Wednesday, March 28

ANWAR SEMAKIN TERDESAK

Anwar sudah semakin terdesak. Ugut menjadi senjata utama untuk melemahkan musuh. Kali ini terhadap best friend beliau suatu ketika dahulu. Kali ini ugutan terhadap Nallakarupan. "Jangan bercakap mengenai Anwar dan jangan beri sebarang kenyataan kepada media. Jika tidak anda akan dipukul". Itu antara ugutan yang diberikan terhadap Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan oleh dua lelaki tidak dikenali, petang semalam.

Ugutan itu diterima oleh Nallakaruppan hanya beberapa jam selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap beliau dan Utusan Melayu (M) Bhd. atas dakwaan mengaitkannya dengan aktiviti biseksual.

Menurut Nallakaruppan, dua lelaki berkenaan telah mendekati dan mengugut mahu memukulnya jika berterusan bercakap mengenai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PRK) itu semasa dia berada di sebuah kedai di Bukit Tunku di sini, pukul 3.00 petang semalam. (Sumber: Utusan)

Wednesday, March 14

DOKTRIN JUNGLE LAW

Mungkin ramai tidak mengenali sifat dan amalan kekejaman Israel dan Yahudi terhadap masyarakat Islam dan antarabangsa. Dalam mencapai matlamat mereka ini, pendekatan atau Doktrin Jungle Law dan Dasar Pre-Emptive telah dijadikan sebagai bentuk perlaksanaan kekejaman terhadap umat Islam dan dalam masa yang sama memastikan kepentingan Israel dan Yahudi terjamin.

Peristiwa Sabra & Shatila 1967
Bermula tahun 1967, melalui doktrin dan dasar ini, mereka telah menghalalkan serangan ke atas negara dan musuhnya tanpa menghiraukan peraturan dan undang-undang antarabangsa sehingga mencetuskan Tragedi Sabra dan Shatila pada 16 September 1982 dan siri serangan ke atas rakyat Palestin serta beberapa peperangan Arab-Israel yang telah mengorbankan banyak nyawa umat Islam di Asia Barat.

Dimanakah kekuatan ketenteraan negara-negara Arab dan semangat persaudaraan?....Islam ditindas tetapi umat Islam terus membisu dan mengikut telunjuk barat...

PKR DAPATKAN SOKONGAN LUAR


Ibu Pejabat KAF di Berlin
PKR sekali lagi didakwa meminta bantuan NGO asing yang mempunyai hubungan dengan Yahudi. PKR didapati telah menjalinkan kerjasama dengan Konrad Adeneur Faundation (KAF). KAF adalah pertubuhan yang membantu neokonservatif Yhudi melalui jawatankuasa dikenali American Jewish Committee (AJC) dan dipercayai menerima dana dari National Endownment For Democracy (NED) yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Anwar Ibrahim.

Tuesday, March 13

ANWAR AGEN ASING??

Adakah Anwar Ibrahim Agen Asing??...

Menurut rekod, Anwar pernah memiliki Visa J1 yang bermaksud visa untuk pertukaran pelawat dan scholar. Menurut www.rususa.com untuk mendapatkan Visa J1 perlu mendapat kelulusan dari Jabatan Negara AS.

Laman itu turut menyebut pemilik Visa J1 boleh bekerja tetapi perlu mendapatkan kebenaran daripada INS (Immigration and Naturalization Service).

Pada 13 Jun 2007, Anwar telah menghantar surat kepada Condoleezza Rice di mana dia ‘menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai Presiden FFF secara sukarela’ tanpa gaji supaya dilihat gah dimata dunia dalam tempoh peletakan jawatan (Bakhtiar Amin, Presiden lama FFF), sehingga calon yang sesuai dapat dipilih”.


Kemudian Anwar membuat perjanjian rahsia dengan Paul Wolfowitz sehingga menarik minat Paul Wolfowitz menawarkan jawatan kepada Anwar ketika Paul Wolfowitz menerajui kepimpinan bank berkenaan.

ANWAR DAH GILA MEROYAN....

Boleh percaya ke statement Anwar Ibrahim ni. Kali ini Anwar Ibrahim berkata minggu lepas dia dijemput oleh kepimpinan Kerajaan Tunisia yang baru untuk memberi nasihat mengenai bagaimana nak membangunkan negara Tunisia.
.
Pelakon Terbaik Abad Ini
Kata Anwar lagi, "saya dibenarkan berceramah didalam Parlimen Tunisia selama 2 jam yang mempunyai lebih 60 Ahli Parlimen dan mereka memberi tepukan yang begitu gemuruh sekali..." ...."kesemua Ahli Parlimen Tunisia menyokong perjuangan saya dan mereka sanggup memberikan apa saja untuk perjuangan saya", kata Anwar dihadapan kira-kira 1000 penonton di Kuantan.
.
Lagi kata Anwar..."dua minggu lepas saya ke Turki dengan Nurul Izah atas undangan Presiden Turki. Saya dibenarkan bermalam di Istana Turki. Saya berceramah dalam Istana Turki", kata Anwar lagi.
.
Lagi kata Anwar..."kalau sekarang saya mahu tinggalkan Malaysia untuk jadi penasihat samada Tunisia atau Turki bila-bila masa sahaja boleh, saya boleh dapat gaji beratus ribu ringgit sebulan, tetapi itu bukan matlamat saya", kata Anwar.
.
Renungan: Sama-sama kita fikirkan...

Monday, March 12

BUDAYA SONGSANG SEMAKIN MENULAR...

Jaringan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Blog dikesan menjadi antara platform utama yang menyumbang kepada penularan seks songsang di Malaysia. Golongan Gay, Lesbian, Biseksual dan Transgender (LGBT) menggunakan mediaum dalam talian itu untuk berinteraksi selain mencari pasangan sejenis.
.
Kenapa Anwar Sokong Budaya Songsang...??
Kumpulan Gay Di Malaysia:

Persatuan Gay Malaysia kebangsaan
Kelab Gay Malaysia
Persatuan Bloger Gay Malaysia
Persatuan Gay Berkumpulan
Persatuan Belia Gay Malaysia
Persatuan Gay Malaysia
Persatuan Gay Melayu
Persatuan Gay Perak
Kelab Gay Terengganu
Persatuan Gay Sejati
Persatuan Gay Berwibawa
Persatuan Gay Serantau
Persatuan Lesbiah
Gay SeMalaysia
Persatuan Gay SeMalaysia

Nota: Agaknya sebab itulah Anwar Ibrahim menyokong sangat kepada amalan budaya songsang ini kerana terdapat ramai pengundi dan individu yang mempunyai citarasa serupa dengan beliau.

AIR ZAMZAM PUN PALSU....

Kerana keuntungan dan tamak, terdapat individu yang sanggup mencampurkan air biasa dengan air zamzam untuk tujuan komersial. Hebat...!!!! Pergi ke Mekah membeli air zamzam dan bila balik Malaysia terus jadi penipu kepada saudara seagama sendiri...

Gambar Hiasan
Nota: Ingatkan politik sahaja yang palsu (berlagak alim tapi buat kerja terkutuk dan persendakan Al-Quran & Hadis)...tetapi air zam-zam pun palsu jugak...

SHARIZAT BERUNDUR....

Satu keputusan yang amat berat untuk dilaksanakan. Itulah hebatnya seorang WANITA dalam perjuangan politik negara. Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat telah membuat keputusan untuk berundur dari kabinet kerajaan bermula 8 April ini.
Anwar Ibrahim Bila Lagi...????
Seorang WANITA telah berkorban kerana perjuangan parti walaupun segala tuduhan terhadap beliau dan keluarga belum didapati bersalah. Tetapi bagaimana pula seorang pemimpin LELAKI dari PKR iaitu Anwar Ibrahim yang sudah terbukti melakukan adengan SEKS dalam klip video seks dengan pelacur Cina....tetapi masih menafikan dan tidak MAHU LETAK JAWATAN....

Thursday, March 8

PERANAN USTAZ PERLU LEBIH ISLAMIK

Bila kira bicarakan mengenai pendidik, terdapat perbezaan yang jelas antara guru bukan aliran agama dan guru aliran agama (Ustaz / Ustazah). Sudah tentu guru aliran agama (Ustaz / Ustazah) mempunyai nilai persepsi (tanggapan) yang begitu positif oleh masyarakat.

Tetapi kes yang berlaku di Sekolah Rendah Agama Al-Furqan, Jejawi Perlis harus membuka mata semua pihak khususnya parti politik yang mempunyai hubungan kuat dengan pentadbiran sekolah tersebut. Kematian seorang pelajar adik Saiful Syazani akibat dipukul seorang Warden Asrama (seorang Ustaz) iaitu Hanif Mohd Ali dilihat keterlaluan dan memberi imej negetif kepada golongan pendidik khususnya mereka yang bergelar Ustaz / Ustazah.

Bagi parti politik yang mempunyai hubungan kuat dengan sekolah tersebut, janganlah hanya main politik dengan menggunakan agama sahaja, tetapi perlu kepada reformasi secara keseluruhan terhadap SOP dan tadbir urus pendidikan untuk memandu para pengajar yang dilantik.

SURAT ANWAR KEPADA YAHUDI

.
June 18, 2007
Carl Gershman
President, National Endowment for Democracy
1025 F Street NW, Suite 800
Washington DC 20004

.
Surat Anwar Kepada Yahudi
.
.
Nota: Terjemahan Bahasa Melayu

Tuan,

Terima kasih di atas jemputan untuk mengambil bahagian sempena Upacara Peringatan Ucapan Westminster di Perpustakaan Kongres. Tahniah di atas kejayaan mengumpulkan panel pakar yang terkemuka dan menganjurkan satu majlis jemputan yang menarik sokongan daripada beberapa penggubal undang-undang terkemuka Kongres dan Senat.

Majlis ini berlangsung tepat dengan waktunya, apabila wacana agenda pro demokrasi amat memerlukan seberapa banyak sokongan yang mampu diberikan. Saya menyanjung penuh pencapaian tuan di NED serta dedikasi yang ditunjukkan terhadap tugas penting ini, dan saya sentiasa mengharapkan supaya kerjasama kita diteruskan.

Saya ingin mengulangi betapa pentingnya sokongan NED terhadap cadangan menubuhkan Pusat Integriti Pilihan Raya Malaysia (MCIE) bagi membawa masuk satu pasukan pemerhati pilihan raya antarabangsa ke Malaysia.

Daripada apa yang dapat dilihat Malaysia kini sampai ke persimpangan di mana seluruh rakyat telah melahirkan keinginan untuk dilakukan reformasi. Bagaimana pun, hasrat ini menghadapi tentangan daripada ahli politik yang akan melakukan apa saja untuk melemahkan keyakinan terhadap kedaulatan undang-undang bagi meneruskan status quo yang tidak popular dan tidak adil.

Pusat MCIE ini akan memainkan peranan utama dalam memudahkan peralihan kepada sistem berkenaan selain memastikan kemunculan ruang demokratik yang adil di Malaysia.

Dengan pilihan raya umum dijangka berlangsung dalam hanya beberapa bulan lagi, bantuan pilihan raya amat kritikal dan perlu disegerakan. Mengambil iktibar daripada pilihan raya yang diadakan pada akhir April, di mana terdapat bukti-bukti penting berhubung amalan penipuan yang sengaja diketepikan oleh jawatankuasa Pilihan Raya, kita perlu menubuhkan insititusi-institusi yang akan membekalkan penyeliaan dan kebertanggungjawaban kepada proses pilihan raya.

MCEI merupakan satu langkah perlu ke arah ini dan saya menggesa Tuan menimbangkan impak positif kepada NED menerusi sokongan mampat bagi mempertingkatkan ruang demokratik di negara saya.

Terima kasih di atas perhatian Tuan terhadap perkara ini dan jangan teragak-agak untuk menghubungi saya sekiranya ada kemusykilan.

Yang Ikhlas,

Anwar Ibrahim

(Sumber Lain: Utusan)

Wednesday, March 7

ISU AIR KELANTAN ATASI NFC....

Kerajaan Negeri Kelantan (PAS) adalah pihak yang bertanggungjawab penuh menguruskan air di Kelantan. Ianya diuruskan oleh AIR KELANTAN, syarikat Kerajaan Negeri Kelantan.
.
Pinjaman telah diberi sebanyak RM 600 juta tetapi masalah air tidak selesai? Mana pergi duit tersebut? Di manakah perincian pengurusan air di Kelantan oleh AIR KELANTAN?. Tidakkah ia perlu kepada proses pengauditan yang serius untuk mencari ke manakah perginya RM 600 juta yang dipinjamkan itu? RM600 juta ini, DUA KALI GANDA nilai NFC.  

SKMM GAGAL BERTINDAK KE ATAS BLOG UMNO???

Kenapa DAP harus melatah dan mengelabah???......Dalam isu cabul yang melibatkan anak Lim Guan Eng, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) didakwa gagal untuk membuat penyiasatan ke atas beberapa blog Pro-UMNO yang memfitnah Lim Guan Eng dengan menyiarkan laporan kononnya anak Ketua Menteri Pulau Pinang itu telah mencabul kehormatan seorang pelajar wanita. (klik sini)

Bapa, Anak & Cucu.....2X5...5X2
Renungan: Kenapa harus siasat blog Pro-UMNO yang dikatakan memfitnah anak Lim Guan Eng?...Sedangkan puluhan blog Pro-Pembangkang yang memfitnah Perdana Menteri, Isteri dan keluarga masih berleluasa dan Perdana Menteri tidak pernah mengarahkan SKMM untuk siasat blog-blog tersebut. BUAT APA HENDAK TAKUT jika perkara yang disiarkan tidak benar...

A DOCTOR IN THE HOUSE

Beranikah Anwar Menafikannya?
Kadang-kadang kita lupa dan terlepas pandang isu-isu lain selain liwat yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebenarnya terdapat isu lain yang melibatkan moral pemimpin utama PKR ini. Antaranya isu mempunyai hubungan dengan ramai wanita (termasuk isteri orang). Perkara ini ada dijelaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam buku beliau bertajuk "A DOCTOR IN THE HOUSE". Buku sudah lama diterbitkan, tetapi kenapa Anwar masih tidak menafikan perkara ini atau saman Tun Mahathir?.....Sama-sama kita renungi...

MB PAS HEBAT...!!!

PAS telah cipta SEJARAH.....Satu kehebatan yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana parti politik di dunia ini. Menteri Besar Datuk Seri Azizan telah diberikan keistimewaan yang tidak ada pada pemimpin-pemimpin PAS yang lain....iaitu DUA PEMANDU dalam satu masa.....Perdana Menteri pun seorang pemandu sahaja....

Tuesday, March 6

MEMOHON MAAF AMALAN MULIA DALAM ISLAM


Permohonan maaf yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri kepada rakyat (berkaitan kelemahan kerajaan) merupakan satu amalan yang terpuji dan cukup mulia. Permohonan maaf ini akan disusuli dengan memberikan lebih jaminan dan penambahbaikan kepada rakyat pada masa hadapan.  

Tetapi bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hassan (kononnya perjuang Islam sebenar-gambar), beliau mendakwa siri permohonan maaf yang dilakukan Perdana Menteri sejak akhir-akhir menunjukkan bahawa kerajaan mengakui kesilapan mereka dalam mentadbir negara. Namun, kesilapan itu tidak boleh diselesaikan dengan meminta maaf sahaja, tetapi perlu diiringi dengan "mengembalikan hak rakyat," kata Nasruddin.

Beliau memberi contoh "macam orang yang curi motosikal kita, dia boleh minta maaf tapi dia kena pulangkan motosikal kita"....Tetapi Nasaruddin Hassan TERLUPA dengan perangai pemimpin-pemimpin PAS, PKR dan DAP yang masih belum memohon maaf kepada umat Islam seperti dalam isu: 1. TUHAN MENCARUT (Nik Aziz), 2. KOMUNIS PEJUANG KEMERDEKAAN (Mat Sabu), 3. LANGKAH MAYAT SAYA DULU JIKA TUBUH NEGARA ISLAM (Karpal Singh), 4. PERJUANG KESELAMATAN ISRAEL (Anwar).....Jadi, dalam kes ini, Perdana Menteri adalah lebih melia dari mereka yang bertopengkan agama dan tidak mahu mengaku kesilapan....

DEBAT ATAU BERSUMPAH LEBIH PENTING?

Pemuda PAS melihat kenyataan Perdana Menteri bahawa beliau (Perdana Menteri) sedia berdebat dengan sesiapa saja yang BERFIKIRAN MUNASABAH dan SERIUS mengenai masa depan negara sebagai alasan untuk mengelakkan perkara itu.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor (gambar) mendakwa, Perdana Menteri takut berdepan pemimpin Pakatan Rakyat dan terus mencari elak bagi mengelakkan pertembungan yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

Renungan: 1. Adakah Anwar serius mengenai masa depan negara sedangkan beliau perjuangkan keselamatan Israel? 2. Kenapa Rizuan Mohd Nor tidak mencabar Anwar bersumpah untuk segala tuduhan MELIWAT dan fitnah VIDEO SEKS yang ditanggung Anwar?

Jadi, memang logik apa yang ditetapkan (syarat) Perdana Menteri untuk berdebat. Untuk ndiri sendiri pun Anwar tidak sanggup perjuangkan (bersumpah) inikan pula hendak perjuangkan masa depan negara.

NGO BUDDHA, HINDU TOLAK BUDAYA SONGSANG BARAT

Beberapa persatuan agama hari ini mengecam dan menolak sekeras-kerasnya usaha sesetengah pihak untuk membawa masuk budaya barat ke negara ini termasuk menuntut hak perkahwinan sejenis. Penasihat Persatuan Buddha Petaling Jaya, Kelvin Chong berkata, budaya songsang yang cuba diperjuangkan ini bakal menjejaskan struktur sosial dan asas kehidupan kekeluargaan di negara ini. Sementara itu, Presiden Hindu Sangam Kebangsaan Malaysia, R.S. Mohan Shan berkata, kerajaan perlu merangka undang-undang baru bagi memantau pergerakan kumpulan yang memperjuangkan budaya songsang.

Nota: Bagaimana pula pendirian PAS dan PKR atau DAP??.....ADA BERANI??

PAS HAD KUASA MB KEDAH

Dr. Ismail dan Phahrolrazi

Inilah nasib kumpulan veteran PAS yang sudah mula dihakis sedikit-demi sedikit oleh kumpulan-kumpulan PARASIT di dalam PAS. Terkini PAS Pusat telah memutuskan untuk menubuhkan Jawatakuasa Pemandu bertujuan memantau Menteri Besar Kedah iaitu Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Keputusan ini dilakukan atas dasar untuk mengekalkan dua individu (bekas Exco) ke dalam Jemaah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr. Ismail Salleh. Desakan kedua-dua bekas Exco ini memang berhasil dan ramalan awal bahawa Azizan merupakan mangsa seterusnya selepas penyingkiran Dato' Hassan Ali di Selangor sudah terjawab dan nasib Azizan (selaku veteran PAS) akan menemui penghujungnya apabila Jawatankuasa Pemandu ini berfungsi sepenuhnya sebagai kuasa pemutus tertinggi negeri.