Monday, November 14

ANWAR IBRAHIM: MASANYA SUDAH TIBA....

Gambar: Imej video seks DSAI
.
Beberapa blog mendakwa bahawa Anwar Ibrahim telah pun mengakui kepada Presiden PAS iaitu Dato Seri Haji Hadi Awang dan Lim Kit Siang bahawa beliau merupakan pelaku video seks yang tersebar di media baru. Anwar Ibrahim juga telah menyalahkan Dato Eskay di atas apa yang terjadi kepada beliau.
.
Pengakuan Anwar Ibrahim ini merupakan satu keputusan nekad sebagai persediaan untuk mengundurkan diri dari politik setelah keputusan Kes Liwat diketahui dalam masa beberapa bulan lagi.
.
Lebih tertekan lagi apabila Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kertas siasatan ke atas beliau (Anwar Ibrahim) berhubung dakwaan memberi maklumat palsu ketika disoal siasat berkenaan video seks, yang dipertontonkan oleh “Datuk T” Mac lalu, telah diserahkan kepada Peguam Negara. (berita lanjut klik sini)

TONY FERNANDES DAN AIR ASIA

Gambar: Bung Mohtar
.
Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional hari ini menuduh Tan Sri Azman Mokhtar dan Tan Sri Tony Fernandes telah menipu rakyat dalam urusan perjanjian saham melibatkan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia Ogos lalu.
.

Perasaan tidak puas hati ini dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mohtar Radin (gambar). Beliau mahu Azman, Ketua Eksekutif Khazanah disoal siasat ekoran keputusan agensi pelaburan kerajaan memutuskan untuk menukar 20.5 peratus saham dalam MAS bagi mengambil 10 peratus saham dalam AirAsia.


Menurut Bung Mokhtar, “Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus memanggil Tan Sri Azman... kesemua mereka... jika ada penyelewengan, humban mereka ke dalam penjara,” kata Timbalan Pengerusi BN-BBC ini di Dewan Rakyat hari ini. Bung berkata lagi “bagaimana Khazanah boleh diperbodohkan, macam mana boleh jadi bodoh, diperdayakan oleh Tony Fernandes. Jika saya berada dalam kedudukan, saya akan letak jawatan daripada menyusahkan orang lain,” katanya lagi.

“Kemungkinan mereka bukan bodoh. Kemungkinan mereka mendapat keuntungan besar dengan mengaut wang rakyat,” kata beliau dengan kedudukan Tune Air, milik Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, kini memiliki satu perlima pegangan dalam MAS. Selain itu, Ahli Parlimen Sri Gading Mohamad Aziz juga mendakwa AirAsia dengan jelas menipu awam dan “sekarang cuba untuk menipu MAS.” Mohamad Aziz berkata lagi “jika orang macam ini (Fernandes) menguasai kita, astaghfirullah,” katanya ketika membahaskan Bajet 2012.
.
Bung Mohtar juga berkata bahawa kerajaan tidak harus takut dengan Fernandes. “Apa sahaja beliau mahu, kita beri. Beliau mahu kenakan caj tambahan bagi lebihan (muatan) bagasi dan hisap darah rakyat miskin. “Sekarang saya dengar beliau ada rancangan untuk mengambil alih keseluruhan penerbangan dalam negeri dan MAS hanya akan ada penerbangan antarabangsa,” kata beliau sambil menambah, “jika kita beri yang ini kepada beliau, negara akan rosak. Ia tanda berakhirnya dunia bagi kita,” kata beliau lagi.
.
Katanya, jika kerajaan tidak boleh memberi jawapan yang memuaskan, bermakna “Pegawai-Pegawai Kerajaan bersubahat dengan AirAsia dan ada kepentingan peribadi.” Perjanjian pertukaran saham antara MAS-AirAsia berhadapan dengan kecaman daripada ahli-ahli politik dan kesatuan sekerja syarikat penerbangan kebangsaan itu....

PAS HEBAT!!!....

Gambar: Azizan The Great...
.
PAS Kedah hebat...!!!!.. Selepas kehebatan membenarkan pusat hiburan dibuka di bulan Ramadhan, PAS Kedah kali ini telah memberi kelulusan Pembangunan AMAN CENTRAL yang akan dibangunkan oleh PKNK dengan kerjasama BILLVIEW. Bertambah hebat lagi PAS Kedah memutuskan untuk meroboh Bangunan Kompleks Tungku Yaacob (kotor dipandang mata PAS Kedah).
.
Syarikat yang terlibat ini juga akan meruntuhkan Madrasah Salihiyah, Jalan Tambang Badak yang telah terbina sejak 100 tahun yang lalu dan hingga hari ini masih digunakan oleh jemaah / masyarakat Islam di kawasan itu dengan mengadakan solat jamaah serta Tadika.
.
Sekali lagi agama digunakan. Kali ini Kerajaan Negeri Kedah telah merestui syarikat tersebut meruntuhkan Madrasah Salihiyah, yang kononnya dipersetujui Majlis Fatwa Kedah. Persoalannya kenapa tanah Gereja di sebelah Putera Madical Centre (PMC) tidak diambil untuk tujuan projek tersebut??.. Sedangkan tanah tersebut disebelah dengan projek PKNK / BILLVIEW...
.
Hari ini jam 9.00 pagi, Menteri Besar Kedah (PAS) akan meletakkan batu asas AMAN CENTRAL. Kenapa seorang Menteri Besar Kedah (PAS) yang akan berucap di situ sanggup melihat SURAU dirobohkan dan GEREJA dipertahankan. Mari kita lihat apa penyokong dan pemimpin PAS nak kata...kemungkinan besar akan ada fatwa baru dari mereka untuk lepaskan diri dari kecaman umum....(lihat juga di sini)