-anaknya tidak pernah bertambah, sebaliknya hanya menggunakan satu buku latihan sahaja sejak memasuki pusat tuisyen itu.

Buku itu pula, katanya, hanya tertulis ABC dan lukisan serta langsung tiada kaitan dengan sukatan pelajaran tahun enam. Dia yang bekerja sebagai tukang cuci berkata, ekoran kesempitan wang, anak-anaknya dihantar ke pusat tuisyen tersebut kerana mereka tidak dikenakan sebarang yuran.

Dilaporkan murid-murid beragama Islam yang belajar di kelas tuisyen yang diberikan secara percuma oleh sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di kawasan itu telah diajar menyanyikan lagu Yes, I know Jesus loves me dan Hari ini Ku Rasa Bahagia yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib. (Sumber: Utusan)


TOLL DISCOUNTS - THANKS GOVERNMENT!!


Motorists will be able to enjoy discounts of between five and 37.5 percent when travelling on 24 tolled expressways on August 30 and 31 in conjunction with Aidilfitri.

The amount of the discounts works out to about RM7 million. This was announced by Works Minister Datuk Shaziman Mansor when launching an Aidilfitri safety campaign at Guthrie Highway’s Lagong toll plaza here today.

He also the ministry has carried out various initiatives including rehabilitative work worth RM15.66 million at 37 federal road blackspots and RM8.1 million at 10 blackspot locations on highways last year.

“Improvements on federal roads have shown a positive impact, whereby records and monitoring by the Malaysian Highway Authority showed that 112 accidents recorded on highways from January to June 2009 have dropped to 24 accidents during the same period this year.

“The 37 blackspots on federal roads which have been rehabilitated showed 0 per cent or no accidents until June 2011 compared to 395 accidents in 2009,” he was quoted by BERNAMA as saying.


DAKWAAN PAS MELESET

Gambar: Besah Mat "Ya Allah, sampai hati depa gunakan nama saya. Saya tuntut depa minta maaf kerana buat fitnah terhadap saya pada bulan Ramadhan"
.
Bukan tiga tetapi enam! Itulah penemuan Sinar Harian menerusi dakwaan PAS bahawa tiga ahli UMNO (2 di Perlis dan seorang di Kedah) dicurigai masing-masing mempunyai dua kad pengenalan untuk membolehkan mereka mengundi dua kali pada pilihanraya.
Tiga-tiga nama itu ialah Azhar bin Ahmad, Besah binti Mat dan Mansor bin Ahmad, yang menurut Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat identiti mereka hanya dibezakan dua digit terakhir pada nombor kad pengenalan sahaja.

Menjejak Azhar bin Ahmad, siasatan Sinar Harian mendapati ada dua individu berkongsi nama itu. Seorang daripadanya memegang kad pengenalan 680713-09-5057 tinggal di Kampung Baru Sungai Serai, tidak jauh dari Kilang Gula Perlis di Chuping.

Sementara itu, siasatan seterusnya mendapati, seorang lagi Azhar bin Ahmad (680713-09-5049) yang dikaitkan dengan dakwaan itu, kini tidak lagi menetap di kampungnya, di Batu 13 Tasoh, Mukim Beseri Perlis dan telah berhijrah ke Kuantan Pahang 13 tahun yang lalu. Hal ini diberitahu tiga anggota terdekat yang ditemukan dengan Sinar Harian oleh bapa saudaranya yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung itu. (Sumber: Sinar Harian Edisi Utara)


Tuesday, August 16

APA KATA NIK AZIZ??..

Gambar 1: Apakah hukum wanita bukan Islam gunakan PEMBESAR SUARA berceramah dalam masjid?
.
Gambar 2: Apakah hukum guna PEMBESAR SUARA untuk fitnah orang lain?

Gambar 3: Apakah hukum menggunakan PEMBESAR SUARA untuk memaki orang lain?

Gambar 4: Apakah hukum seorang wanita menggunakan PEMBESAR SUARA untuk berkempen?

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan amalan membaca al-Quran dan melaungkan iqamat menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu serta membawa masalah kepada orang lain.
.

Menurut beliau, perkara itu tidak boleh dilakukan sekiranya mendapat sungutan daripada orang yang sedang sakit, budak kecil atau orang bukan Islam yang tidak boleh tidur.

Menurut Nik Aziz, ‘‘kita (umat Islam) hanya dibenarkan melaungkan suara ketika azan untuk mengerjakan solat. Oleh itu, saya tidak bersetuju jika masjid menggunakan pembesar suara sehingga menjejaskan orang lain yang sedang tidur atau sakit.

Persoalannya, apakah hukum bagi gambar-gambar di atas yang menggunakan pembesar suara dalam dalam masa yang sama bukan sahaja mengganggu orang sakit atau budak kecil atau orang bukan Islam tetapi telah juga mengguris hati orang Islam itu sendiri...


Monday, August 15

E-SPPST KEBAL..


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai sistem pangkalan data pemilih yang kebal dan tidak boleh diceroboh oleh mana-mana pihak untuk mendaftarkan warga asing sebagai pengundi seperti mana didakwa pembangkang. Menerusi Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) yang digunakan SPR sejak 2002 itu, ia boleh mengesan cubaan pihak tertentu untuk mendaftar warga asing sebagai pemilih, sekali gus menyekat pendaftaran berkenaan.
.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar), berkata hakikatnya tiada ruang untuk pihak tertentu menipu seperti mana didakwa pembangkang dan SPR sentiasa memantau serta membersih senarai pemilih dari semasa ke semasa.

Menurut beliau, “sistem diguna pakai sejak 2002 ini kalis penipuan dan tidak akan membenarkan sesiapa saja yang tidak layak menurut Perlembagaan didaftar sebagai pemilih. Melalui pengesanan angka 12 digit bukan warga negara cuba didaftar sebagai pemilih akan dikesan serta disekat.

Menurut beliau lagi, “bukan itu saja, sistem ini juga hanya boleh diakses oleh warga negara saja, jadi dakwaan bahawa SPR terbabit dengan cubaan mendaftar warga negara asing sebagai pemilih itu adalah satu tuduhan yang tidak berasas yang dibuat tanpa merujuk kepada SPR terlebih dulu. (Sumber: BH)

Sunday, August 14

GOLONGAN GAY SEMAKIN BERANI..

Pastor Ou Yang Wen Feng
.

Pastor Ou Yang Wen Feng Bersama 'Kekasih' Warganegara Afrika-Amerika

.
Cadangan seorang Paderi warganegara Malaysia iaitu Pastor Ou Yang Wen Feng, 41 tahun dari Metropolitan Community Church (MCC) New York untuk berkahwin dengan 'kekasihnya' warganegara Afrikan-Amerika di negara ini telah dilihat sebagai perkara yang amat mengejut dan memalukan seluruh warganegara Malaysia (kecuali yang sama jenis). Kita selaku warganegara Malaysia sudah maklum bahawa budaya songsang ini ditentang keras oleh agama dan masyarakat. Tindakan tegas Kerajaan dalam kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim membuktikan kegiatan ini adalah satu kesalahan moral yang besar dan bertentangan dengan nilai kesopanan dan kesusilaan Malaysia walaupun di luar negara amalan songsang ini dbenarkan dan diraikan sama ada di kalangan pemimpin, artis dan orang kebanyakan.
.
Dalam hal ini, tahukah anda bahawa komuniti rakyat Malaysia di Amerika Syarikat khususnya kumpulan gay telah menubuhkan secara rasmi sebuah kelab gay yang dinamakan The Malaysian Gay Club San Francisco (klik sini) dan usaha Pastor Ou Yang ini dilihat sebagai cubaan untuk mengembangkan budaya ini secara rasmi di kalangan gay di Malaysia.

Saturday, August 13

BRITAIN PERTIMBANG SEKAT MEDIA SOSIAL

David Cameron, Perdana Menteri Britain


Baru-baru ini, tindakan Kerajaan Algeria menyekat media sosial seperti Facebook & Twitter dilihat ada kewajaranya (klik sini). Rentetan dari perkara ini, Kerajaan British pula sedang cuba mencari cara-cara untuk mengurangkan kemungkinan media sosial yang digunakan untuk menganjurkan rusuhan atau protes ganas disekat (klik sini).

Menurut laporan Greame McMillan (seorang wartawan TIME), Kerajaan Britain sedang mempertimbangkan sama ada untuk mengharamkan pengguna khusus dari laman web seperti Twitter atau Facebook jika dipercayai akan merancang aktiviti jenayah atau, lebih ekstrem, memberi kuasa kepada pihak polis pada dasarnya untuk menutup akses terhadap media sosial di Britain pada saat menghadapi kecemasan.
.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Britain, David Cameron dilihat benar-benar serius dalam hal ini berdasarkan kenyataannya baru-baru ini:

"Setiap yang menyaksikan tindakan ngeri ini akan merasa terkejut melihat bagaimana mereka disusun menggunakan media sosial. Aliran maklumat yang berterusan boleh digunakan untuk kebaikan, tetapi ia juga boleh digunakan untuk kerosakan, dan apabila ada pihak yang menggunakan media sosial untuk keganasan, maka kita perlu menghentikan mereka. Disebabkan itu, kita sedang bekerjasama dengan polis, perkhidmatan perisikan dan industri untuk melihat sama ada tindakan kita betul untuk menghentikan orang-orang yang berkomunikasi melalui laman-laman web dan perkhidmatan ini apabila kita tahu mereka memplotkan keganasan, kekacauan dan jenayah. Saya juga telah bertanyakan kepada polis sama ada mereka memerlukan apa-apa lagi kuasa lain yang baru."
.
Persoalannya, adakah Malaysia akan melaksanakan tindakan yang serupa dengan Algeria dan Britain? Memandangkan ada pihak yang hendak menganjurkan BERSIH 3.0, sekatan ini mungkin boleh dipertimbangkan untuk kepentingan rakyat di Malaysia.

Friday, August 12

DI SEBALIK TABIR...


Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid. Jika amalan ini bercanggah dengan hukum syarak, persoalan yang perlu kita fikir dan dan renung adalah:-
.
Pertama:
Kenapa sekarang baru dikesan bahawa amalan tersebut telah melanggar hukum syarak?
.
Kedua:
Kenapa larangan ini diperbesarkan? Adakah untuk mengalih tumpuan ramai terhadap isu Gereja di Damansara?
.
Ketiga:
Adakah larangan ini dibuat dengan pengetahuan Yang DiPertuan Agong selaku Ketua Agama Islam Pulau Pinang?
.
Keempat:
Adakah DAP dalang sekali lagi disebalik larangan ini selepas Pilihanraya Masjid gagal di Pulau Pinang?
.
Marilah kita sama-sama merenungi perkara ini...

Wednesday, August 10

BRITAIN PERLU MUHASABAH DIRI.....

Gambar Rusuhan: Anak-Anak Muda London

Gambar Rusuhan: Perusuh Mengambil Kesempatan Menceroboh ATM

Gambar Rusuhan: Polis Disimbah Dengan Cat Di Kota London

Gambar Rusuhan: Perusuh Merosokkan Harta benda Awam
.
Jika dilihat secara tersirat, adalah mustahil sebuah negara maju dan membangun seperti Britain boleh berlakunya rusuhan sehingga mengakibatkan kerosakan harta benda awam yang teruk. Kita dapat melihat bahawa kumpulan anak-anak muda di London terlibat secara langsung dalam rusuhan ini. Anak-anak muda ini majoritinya adalah dari kumpulan 'skinhead (klik)' yang anti Kerajaan. Penglibatan mereka sebenarnya tidak dapat dibendung oleh pihak berkuasa khususnya pihak polis dan Kerajaan Britain. Persoalannya, mengapakah perkara ini masih berleluasa sedangkan Britain merupakan sebuah negara yang kaya dengan kesusasteraan, kesopanan dan pembangunan tamadun yang cukup hebat?...Dan gelagat anak-anak muda ini menyerupai masyarakat yang tidak bertamadun...Kerajaan Britain perlu memandang serius perkara ini dan jangan hanya suka mencampuri urusan negara lain sedangkan negara sendiri tidak terurus....

Monday, August 8

ISLAM DI CHINA....

Masyarakat Islam Uighur
.
Sedih rasanya melihat saudara seagama di China khususnya masyarakat Islam Uighur di Urumqi, Xinjiang dihalang menunaikan ibadah puasa, bersolat tarawih dan menjalankan aktiviti keagamaan. Masyarakat Islam Uighur di Xinjiang dilarang daripada menunaikan ibadah tersebut selepas kerajaan memaksa mereka menandatangani satu 'dokumen' yang melarang mereka daripada berbuat demikian.
.

Larangan terbaru itu menekankan lagi layanan buruk kerajaan China terhadap penduduk minoriti Uighur yang sering berdepan tindakan keras pihak berkuasa sebelum ini dan dinafikan hak mereka. Tetapi sayangnya di Malaysia...apabila terdapat suara-suara yang membela dan memperjuangkan kesucian dan hak orang Islam (seperti Selangor), terdapat pula usaha menghalang dan menekan individu tersebut dari terus membela saudara seagama. Sedangkan majoriti masyarakat Malaysia adalah Islam....


Sunday, August 7

KEHARMONIAN MALAYSIA HARUS DIPELIHARA....

Seorang kanak-kanak yang kekurangan zat makanan menangis ketika menerima rawatan di Hospital Banadir di Mogadishu (Sumber: Utusan)

Usaha pihak tertentu mengadakan demonstrasi dan tunjuk perasaan kebelakangan ini di Kuala Lumpur perlu dijadikan iktibar oleh semua. Apabila sesuatu rusuhan atau tunjuk perasaan berlaku, beberapa perkara pasti terjadi. Antaranya pengangguran, perniagaan merosot, krisis makanan, pembunuhan, kemusnahan infranstruktur dan sebagainya.

Adakah kita mahu melihat generasi muda (kanak-kanak) terbiar tanpa pembelaan seperti gambar di atas? Gambar di atas menunjukkan keadaan krisis kemarau dan kebuluran di Somalia yang telah mengorbankan lebih 29,000 orang terutama kanak-kanak di bawah umur lima tahun dalam tempoh tiga bulan lalu yang kebanyakan berlaku di selatan Somalia.

Angka itu berdasarkan tinjauan pemakanan dan kematian yang disahkan oleh Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat. Anggaran itu adalah yang pertama dikeluarkan mengenai angka korban akibat krisis kebuluran di negara Tanduk Afrika itu. Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan, berpuluh-puluh ribu rakyat Somalia telah mati akibat kemarau di negara itu, tanpa memberi angka rasmi, krisis terburuk dalam tempoh 60 tahun.


ANWAR PEJUANG MINORITI DI MALAYSIA??

Wan Azizah, Anwar Ibrahim & Joseph Estrada di Kediaman Mewah Joseph Estrada, Polk Street, Greenhills, San Juan, Filipina baru-baru ini.
.

Joseph Estrada, bekas Presiden Filipina menggambarkan Anwar Ibrahim sebagai kawan baiknya yang merupakan 'tokoh pejuang untuk menuntut hak-hak minoriti di Malaysia'. (The Star)

Menurut Estrada : "Kami mempunyai perjuangan yang serupa kerana ketika saya berjuang untuk kemiskinan, Anwar pula telah berjuang untuk menuntut hak-hak minoriti di Malaysia. Saya beranggapan kami telah menjadi sahabat baik sejak bertahun-tahun kerana kami mempunyai persamaan dalam perjuangan, untuk kesamaan, keadilan dan demokrasi yang sebenar".

Ini bukan kali pertama Anwar berjumpa Estrada. Sebagai sahabat baik, sudah berkali-kali perjumpaan diadakan. Misalnya pada tahun 2008, mereka bukan sekadar berjumpa, malah makan-minum dan berkaraoke sebagai melambangkan akrabnya hubungan mereka.

Siapakah Estrada?

Jika Anwar perjuang MINORITI di Malaysia, Estrada pula adalah perjuang MAJORITI di Filipina. Siapa kumpulan MAJORITI di Filipina? Sudah tentu kumpulan tersebut adalah Kristian manakala MINORITI di Filipina adalah Islam. Sewaktu Estrada menjadi Presiden Filipina dahulu, beliau dianggap penindas dan pemusnah yang kejam ke atas penganut Islam yang merupakan penganut minoriti. Hinggakan Majlis Ulama Bangsamoro (Filipina) mengeluarkan fatwa mengistiharkan “Joseph Estrada Sebagai Musuh Islam ” kerana tindak tanduknya sangat anti Islam.

Secara kesimpulannya, maksud Estrada bahawa Anwar perjuang Minoriti di Malaysia adalah ditujukan kepada penganut Kristian (didakwa minoriti). Ini terbukti apabila Anwar memperjuangkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut Kristian. Adalah tidak logik seorang tokoh perjuang Kristian seperti Estrada ingin berjuang untuk agama lain di Malaysia yang lebih minoriti seperti agama Sikh. Jadi, minoriti yang dimaksudkan Estrada adalah agama Kiristian.

Anwar juga telah memburukkan Malaysia semasa perjumpaan tersebut dengan mendakwa Demokrasi Malaysia Kian Terhakis.

Saturday, August 6

SUARA ISLAM SEMAKIN TERHAKIS...

.
Sedih rasanya bila melihat permasalahan orang Melayu tidak diendahkan oleh pemimpin Melayu sendiri. Tambahan pula bila ia melibatkan masalah yang berkaitan AGAMA ISLAM dan menyentuh AKIDAH. Inilah yang berlaku kepada seorang Exco Hal Ehwal Islam Negeri Selangor iaitu YB Datuk Dr. Hassan Ali. Tindakan beliau membuat kenyataan dan mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyiasat satu majlis yang menyebarkan agama lain terhadap 12 orang Islam di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya. Malah dalam majlis tersebut dipercayai perkataan Al Quran telah digunakan. Ini yang cuba dilakukan oleh mubaligh Kristian terhadap orang Melayu di Selangor.
.
Tetapi, niat YB Datuk Dr. Hassan Ali ini telah ditentang oleh BOS beliau sendiri yang beragama Islam dan berbangsa Melayu iaitu YAB Tan Sri Dato Seri Khalid Ibrahim. Khalid Ibrahim telah mengarahkan Exco Kerajaan Negeri Selangor (ditujukan kepada Dr. Hassan Ali) agar menutup mulut dan tidak memberikan komen tentang isu ini. Persoalannya....kenapakah Khalid Ibrahim sanggup mengeluarkan arahan tersebut??...Siapakah yang mengarahkan Khalid Ibrahim mengeluarkan arahan tersebut??...Kenapakah Khalid Ibrahim terlalu takut dan tidak berani membincangkn isu ini sedangkan beliau beragama Islam dan berbangsa Melayu...??

Tuesday, August 2

BERSIH 2.0 SATU PENILAIAN SEMULA....

.
Satu penilaian semula BERSIH 2.0. Adakah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia BERSIH atau individu yang berada dalam BERSIH 2.0 benar-benar BERSIH? Jawapan bagi persoalan ini adalah seperti berikut (renungan):
.
a. SPR Malaysia telah mengiktiraf kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.
.
b. SPR Malaysia telah mengiktiraf kemenangan Nurul Izzah di Lembah Pantai
.
c. SPR Malaysia telah mengiktiraf kemenangan PR di lima (5) buah negeri dalam PRU 12.
.
d. SPR Malaysia iktiraf kemenangan PAS dua (2) undi di DUN Kemumin, Machang Kelantan
.
e. SPR Malaysia iktiraf pertambahan kerusi DAP dalam PRN Sarawak 2011
.
f. SPR Malaysia bersedia bertemu BERSIH 2.0 untuk rundingan.
.
g. Carl Gershman (Presiden NED) yang hadir di Kuala Lumpur pada 15 Mac 2008 memuji sistem Pilihanraya (SPR) di Malaysia setelah PR menang di lima (5) buah negeri.
.
Daripada kenyataan di atas, adakah dengan memberikan kemenangan 2/3 kepada PR sehingga dapat menubuhkan Kerajaan baru dilihat sebagai benar-benar BERSIH oleh BERSIH 2.0??

PROPAGANDA ANTI ISLAM....

.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan perintah larangan penerbitan terhadap buku bertajuk “Islam Evil in The Name of God” kerana mengandungi fakta penceritaan yang palsu. Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri, Abdul Aziz Mohamed Nor, berkata fakta penceritaan yang terkandung dalam buku itu palsu semata-mata khususnya yang melibatkan keperibadian Nabi Muhammad S.A.W. dan kesucian agama Islam.
.
"Penerbitan ini nyata sebahagian daripada PROPAGANDA ANTI ISLAM untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat bukan Islam supaya membenci Islam dan merupakan usaha jahat pihak tertentu yang sengaja mahu menimbulkan kebencian dan sentimen negatif terhadap Islam. Sekiranya penerbitan ini dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, pewartaan perintah larangan ini adalah mengikut Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, dan adalah menjadi satu kesalahan menurut Subsyeksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya ada pihak yang mencetak, menerbit dan seumpamanya terhadap buku tersebut. Mereka yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. (Sumber: BERNAMA)

RAMADHAN TIDAK LAGI DIHORMATI....

.
Tradisi menghormati Bulan Ramadhan hanya tinggal kenangan. Kedah dan Selangor yang mempunyai Menteri Besar yang beragama Islam terus tunduk kepada desakan DAP untuk membenarkan Pusat Hiburan berjalan seperti biasa. Di manakah kuasa majoriti penganut agama Islam dalam PAS dan PKR? Hanya kerana politik, Islam digadaikan. Semua kehendak DAP telah tertunai....dari kandang babi, pusat hiburan dan lain-lain semua telah dibenarkan oleh PAS dan PKR...BAYANGKAN JIKA DAP MENGUASAI MALAYSIA???

"OVER MY DEAD BODY"

Karpal 'Sin'
.....................................................
Today that the DAP’s Karpal Singh is the actual winner in last weekend’s PAS elections because he claimed the party had abandoned its Islamic principles. The Former Prime Minister (Tun Dr. Mahathir) accused PAS of forsaking its struggle to implement Islamic and hudud laws just to appease its Pakatan Rakyat (PR) coalition partner DAP.

Tun Dr. Mahathir said: “The person who won big did not attend the muktamar and is not even a PAS member. That person is Karpal Singh... his fight against PAS’s plans to build an Islamic state which would have enforced hudud law has been achieved,”

“PAS no longer has to cross over Karpal’s dead body, nor does Karpal have to die... He is not even dead and PAS has made its struggle for an Islamic state a matter of secondary importance, now that PAS will be fighting for a welfare state instead,” said Tun Dr Mahathir, in reference to Karpal’s famous line “OVER MY DEAD BODY”. The DAP Chairman has been firmly opposed towards PAS’s Islamic state concept, and has maintained that it went against the Federal Constitution and that Malaysia is a Secular State, with Islam as the official religion.

"Congratulations and well done Karpal, at last you have succeeded in your fight against PAS’s Islamic State,”

Sunday, November 1

KEMUNCULAN DR. CHANDRA MUZAFFAR DALAM WIN


Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Malaysia telah menganjurkan satu siri seminar ilmu yang berjudul Wacana Intelek Negara (WIN). Melalui siri pertama pada 31hb Oktober 2009 (Sabtu) di The Hotel Lagend, Kuala Lumpur, tajuk yang dipilih untuk menjayakan WIN ini adalah Trend Sistem 2 Parti Di Malaysia: Satu Analisa. Penceramah undangan yang diundang untuk menyampaikan WIN ini adalah Dr. Chandra Muzaffar iaitu Presiden International Movement for a JUST World (JUST) dan juga bekas Timbalan Presiden Parti KeAdilan Rakyat (PKR). Turut hadir sama dalam WIN ini adalah YBhg Dato' Wira Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha Kementerian dan YBhg Dato' Fuad Bin Tan Sri Hassan, Ketua Pengarah JASA Malaysia.

Sunday, October 25

SISA-SISA AKHIR SEORANG PEMIMPIN PAS......?


Kali ini Nik Aziz berhadapan dengan tekanan dari pemimpin-pemimpin PAS yang lain mengenai cadangan beliau untuk adakan Muktamar Agung Khas (EGM). Walaupun terpaksa merobohkan parti PAS yang telah beusia 58 tahun, hasrat untuk menghapuskan kumpulan prokerajaan perpaduan melalui EGM akan dilaksanakan juga oleh beliau tanpa mendapat persetujuan pemimpin PAS yang lain. Nik Aziz menamakan tiga pemimpin yang perlu 'dibersihkan' iaitu Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali. Adakah ini semua merupakan petanda bagi kejatuhan rejim Nik Aziz dalam PAS?......Adalah ahli-ahli PAS masih mengikuti peraturan ortodok dari peraturan moden?...

Tuesday, March 10

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI GAMIT PAS UNTUK BERSATU


Salehuddin Ayub, Ketua Dewan Pemuda Pas, berkata PAS bersedia bersama Kerajaan untuk berbincang menangani masalah ekonomi negara dengan mengetepikan kepentingan dan ideologi politik. Salehuddin berkata "Saya mewakili PAS bersedia pada bila-bila masa saja di atas jemputan Kerajaan yang mahu pihak pembangkang mengetepikan kemelut politik dengan bersama-sama menyumbang idea bagi memulihkan ekonomi negara. Menurut beliau lagi "Kita bersetuju bersemuka dan berbincang jika kerajaan meletakkan semua perkara dalam prinsip ketelusan supaya pakej rangsangan bernilai RM60 bilion ini berjaya," katanya ditemui di lobi Parlimen.

Salehuddin berkata lagi, PAS yakin pakej rangsangan ekonomi kedua berjumlah RM60 bilion mampu menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini, sekali gus merancakkan ekonomi negara.

Renungan: Adakah DAP dan PKR akan mengikut jejak langkah PAS untuk bersama-sama Kerajaan BN memulihkan ekonomi Malaysia?

Monday, March 9

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL


Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Untuk itu, kepada umat Islam marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dan sentiasa menjaga ikatan persahabatan sesama Muslim.

Sunday, March 1

‘BUMIPUTERAISME’ = APARTHIED??


Benarkah "Bumiputeraisme" di Malaysia boleh disamakan dengan dasar "Apartheid" yang pernah berlaku di Afrika Selatan? Jika kita renungi makna "Apartheid" itu sendiri, ia bermaksud pemisahan dalam bahasa Africaans. "Aparteid" merujuk kepada pemisahan kaum kulit putih dari kaum bukan kulit putih. Dalam dasar "Aparteid", kaum bukan kulit putih (terutamanya kaum kulit hitam) dianggap sebagai lebih rendah dan diberi layanan kelas kedua dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan.

Jadi' adakah kenyataan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Dr. Boo Cheng Hau menyamakan amalan ‘bumiputeraisme’ dengan dasar "aparteid" ada kebenarannya? Adakah Kaum Cina, India dan bangsa lain dipinggirkan secara total di Malaysia? Sebenarnya, banyak ruang dan peluang yang telah diberikan oleh Kerajaan kepada golongan bukan Bumiputera khususnya dalam pendidikan, ekonomi, dan politik yang tidak ada dalam dasar "Aparthied". Jika benar wujudnya dasar "Aparthied" ini, negara atau rakyat yang boleh kita semua persalahkan adalah Israil dan bukannya Malaysia.

Friday, February 27

KERIS TAMING SARI DI PERAK......


Kita pernah mendengar Hikayat Hang Tuah dan pernah menonton filem arahan Tan Sri P. Ramlee berkaitan Hang Tuah Lima Bersaudara. Apabila Sultan Melaka menitahkan Hang Tuah membunuh Hang Jebat yang menderhaka, salah satu cara yang perlu (wajib) digunakan adalah merampas kembali Keris Taming Sari dalam genggaman Hang Jebat. Apabila keris tersebut berjaya dirampas oleh Hang Tuah maka barulah Hang Jebat dapat dibunuh. Ini menunjukkan bahawa Taming Sari adalah kekuatan Hang Tuah dan hanya keris tersebut sahaja dapat membunuh Hang Jebat.

Jadi, untuk mentadbir dan mencorakkan kembali Kerajaan BN di Perak dan memperkukuhkan kekuatan politik Kerajaan, kuasa (Taming Sari) yang masih ada di tangan YB Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin perlu dirampas oleh Kerajaan BN dengan segera dan Mahkamah tidak boleh melengahkan perkara ini untuk membuat keputusan.....dan jika ia berlarutan, ia akan menjadi racun atau wabak yang tidak ada ubat yang boleh menyembuhkannya.

"PEMUDA UMNO CELAKA".. FIKIR SEBELUM BERCAKAP!!

Satu persoalan yang paling besar yang perlu kita semua renungi mengenai ungkapan Ahli Parlimen Bukit gelugor iaitu YB Karpal Singh berkaitan "Pemuda UMNO Celaka" adalah:

a. Ungkapan tersebut dituju / melibatkan satu kumpulan belia atau pemuda yang memperjuangkan agenda Melayu dan kumpulan tersebut berada di dalam Pertubuhan Melayu (UMNO) yang terbesar di Malaysia.

b. Kumpulan belia atau pemuda ini adalah generasi yang akan memegang tanggungjawab sebagai Pemimpin Negara (Perdana Menteri Malaysia) pada masa akan datang.

c. Ungkapan ini juga mengaitkan kumpulan belia atau pemuda Melayu yang beragama Islam di Malaysia.
d. Bila ia melibatkan orang Melayu atau bangsa Melayu, tidakkah ia secara langsung telah menghina Rukun Negara Kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara....di mana Raja atau Sultan juga berbangsa Melayu.

Daripada semua perkara yang tersebut di atas ini, kita boleh simpulkan bahawa dengan menggunakan perkataan "CELAKA" (maksud: MALAPETAKA, TIDAK BERNASIB BAIK, KEJI dan lain-lain) kepada Pemuda UMNOini, ia secara tidak langsung menghukum generasi pelapis dari bangsa Melayu untuk menerajui Negara pada masa hadapan. Ini bermaksud UMNO pada masa hadapan tidak lagi releven dalam politik Malaysia. TIDAKKAH TUDUHAN INI SATU GURAUAN ATAU PENGHINAAN YANG TIDAK BOLEH DIMAAFKAN DALAM SEJARAH MALAYSIA??