Thursday, February 23

MASJID AL AQSA SASARAN PELAMPAU YAHUDI (ISRAEL)

Perlukah kita (Malaysia) mengiktiraf keselamatan Israel seperti kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Wall Street Journal??...Walaupun Datuk Seri Anwar berkata dengan SYARAT aspirasi Palestin diikuti dan dipatuhi. Tidakkah Datuk Seri Anwar tahu bahawa Israel tiada hak langsung ke atas seinci pun tanah di muka bumi Allah. Tidakkah Datuk Seri Anwar tahu bahawa Israel tidak sesekali akan patuhi sebarang syarat dari orang Islam sehingga KIAMAT?.

Terbaru (terkini) pelampau Yahudi terus bertindak biadap selepas media ISRAEL melaporkan mereka berniat untuk meruntuhkan Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis dan membina kuil di atas runtuhannya. Ini satu tindakan provokasi untuk menaikkan kemarahan umat Islam. Jadi, dimanakah keadilan terhadap masyarakat Palestin yang hanya menggunakan batu dan kayu sedangkan ISRAEL terus menindas dengan menggunakan senjata moden dan memiliki nuklear.....Inikah KEPERLUAN MENJAGA KESELAMATAN ISRAEL walaupun dengan BERSYARAT..???

ISU ISRAEL: PAS PERLIS MINTA PENJELASAN

PAS Perlis akan mendapatkan penjelasan sebenar berhubung intipati pertemuan antara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menerusi Mesyuarat Bulanan PAS Pusat di Kuala Lumpur tidak lama lagi.
Timbalan Pesuruhjaya I PAS Perlis, Anuar Tahir berkata, tuntutan penjelasan itu penting untuk mendapatkan maklumat sebenar berhubung penjelasan Anwar kepada Menteri Besar Kelantan itu.

Renungan: Kenapa PAS Perlis saja yang berani mengeluarkan kenyataan ini sedangkan PAS negeri lain masih membisu. Kenapa Majlis Syura hanya tunggu dan lihat dan tidak berkata apa apa selepas pertemuan antara Nik Aziz dan Anwar diadakan??...DIMANAKAH KUASA MAJLIS SYURA?

PERMOHONAN MAT SABU DITOLAK

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini GAGAL dalam permohonannya untuk mengetepikan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka yang terlibat dalam tragedi serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Mohd. Amin Firdaus Abdullah membuat keputusan tersebut atas alasan IA TIDAK MELIBATKAN ISU POKOK bagi menentukan sama ada kes boleh didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana ia melibatkan isu sejarah.
Menurutnya, kedua-dua pertuduhan yang dikenakan terhadap Mohamad boleh dihukum mengikut seksyen tersebut semata-mata berdasarkan intipati kesalahan dan tidak berasaskan fakta sejarah.

Selain itu, beliau memaklumkan bahawa hak membuat pendakwaan adalah terletak di tangan pendakwa raya, justeru hanya pihak pendakwaan boleh menarik balik, menolak atau mengetepikan pendakwaan. (Sumber: Utusan).

Renungan: Komunis tidak percayakan Tuhan...!!! Kenapa perlu sanjung Komunis...

Wednesday, February 22

CELAKA DUNIA AKHIRAT


Setiap calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai’ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.

Abdul Hadi berkata, sesiapa yang melanggar bai’ah yang dibuat “maka akan celaka dunia dan akhirat”. Beliau turut menyentuh dakwaan kalangan tertentu kononnya PAS sudah menyeleweng daripada dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan.
“Jawapannya, PAS tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan di sini. Dalam pada itu, beliau mendakwa negara kebajikan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) berunsurkan rasuah demi kemenangan pilihan raya. (Sumber: BERNAMA)

Renungan: Adakah CELAKA bagi mereka (PAS) yang menyokong KOMUNIS? Adakah CELAKA bagi mereka (PAS) yang tidak mengambil tindakan terhadap isu MURTAD di Selangor? Adakah CELAKA bagi mereka (PAS) yang tidak berani menentang kenyataan Karpal Singh ("Langkah Mayat Tubuh Negara Islam")...??..sama-sama kita fikirkan..

KEBEBASAN AKHBAR MENINGKAT DI MALAYSIA


Dakwaan pembangkang bahawa kerajaan kawal laporan berita adalah meleset sama sekali. Indeks Kebebasan Akhbar (PFI) Malaysia telah meningkat ke tangga 122 tahun lalu (2011) berbanding 141 pada tahun 2010. Ini sekaligus membuktikan kebebasan media di negara ini lebih baik berbanding negara yang dikatakan lebih demokrasi daripada Malaysia di rantau Asia Tenggara.
Berdasarkan PFI, iaitu kedudukan tahunan negara disusun dan diterbitkan oleh pertubuhan dunia, iaitu Wartawan Tanpa Sempadan (RWB), posisi PFI di negara ini lebih tinggi berbanding negara lain seperti Brunei Darussalam yang menduduki tangga ke-125, Singapura (135), Thailand (137), Filipina (140) serta Indonesia (146). Jadi apa komen pembangkang???.........

Tuesday, February 21

MASYARAKAT SUDAH LUPA...

.
Jika diteliti dan diperhalusi, permainan politik Anwar Ibrahim cukup halus sehinggakan orang ramai khususnya masyarakat Malaysia sudah terlupa atau melupakan perkara pokok atau ISU BESAR yang perlu diselesaikan oleh Anwar Ibrahim untuk membersihkan imej beliau.
.
Masyarakat Malaysia sudah lupa cabaran yang telah dilontarkan kepada Anwar Ibrahim bagi membuktikan diri beliau benar-benar BERSIH. Dimanakah keberanian Anwar Ibrahim untuk membuktikan beliau BERSIH? Kenapa beliau tidak berani untuk MENYAMAN dan BERTINDAK terhadap individu yang memfitnah beliau seperti Dato' Eskey, Umi Hafilda dan Saiful sendiri...??? Kenapa sibuk hendak perbetul statement mengenai 'keselamatan Israel' yang terdapat dalam Wall Street Journal??...
Adakah isu keselamatan Israel lebih penting untuk dijelaskan kepada Nik Aziz dari membersihkan nama beliau dari segala tuduhan yang dikategorikan LEBIH KEJI ini..???...Inilah Anwar Ibrahim.....permainan politik beliau telah mempengaruhi masyarakat sehinggakan cabaran untuk menyaman Dato' Eskey, Umi Hafildan dan Saiful dilupakan begitu sahaja....

PAS TIDAK JADIKAN ISLAM SENJATA POLITIK: HADI

Presiden PAS iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak pernah menjadikan Islam sebagai senjata politik untuk meraih kuasa. Sebaliknya beliau berkata politik adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang telah menjadi tanggungjawab bagi umatnya untuk berjuang menegakkan hukum Islam dan kehidupan mereka sehari-hari termasuk urusan politik.
Renungan: PAS tidak jadikan Islam senjata politik???? Habis tu fatwa macam-macam dari PAS bukan guna Islam?? Contoh: UMNO Kafir, Allah Mencarut, Amanat Haji Hadi, dan lain-lain lagi....berselindung di sebalik Islam....

Monday, February 20

DEBAT ATAU SUMPAH???


Naib Presiden PAS iaitu Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, Perdana Menteri perlu sedia bersemuka dengan Anwar Ibrahim dan berdebat mengenai isu-isu negara terutama yang membabitkan ekonomi. Selain itu, Naib Presiden PKR iaitu Nurul Izzah Anwar juga turut bersetuju supaya perdebatan antara kedua-dua pemimpin ini dilaksanakan sebagai kesinambungan yang paling tepat setelah debat antara Guan Eng dan Soi Lek dilaksanakan...
Tapi sebelum DEBAT, adalah lebih baik dan rasional jika Anwar BERSUMPAH dihadapan kamera bahawa beliau tidak melakukan LIWAT, tidak terlibat dalam VIDEO SEKS dan tidak mengeluarkan kenyataan mengenai KESELAMATAN ISRAEL...jika sanggup baru debat dimulakan...

SIAPA RASIS SEBENAR???

Sekarang sudah terang lagi bersuluh....DAP secara berani telah mengeluarkan kenyataan yang benar-benar menggambarkan perasaan RASIS mereka. Ini terbukti apabila DAP bersikap rasis bila mempertikaikan tentang jawatan Perdana Menteri yang hanya disandang oleh orang MELAYU. Ini satu kenyataan yang RASIS oleh Lim Guan Eng. 

Walaupun berucap dalam Bahasa Cina, kenyataan RASIS ini tetap diketahui oleh semua orang termasuk Melayu. Guan Eng perlu memohon maaf atas kenyataan rasis ini. Amat biadap dan bertentangan dengan prinsip RUKUN NEGARA dan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN yang didokong oleh semua rakyat Malaysia. Jelas inilah bukti DAP memang hendak menjadi Perdana Menteri di negara ini. PAS tidak nampak lagi?

Friday, February 17

FITNAH JAHAT PEMBANGKANG!!!

Gambar atas adalah gambar dan image asal. Tetapi gambar di bawah adalah gambar yang sudah diubah.....Fitnah jahat pembangkang....

RAFIZI & ZURAIDA DIARAH OLEH MAKHAMAH

Pengarah Strategik PKR iaitu Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR iaitu Zuraida Kamaruddin diarah menjawab tuduhan dalam kes saman fitnah dibawa oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Shahrizat memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap kedua-dua mereka bulan lalu berhubung isu kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Saman itu berkisar tentang tuduhan mereka berdua bahawa Dato Seri Shahrizat terlibat dalam pemilihan syarikat NFC sebagai syarikat yang bertanggungjawab dalam mengadakan lembah daging untuk rakyat Malaysia.

Hakim Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera mengeluarkan perintah itu pagi tadi.
Sebelum ini Rafizi dan Zuraidah dengan angkuh mencabar Sharizat ke Makhamah...kononnya mereka ada bukti. Sekarang kita tunggu bukti mereka sama ada bukti air liur atau sebaliknya...

KENAPA HARUS BERSYARAT???

.
IKTIRAF ISRAEL TETAPI BERSYARAT....itulah kenyataan terbaru Dato' Seri Anwar Ibrahim bagi menjawab desakan yang dikemukakan Majlis Syura PAS terhadap kenyataan beliau berhubung isu keselamatan Israel. Persoalannya, kenapa pula beliau (DSAI) mengeluarkan kenyataan PERLU BERSYARAT sedangkan sebelum ini beliau terang-terang menyokong keselamatan Israel.
Sepanjang zaman penduduk Palestin ditindas dan dibunuh oleh Regim Israel. Sepatutnya DSAI tidak perlu cakap pasal sokongan atau meletakkan apa-apa syarat. Ini isu maruah umat Islam. Sebagai orang Islam adalah jelas dan kita tahu Israel tidak akan berkompromi dengan Islam dan Palestin akan terus ditindas sampai hari kiamat…KENAPA DSAI PERLU MEMIKIRKAN KE ARAH PENGIKTIRAFAN ISRAEL dan menyokong usaha ke arah KESELAMATAN PENDUDUK ISRAEL, sedangkan Islam sudah dihina di bumi sendiri oleh Israel sendiri???...

DEBAT SOI LEK DAN GUAN ENG

.
Para penontoh boleh menyaksikan siaran secara langsung DEBAT antara Presiden MCA iaitu Datuk Seri Chua Soi Lek dan Ketua Menteri Pulau Pinang (DAP) iaitu YB Lim Guan Eng yang akan ditayangkan (Bahasa Mandarin / Melayu) di Astro AEF (Channel 301) dan Astro Awani (Channel 501) esok dan akan ulangan pada jam 11.00 malam. Tajuk debat adalah: "Adakah Sistem Dua parti Akan Menjadi Sistem Dua Kaum"....
Sebanyak 600 tempat duduk telah disediakan di Berjaya Times Squares Kuala Lumpur untuk debat ini. Debat juga dianjurkan bersama oleh Asian Strategy & Leadership Institute. Marilah kita sama-sama menilai fakta dan perkara yang akan dibangkitkan oleh kedua-dua pemimpin ini.

Thursday, February 16

KEHADIRAN PM PADA SAMBUTAN THAIPUSAM DIBENARKAN SYARAK

.
Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. Beliau berkata sebagai seorang pemimpin tidak salah untuk Perdana Menteri bersama-sama dengan bangsa lain dalam perkara yang berkaitan dengan adat. (klik sini)...
..
Jadi dakwaan dan fatwa yang dikeluarkan oleh pembangkang sebelum ini adalah meleset dan bertujuan politik. Asal saja BN-UMNO pergi kuil kata syirik dan langgar syarak....


MAJLIS SYURA BESAR ATAU ANWAR BESAR?

Nik Aziz
.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat perlu mengekalkan pendirian beliau dalam isu Anwar-Wall Street Journal. Sebelum ini Nik Aziz telah menggesa Anwar agar MEMBUAT KENYATAAN TERBUKA sama ada menarik balik kenyataan di Wall Street Journal atau menyaman akhbar itu (jika fitnah).
.
Sehingga hari ini Anwar masih tidak berbuat demikian dan lebih menarik lagi Anwar berdolak dalih dan mencuba pelbagai cara agar gesaan Nik Aziz itu didak dilaksanakan oleh beliau. Terkini, beliau melalui Azmin Ali mengatakan beliau akan bertemu Nik Aziz selepas balik dari luar negara dalam masa terdekat.
.
Kenapa tidak menurut gesaan Nik Aziz atau Majlis Syura??...kenapa tidak menyaman Wall Street Journal atau menarik balik kenyataan???


JANGAN SAYANG JAWATAN - TUN M

Image Detail

Tun Dr. Mahathir
.
Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil yang dibelengu isu National Feedlot Corporation agar jangan sayang kepada jawatan. Dalam hal ini, Sharizat perlu mengambil tindakan sewajarnya dalam membuat keputusan demi kepentingan parti.
.
Menurut Tun Dr. Mahathir, "saya tak suruh dia letak jawatan, tetapi kita harus sentiasa fikir berkenaan masalah yang sentiasa kita timbul kepada parti. Sebab itu, saya sendiri pun, bila dah terlalu lama dan orang dah naik bosan, saya pun letak jawatan"....jadi renung-renungkanlah....

Saturday, February 11

LAPORAN POLIS TERHADAP HASSAN ALI

Dr. Raja Ahmad
 .
Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini membuat satu laporan polis (Pejabat Polis Daerah Dang Wangi) terhadap Datuk Dr Hasan Mohamed Ali ekoran kenyataan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu yang didakwa boleh mencetuskan suasana tegang dan mengancam keselamatan negara. Laporan polis itu merujuk kepada kenyataan Hasan ketika berceramah di Bandar Baru Bangi, 31 Januari lalu.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, ucapan itu sangat bahaya dan boleh mengundang ketidakharmonian antara kaum. Menurut Raja Ahmad "ia juga satu kenyataan berniat jahat yang cuba menghasut masyarakat MEMBENCI PAS SERTA PARTI KOMPONEN LAIN DALAM PAKATAN RAKYAT," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

.
Tetapi Dr. Raja Ahmad terlupa status isu melibatkan komponen PR yang SANGAT mengundang ketidakharmonian kaum seperti isu Murtad di Selangor, isu Karpal (Tubuh Negara Islam), isu KFC Melayu-Cina (campurtangan DAP), isu Pusat Hiburan (bulan Ramadhan), isu Anwar sokong Israel dan lain-lain....
.
Nota: Bagaimana pula PAS dan Pakatan Rakyat yang selalu burukkan UMNO dan Barisan Nasional?? Ini baru seorang (Dr. Hassan) yang berperang dengan PR. Mereka sudah gelabah tak tentu pasal. Orang salah selalu gelabah dan takut...!!!

PAS BUAT ONAR

Banner Diconteng
.
Inilah perangai sebenar penyokong PAS. Tidak profesional dan Islamic. Banner ceramah PAS tidak pernah diconteng oleh UMNO atau individu lain. Tetapi ceramah Dr. Hassan, mereka (PAS) dah rasa tercabar hingga sanggup conteng banner.  Banner diconteng dan ini telah dilakukan oleh pengkhianat Islam, pengkhianat akidah umat Islam yang bertuankan pemimpin kafir DAP yang memang dibela oleh parasit dalam PAS.
.
Itulah PARASIT. Mereka ini tidak akan senang duduk, panas punggung apabila nama Islam mula dilaungkan, didaulatkan kerana mereka ini telah mengikat perjanjian dengan syaitan bahawa perkataan Islam tidak boleh disebut pun demi untuk mendapatkan Putrajaya. Apabila Dr Hasan mula mengorak langkah untuk memartabatkan Agam Islam, Melayu dan Raja-raja serta akidah umat Islam mereka mula jadi GELABAH BERUK.
.
Mereka (PARASIT) ini telah menggunakan perkataan 'Pekida' dan menyangkakan dengan menconteng perkataan 'Pekida' kononnya pertubuhan Pekida yang melakukannya mereka akan berhasil.....TETAPI UMAT ISLAM SEJATI TIDAK SEBODOH ITU.... Mereka cuba melaga-lagakan pihak jawatankuasa Masjid dengan pertubuhan Pekida supaya berlaku pergaduhan antara umat Islam dikawasan yang dihadiri Dr. Hassan Ali.....
.
Diharapkan umat Islam sedar dengan perangai sebenar kepimpinan PAS yang sudah terpesong jauh dengan landasan perjuang Islam sebenar...

DAP GUNAKAN ISU KFC

.
Klik Video
.
Insiden seorang pekerja KFC I-City menumbuk seorang pelanggan bangsa Cina, kini sedang hebat diperkatakan di seluruh Malaysia. Klip video yang dimuatnaikkan oleh seorang RACIST yang cuba membuktikan bahawa seorang anak muda Melayu yang bertugas di restoran makanan segera tersebut seorang RACIST, sebenarnya hanya untuk mencetuskan kemarahan luar biasa terhadap Melayu dan UMNO oleh para pengundi muda bukan Melayu.
.
Malangnya, ada satu fakta yang tidak disebut dalam kes ini iaitu ‘mangsa’ yang bernama Danny Ng itu, TIDAK BOLEH BERBAHASA KEBANGSAAN sekalipun daripada rupa parasnya, dia masih muda dan golongan muda sepertinya, amat mustahil memahami Bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Kebangsaan negara ini.
.
Ada dua kemungkinan yang boleh dirungkaikan, iaitu lelaki bernama Danny Ng itu merupakan Cina Import yang sememangnya seringkali dikaitkan dengan DAP dalam usaha parti tersebut menjadi parti penguasa di Malaysia dan kedua, Danny Ng telah diarahkan agar berpura-pura tidak boleh berbahasa Melayu bagi membuktikan dia tidak mengungkapkan CIBAI PUNYA MELAYU yang menjadi punca kepada kemarahan petugas KFC itu.
.
Apabila DAP masuk campur dalam kes ini, maka ia pun bertukar menjadi RACIST sepenuhnya. Dengan kecenderungan DAP untuk membuktikan bahawa Melayu-Bumiputera adalah pembuli di negara ini, DAP menerusi wakil mereka, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menafikan bahawa Danny Ng telah membuat provokasi sehingga menyebabkan dia ditumbuk oleh petugas KFC I-City.
.
Agak menarik untuk dilihat ialah apabila insiden berkenaan telah mencetuskan satu lagi kempen pemboikotan berasaskan perkauman yang digerakkan oleh cybertrooper-cybertrooper DAP di medan Internet. Reaksi-reaksi yang ditunjukkan rata-rata menyalahkan KFC yang mempunyai kepentingan Bumiputera. Sebaliknya insiden tersebut telah menggerakkan usaha untuk mengalihkan tumpuan pelanggan kepada SAINGAN KFC iaitu MCDONALD.
.
Mungkin ramai yang kurang menyedari, KFC yang dimiliki oleh QSR Brands yang mana ahli Lembaga Pengarahnya adalah hampir keseluruhannya Bumiputera-Islam, berbanding ahli Lembaga Pengarah dan teraju utama McDonalds Malaysia yang HAMPIR TIDAK ADA NAMA Melayu-Bumiputera di situ. (Sumber: Klik Sini)

Friday, February 10

PAS AKAN SAMAN MB TERENGGANU...?

Datuk Abu Bakar Chik
.
ANWAR PATUT IKUT CARA PAS!!... Dalam perkara ini, PAS telah memberi tempoh tiga hari kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said supaya menarik balik kenyataannya bahawa parti itu adalah "parti ajaran sesat".
.
Datuk Abu Bakar Chik iaitu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata jika dalam tempoh berkenaan Ahmad Said tidak menarik balik kenyataan yang DILAPORKAN OLEH SEBUAH AKHBAR arus perdana itu, maka tindakan akan diambil terhadap beliau (Ahmad Said) dan Datuk Abu Bakar menyatakan "
tuduhan itu sangat berat,".....
.
Nota: Jadi, Anwar Ibrahim perlu tiru PAS. Beliau tidak payah bersusah payah menafikan laporan yang dikeluarkan oleh AKHBAR WALL STREET JOURNAL sebaliknya beliau perlu beri kata dua kepada pihak yang fitnah dan memanipulasi kenyataan beliau tersebut berhubung isu keselamatan Israel...dan terus ambil tindakan makhamah!!

2 ADUN PKR TERLIBAT ISU PASIR??

Anwar Perlu Jawab...
.
Raja Petra Kamaruddin mendakwa ADUN Sri Muda, Mat Suhaimi Shafiei dan ADUN Batu Caves, Amirudin Shari, kedua-duanya dari PKR terbabit dalam skandal perlombongan pasir di Selangor dan mendakwa ada unsur rasuah dalam urusan mendapatkan kontrak melombong pasir antara Mat Suhaimi dengan seorang kontraktor menerusi beberapa pertemuan di Pulau Pinang dan Subang serta rakaman perbualan telefon mereka.
.
Beliau mendakwa, Mat Suhaimi beberapa kali meminta wang daripada kontraktor berkenaan antara 15 Ogos 2009 hingga 5 Januari 2010, antaranya RM5,000 untuk perbelanjaan kempen pilihan raya, RM35,000 perbelanjaan Ramadan, RM10,000 jamuan Hari Raya dan RM50,000 yang masukkan dalam akaun bank sebuah syarikat untuk kegunaan pilihan raya. Wang RM50,000 itu dimasukkan ke akaun Affin Bank, Klang menerusi transaksi pada 11 Januari 2010.
.
Nota: Kepada dua ADUN ini, mereka perlu menyaman Raja Petra jika dakwaan ini berniat jahat dan fitnah. Tetapi adakah MEREKA BERANI SAMAN dan apa pula KOMEN ANWAR??

72% KEPIMPINAN PAS SEKULAR??

Sehati Sejiwa: Tiada Arah Tuju
.
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali mendakwa 72 % kepimpinan PAS kini dikuasai oleh golongan sekular yang sanggup 'tidur sekatil' dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
.
Beliau berkata golongan itu sanggup mengenepikan perjuangan asal PAS untuk menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menawan Putrajaya pada PRU13.
.
Menurut Dr. Hassan.."saya berpendidikan sekular tetapi saya mahu PAS terus dipimpin oleh golongan ulama yang berpendidikan dari Mesir dan Jordan," katanya dalam ceramah anjuran Pertubuhan Kemajuan dan Integriti Melayu Muar (PERKIM) di Bukit Naning (klik: sumber)
.
Jadi, jika benar dakwaan Dr. Hassan (72 % PAS sekular), PAS perlu adakah pembaharuan segera dan merombak kepimpinan sedia ada agar dilihat lebih "ulamak" dari "ular dalam semak" serta tukar perkataan Islam kepada Sekular (Parti Angkatan Sekular-PAS)...

ADAKAH ANWAR AKAN TERIMA CABARAN??

Adakah Anwar Berani?
.
Adakah Anwar sanggup menerima cabaran??...Cabaran ini demi membersihkan namanya dengan pelbagai tuduhan khususnya yang dilakukan oleh tiga (3) pihak iaitu Datuk Eskay Abdullah (video seks), Ummi Hafilda Mohd Ali (dakwa Anwar zina dengan kakak ipar) dan Akhbar Wall Street Journal (keselamatan Israel).
.
Jika benar-benar Anwar adalah di pihak yang benar dan difitnah, Anwar perlu terima cabaran oleh Bekas Naib Angkatan Muda Keadilan (AMK) Mohd Zahid Md Arip yang telah mengadakan sidang media untuk Kempen Tandatangan Desak Anwar Saman....
.
Nota: Dulu Anwar pernah saman Tun Dr. Mahathir....tetapi kenapa perkara yang paling mengaib beliau ini Anwar tidak saman?
.

Thursday, February 9

ANWAR TIDAK LAYAK SEBAGAI PEMIMPIN: IKHWAN MUSLIMIN

Dr. Azzam Tamimi
.
Seorang wakil Prikatan Pimpinan Ikhwan Muslimin (Pertubuhan Islam terbesar Mesir) yang berpangkalan di London, iaitu Dr. Azzam Tamimi menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai seorang yang tidak layak menjadi pemimpin Islam kerana menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.
.
Beliau yang merupakan Pengarah Institut Pemikiran Politik Islam (IIPT) berkata, seorang pemimpin Islam tidak seharusnya menyatakan pendirian yang bertentangan dalam kepercayaan umat Islam berhubung isu Palestin. Menurut beliau lagi, "ini adalah tindakan seorang pemimpin Islam yang benar-benar tidak layak memimpin,” (sumber: kilk sini).

HASSAN ALI KE PERLIS: KENAPA PAS MELATAH?

Hassan Ali (Gambar Hiasan)
.
Kesian melihat perangai dan telatah penyokong PAS yang kononnya tidak takut akan pengaruh Dr. Hassan Ali bila Dr. Hassan Ali keluar PAS. Tetapi bila Dr. Hassan Ali datang ke Perlis untuk sampaikan ceramah, beberapa individu telah menggunakan "saluran tertentu" untuk menyekat Dr. Hassan Ali dari menyampaikan ceramah. Mereka mendakwa Dr. Hassan tidak memiliki "tauliah" untuk berceramah di Negeri Perlis.
.
Sebab itulah tajuk ceramah "Selamatkan Akidah Umat Islam" tidak dibenarkan digunakan atas arahan Jabatan Agama Islam (JAIP) dan Pejabat Mufti. Tetapi sayangnya seorang kakitangan Pejabat Mufti (dikatakan Penyokong PAS) telah menentang bersungguh-sungguh ceramah dari Dr. Hassan Ali ini dan menggunakan alasan Dr. Hassan tiada "tauliah".
.
Persoalan: Kenapa kakitangan Pejabat Mufti tersebut (yang dikatakan seorang penyokong PAS) tidak menentang dan menyekat Kulliah-Kulliah Magrib PAS yang dihadiri pemimpin-pemimpin PAS dari luar seperti Dato' Seri Nizar, Nik Abduh, dan ramai lagi? Kenapa tidak pergi serbu MATIN atau MADI untuk menyekat mereka dari berceramah agama (tidak ada "tauliah")?????
.
Walaubagaimanapun SYABAS Dr. Hassan kerana ceramah di Dataran Dato' Sheikh Ahmad, Kangar semalam (08.02.2012) telah dihadiri seramai 3,000 ribu lebih orang ramai.

Wednesday, February 8

PAS GESA KERAJAAN TENTANG SAMBUTAN "HARI KEKASIH"

Nik Abduh
.
Kadang-kadang gelagat dan perangai PAS ini amat memalukan dan tidak mencerminkan keikhlasan mereka dalam perjuangan Islam. Memang bagus niat Pemuda PAS untuk menggesa kerajaan melancarkan kempen menentang sambutan Hari Kekasih yang jatuh pada minggu depan yang didakwa mempromosikan aktiviti yang tidak bemoral dan mengikut amalan Kristian.
.
Tetapi kenyataan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz untuk melaksanakan gesaan ini dilihat mempunyai agenda politik dan tidak ikhlas. Jika beliau menganggap ini merupakan satu gejala sosial yang serius, kenapa beliau tidak membuat gesaan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim yang menyokong amalan songsang (gay / lesbian) di Malaysia? Kenapa tidak menegur atau menggesa Karpal Singh menarik balik kenyataan menghalang penubuhan negara Islam? Kenapa tidak menegur atau menggesa Mat Sabu berhenti dari mengguris perasaan keluarga pejuang kemerdekaan yang menentang komunis?...
.
Janganlah kerana politik agama pula hendak dijual...

HIMPUNAN AMAN BANTAH PEMBUNUHAN RAKYAT SYIRIA..

Dewan Pemuda PAS Pusat Tidak Ikhlas
.
Majlis Keselamatan Negara Teluk (GCC) telah bertindak mengusir diplomat Syria dan memanggil pulang duta masing-masing di Damsyik ekoran kematian orang awam yang terus meningkat di negara itu. GCC turut mengutuk pembunuhan yang dilakukan terhadap rakyat Syria yang tidak bersenjata sejak demonstrasi menentang Presiden Bashar al-Assad tercetus 11 bulan yang lalu.
.
Tetapi kemelut yang berlaku ini diambil kesempatan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat melalui ketuanya iaitu Nasrudin Hassan untuk mengadakan HIMPUNAN AMAN BANTAH PEMBUNUHAN RAKYAT SYIRIA pada Jumaat ini.
.
Persoalannya, kenapakah Nasrudin Hassan tidak mahu mengadakan HIMPINAN AMAN MENGUTUK KENYATAAN ANWAR yang menyokong meningkatkan keselamatan Israel yang MEMBUNUH RIBUAN RAKYAT PALESTIN...????? Dimanakah keikhlasan PAS dalam hal ini...
.

KENAPA NIK AZIZ PERLU DITARBIAH??...

"...Dah Lama Dah..."
.
Dewasa ini kita lihat, dengar dan hayati bahawa kenyataan dan pandangan Murysidur Am PAS Dato' Nik Aziz Nik Mat semakin bercelaru dan menimbulkan pelbagai persepsi negatif kepada umat Islam. Kenapa beliau tidak tegas dengan isu-isu yang dianggap menggugat maruah umat Islam seperti Murtad, Israel, Penubuhan Negara Islam, Gay dan sebagainya???
.
Di manakah peranan dan tanggungjawab seorang yang digelar "ulama" seperti beliau. Adakah beliau berhak digelar ulama atau Tuan Guru jika banyak kenyataan beliau sudah lari dan tergelincir dari landasan Islam...sama-sama kita renungi. Jadi, siapakah insan atau individu yang berhak menegur dan memberi tarbiah kepada Nik Aziz??

BR1M: RM400 UNTUK KAU, RM100 UNTUK AKU...

Salah Satu Adengan Dalam Nujum Pak Belalang
.
Teringat satu episod dalam filem Nujum Pak Belalang arahan Tan Sri P. Ramlee...dalam filem tersebut terdapat dua orang penyamun. Bila agihkan harta disamun mereka membahagikan harta tersebut melalui dialog "satu untuk kau, satu untuk aku...dua untuk kau, dua untuk aku"...
.
Sekarang lain pula trend agihan harta yang dirompak....baru-baru ini penyokong parti pembangkang menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta anggota parti mereka yang menerima wang RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya menderma RM100 kepada parti bagi membantu mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
.
Inilah gelagat penyamun moden yang bukan saja menindas rakyat tetapi mengikut arahan demi mencapai kepentingan pemimpin tertinggi mereka sahaja. Jadi, agihan rampasan...RM400 untuk kau, RM100 untuk aku....

CERAMAH GUAN ENG MENDAPAT SAMBUT!!!

Nasib Si Guan Eng (Konon Khalifah Umar Abdul Aziz)
.
Cermah Guan Eng mendapat sambutan???...Lihat saja salah satu ceramah Guan Eng dihadiri oleh beberapa kerat orang Cina saja. Siap ada press ambil gambar kononnya majlis tersebut hebat. Kesian nasib si pemimpin DAP Pulau Pinang ni..Walaupun digelar Khalifah Umar Abdul Aziz oleh PAS, tiada sebarang teguran yang dibuat oleh Nik Aziz bila nasib orang Melayu Pulau Pinang ditindas.

Tuesday, February 7

PENCEN ASKAR NAIK

.
Kerajaan tetap prihatin dan mengenang jasa golongan tentera yang telah bersara. Kali ini kerajaan akan menaikkan kadar pencen kepada untuk 100,300 pesara tentera dengan menikmati kadar pencen baru melalui kenaikan antara 2.5 hingga 8 peratus yang akan dibayar secara berperingkat mulai hujung bulan ini.
.
Kadar baru turut membabitkan waris pesara tentera yang layak, termasuk isteri dan anak, akan ditentukan berdasarkan pemindahan gaji akhir penjawat awam ketika bersara atau tamat perkhidmatan. Pesara tentera akan dijangka menerima pencen bulanan minimum lebih tinggi berbanding RM720 diterima sebelum ini.
.
Jadi, bagi pesara-pesara tentera, janganlah terpengaruh dengan hasutan pembangkang yang mendakwa kerajaan tidak memberikan keutamaan dan perhatian kepada bekas anggota tentera dan polis. Teruslah menyokong kerajaan....
.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TIRU KRISTIAN?

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam khutbah Jumaat baru-baru ini menerusi video yang dimuat naik di internet mendakwa perbuatan menyambut Maulidur Rasul sebagai meniru budaya Kristian yang meraikan Krismas sempena kelahiran Nabi Isa. Tetapi Nik Aziz lupa terdapat beberapa amalan dalam PAS sendiri yang meniru budaya agama lain dan tidak mengamalkan ajaran Islam sebenar.
.
Potong Kek Sambut Hari Jadi Nik Aziz
.
Disarungkan Jubah (Sami) Sambutan Wat Siam
.
Apakah PAS lakukan terhadap Karpal Singh?...
.
Jadi, adakah Nik Aziz sedar apa yang beliau katakan ini?? Banyak lagi perkara-perkara yang PAS laksanakan yang menyalahi syariat Islam, tetapi semuanya dihalalkan demi kepentingan politik mereka.

Monday, February 6

CONTOHI KEPERIBADIAN RASULLULLAH

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra, Putrajaya (Gambar: Utusan)
.
Bangsaku2020 amat tertarik dengan seruan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah agar umat Islam mencontohi keunggulan peribadi Nabi Muhammad SAW ke arah melahirkan sebuah masyarakat Islam yang hebat selain menjadi contoh teladan kepada dunia dalam titah baginda semasa merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1433 Hijrah di Masjid Putra, Putrajaya.
.
Titah Baginda ini perlulah dihayati oleh semua umat Islam khususnya mereka yang mempunyai title "ulama". Kerana mereka yang mempunyai title "ulama" merupakan contoh kepada masyarakat dan tindak tanduk mereka dinilai.
.

Tetapi hari ini terdapat ulama-ulama yang sanggup gadaikan maruah agama demi kepentingan politik mereka dan ada yang sanggup mengeluarkan fatwa dan tafsiran tertentu bagi mencapai cita-cita dan mengukuhkan sokongan pengikut. ADAKAH INI DIAJAR OLEH RASULLULLAH SAW???....

ANWAR DINASIHATKAN TUTUP MULUT....

Solat Hajat Penentu Kepada Segala Keraguan
.

Walaupun Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU) mengeluarkan kenyataan menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) agar berhenti mengeluarkan kenyataan yang meragukan (isu keselamatan Israel), adakah nasihat ini akan didengar oleh DSAI sendiri???....Sedangkan ulama-ulama di dalam Pakatan Pembangkang sendiri pun beliau (DSAI) tidak ikut...inikan nasihat dari ILMU pula....

Daripada isu liwat, video seks dan isu keselamatan Israel, semua isu ini dinafikan oleh DSAI walaupun terbukti dan mempunyai bukti kukuh penglibatan beliau. Hanya satu cara untuk membuatkan DSAI mengakui dan mengubah sikap beliau ini iaitu ILMU boleh menyeru kepada seluruh umat Islam mengadakan SOLAT HAJAT setiap minggu selepas sembahyang Jumaat dan memohon petunjuk dari Allah SWT terhadap salah laku DSAI ini dan hasilnya kita semua akan lihat sendiri.....

Renungan: Kesalahan yang dilakukan DSAI ini sukar dimaafkan dan telah menghina perjuangan Islam...

DR. HARON DIN BERTANDING??...

Dr. Haron Din
.
Kenapa PAS Perlis mengumumkan Datuk Dr. Haron Din sebagai salah seorang calon yang akan bertanding dalam PRU 13 nanti? Tiadakah calon-calon lain yang lebih berwibawa dalam PAS? Sebut saja PRU 13, calon-calon veteran ini sentiasa berada dalam senarai PAS walaupun pernah kalah kepada Barisan Nasional.
.
PAS Perlis sebenarnya sudah ketandusan calon yang berwibawa. Calon veteran hanya dipelopori oleh Ustaz Hashim Jasin (Pesuruhjaya PAS Perlis), Anuar Taher (YDP PAS Padang Besar) dan Haron Din sendiri. Kesan pemecatan Dr. Hassan Ali juga dilihat telah memberikan impak hebat kepada PAS. Walaupun nama Dr. Haron Din tiada dalam senarai sebelum ini, PAS terpaksa menamakan beliau semula untuk mengekalkan sokongan pengundi yang sudah hilang kepercayaan terhadap perjuangan PAS...
.
Renungan: Jika Haron Din mempunyai pendirian yang sama dengan Dr. Hassan Ali dalam memperjuangkan akidah Islam, tawaran PAS ini perlu ditolak oleh beliau...Perjuangan Islam bukan hanya di dalam PAS, tetapi di dalam NGO pun boleh berjuang.....
.

Sunday, February 5

HASSAN ALI TIDAK AKAN MERAYU


Dr. Hassan Ali di Kediaman Beliau Di Taman Tun Dr. Ismail Semalam (Utusan)
.
Syabas Dr. Hassan Ali!!....bangsaku2020 memuji tindakan ini yang dilihat amat berpendirian dan berprinsip. Kenapa harus merayu sedangkan perjuangan menegakkan AKIDAH, MELAYU dan RAJA MELAYU bukan perjuangan PAS lagi.
.
Menurut Dr. Hassan perkara itu diputuskan selepas beliau mengambil kira setiap pandangan daripada ulama sama ada di dalam atau di luar PAS, GOLONGAN PROFESIONAL, AHLI AKADEMIK, AHLI BIASA serta setelah melakukan ISTIKHARAH. Katanya, keputusan tersebut juga berkait rapat dengan cara pemecatannya oleh Pas yang disifatkannya sebagai paling autokratik dan paling tidak demokratik..
.
Renungan: Kepada ahli PAS, cubalah berfikir sejenak mengenai apa yang telah berlaku kepada Hassan Ali dan apakah yang telah terjadi dengan agenda politik PAS sekarang sejak berkawan rapat dengan DAP dan PKR....

NIK AZIZ BERTANDING LAGI

Keadaan Uzur Tidak Sesuai Untuk Memimpin
.
.Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan akhirnya telah mengisytiharkan diri untuk bertanding lagi pada PRU13 ini. Pengumuman mengenai perkara itu dinyatakan kelmarin dalam ceramah beliau di Pejabat PAS Negeri. Dengan ini Nik Aziz boleh dikatakan layak untuk dimasukkan nama di dalam Malaysian Books of Record bagi kategori pemimpin politik yang paling SAYANG KEDUDUKAN dan TAKUT MELEPASKAN JAWATAN. Tahniah kepada PAS. Rekod 45 TAHUN!!!
.

Nik Aziz, 81, adalah wakil rakyat paling lama dalam sejarah tanah air. Beliau mula menjadi calon pilihan raya pada tahun 1967. Jawatan Menteri Besar pula sudah empat penggal iaitu MELEBIHI 21 TAHUN. Nasib baik Nik Aziz tidak tinggal di Libya atau Mesir....kalau tidak... .

Tidak sangka dalam keadaan yang agak uzur, Nik Aziz masih mahukan jawatan tersebut. Khabarnya, hendak menyampaikan taklimat kepada beliau juga sukar atas masalah pendengaran dan fikirannya yang tidak lagi tajam. Kenyataannya juga selalu mencelarukan, yang tidak mencerminkan beliau seorang Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS. .

Itu belum menyentuh soal prestasi pentadbiran beliau yang dianggap lemah. Misalnya, isu air bersih, yang merupakan keperluan asas untuk rakyat Kelantan sehingga hari ini belum dapat diselesaikan.

FORUM MAULIDUR RASUL PAS DI DUN SIMPANG EMPAT PERLIS

PAS Perlis: Hentam 4 All-All 4 Hentam
.
Definisi Maulidur Rasul adalah: (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia (termasuk Malaysia) akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.
.
Tetapi amalan menghayati sejarah kehidupan Rasullullah SAW telah DISELEWENG oleh PAS. Forum Maulidur Rasul yang di adakan di DUN Simpang Empat semalam (04.02.2012-Sabtu) bertukar menjadi medan mengutuk dan menghentam Kerajaan dan kepimpinan Barisan Nasional. Forum yang disertai YB Ustaz Hashim Jasin (ADUN Sanglang), YB Rus'sele Iezan (ADUN Simpang Empat), Anuar Tahir (YDP PAS Padang Besar), Kol (B) Haji Nazarin Mokhtar (Presiden KERABAT) dan Dato' Adnan Ibrahim (Mantan Pengarah Pendidikan Perak) digunakan sepenuhnya untuk kepentingan politik PAS.
.
Renungan: Rasullullah SAW telah mengamalkan pendekatan berhemah untuk berdakwah dan berpolitik. Rasullullah SAW bukan sahaja disegani golongan Quraisy tetapi dihormati oleh golongan Yahudi hasil dakwah yang bijak. Di manakah ulama-ulama PAS untuk menegur perkara di atas ini??..

Saturday, February 4

STRATEGI HADI MENGENA..


Bila gerakan untuk jatuh dan singkirkan pemimpin VETERAN atau ULAMA di dalam PAS oleh puak-puak PERASIT, Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang cuba untuk "test market" sama ada beliau adalah salah seorang pemimpin VETERAN atau ULAMA yang berada dalam senarai PARASIT untuk disingkirkan.
.
Selepas menghadapi tekanan selepas penyingkiran Dr. Hassan Ali, Abdul Hadi menyatakan kesediaan beliau untuk berundur dari dicalonkan dalam PRU ke 13 akan datang (tetapi dalam hati beliau masih inginkan jawatan dan terus dicalonkan). Lantas Mat Sabu (Timbalan Presiden) menyatakan tindakan atau pengumuman Abdul Hadi membuktikan pangkat dan jawatan bukan asas perjuangan PAS (tetapi dalam hati Mat Sabu tindakan Abdul Hadi amat dialu-alukan)...tetapi hasrat Mat Sabu (selaku kepala PARASIT) dihalang oleh Nik Aziz yang menyatakan sokongan kepada Abdul Hadi agar tidak letak jawatan. Kalau Abdul Hadi letak jawatan, Nik Aziz juga akan merasai bahang dianaktirikan oleh puak-puak PARASIT ini.
.
Sekarang Adul Hadi berjaya dengan strategi "test market" beliau. Beliau akur (rasa syukur dan rasa terselamat) dengan keputusan Lajnah Politik PAS yang menolak hasratnya mengundurkan diri menjadi calon dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

AZIZAN SEMAKIN DITEKAN

Ahmad Shukri
.
Datuk Seri Azizan Abdul Razak semakin ditekan. Kali ini oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). SMM sedia menggerakkan mahasiswa untuk mengadakan protes di Wisma Darul Aman 19 Februari ini jika Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih "terus mempertahankan" Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan AKTA YANG MIRIP dengannya.
.
Pengerusinya Ahmad Syukri Ab Razab (gambar) berkata berkata tarikh itu dipilih kerana ia merupakan hari bekerja di negeri itu (Ahad) dan membolehkan ramai mahasiswa dari Lembah Kelang - yang bercuti - turun menyertainya"Bagaimanapun keputusan mengadakan perhimpunan bergantung kepada keputusan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat pada 12 Februari ini. (sumber)
.
Renungan: Tekanan DAP dan PKR tidak menjadi sebelum ini. Sekarang PERASIT gunakan SMM. Cukup hebat permainan PARASIT di dalam PAS. PARASIT ini menggunakan segala bentuk tekanan bagi menyingkirkan PEMIMPIN VETERAN di dalam PAS sendiri.