Wednesday, September 28

CINA HENTAM CINA.....APA NASIHAT DAP PADA TIAN CHUA?..

Gambar: Singapore Baru Sedar Perangai PR (Tian Chua) Malaysia
.
Tian Chua yang mungkin bangga dengan undangan untuk bercakap dalam satu forum yang dianjurkan oleh Singapore For Democratic telah menyatakan pandangannya bahawa Singapore kini tertekan untuk menyemak semula Akta ISA mereka berikutan pemansuhan akta tersebut yang dilakukan Malaysia.
.
Pandangannya itu telah disiarkan oleh The Sunday Times, Singapore. (klik sini). Tapi Cina-Cina Singapore telah membalas kenyataan Tian Chua seperti berikut:-

Komen 1:
.
Don't crow too loudly, just watch what Malaysia will do to replace the yet-to-be repealed ISA ... Malaysia's Parliament has yet to sit to act on their PM's promise, which is a great PR exercise.

Singapore is not about to face an election so the pressure is not as great as the Malaysian opposition MP would like it to be. Besides, Malaysian MP better refrain from muddying their neigbhour's political waters.
.
Komen 2:

Our government will make its own decision, no need to be "pressurized" by the Malaysian decision. Every country has its own needs. Keep it as long as it keeps us safe and for as long as it is required!
.
Komen 3:

Now that's interesting.. shouldnt Mr. TC be concern about the Malaysian ISA instead of Singapore's? The leaders of Singapore can handle pressures very well, in case Mr. TC lost touch..
.
Komen 4:

Parti Keadilan Rakyat MP Tian Chua is really a poor guy. Nobody in malaysia listen to him, especially chinese. He is first to support Anwar and co-founder of PKR. He is always targeted and bashed up (i saw him been kicked on the head and back by malaysian malay police on TV news). Really a pathetic man...looks as if he is suffering from internal injuries.
.
Komen 5: in reply to TheGuiltyByStander

Appreciate much all that you've said and so well said.

If MP Tian Chua is afraid in his home country he should be talking to his Government and not overstep his boundary. Singapore surely doesn’t need him to tell us what to do and what is right for us. Time is the most honest and reliable revelation of truths, so the saying goes “time will tell”. Singapore stands tall in spite of the tremendous pressures both from within and without. This is attributed not only to a good and effective Government that upholds good governance, but a citizenry that is by and large sensible, harmonious and understood well what is good for them and their offspring.
.
Renungan: Cina PAP Singapore hentam Cina PKR. Apa Cina DAP akan komen???....PAP adalah saudara kuat DAP...

SAMAN RM200 JUTA: THE MALAYSIAN INSIDER SELESAI LUAR MAKHAMAH

Gambar: Tan Sri Tajudin Ramli
.
Inilah akibat daripada ketiadaan etika dan tanggungjawab terhadap sesuatu yang dilaporkan. Penipuan, manipulasi dan fitnah telah memakan diri sendiri. Dalam hal ini, kes saman bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli terhadap portal berita The Malaysian Insider kini dalam peringkat akhir sebelum direkodkan setelah bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah. Peguam George Miranda, yang mewakili syarikat, pegawai dan wartawan portal itu, berkata pihak-pihak akan meneliti terma-terma yang dipersetujui sebelum ia direkodkan.
.
Hakim Mahkamah Tinggi Harminder Singh Dhaliwal menetapkan Jumaat ini untuk merekodkan persetujuan berhubung saman bernilai RM200 juta itu di dalam kamar hari ini, kata Miranda kepada pemberita di luar mahkamah di sini.

Pada 18 Ogos lepas, Tajudin memfailkan saman berjumlah RM200 juta terhadap portal itu berikutan penerbitan artikel yang didakwanya memfitnah beliau.

Beliau menamakan syarikat The Malaysian Insider Sdn Bhd sebagai defendan pertama serta Ketua Pegawai Eksekutif, Jahabar Sadiq dan wartawan, Shazwan Mustafa Kamal sebagai defendan kedua dan ketiga. (Sumber: Bernama)
.
Renungan: Bagi portal-portal (media baru) yang menyebarkan maklumat dan berita tentang sesuatu isu, anda perlulah meneliti dan mengkaji kesahihan fakta yang diperolehi sebelum menyiarkannya. Jangan kerana untuk publisiti atau keuntungan atau dendam terhadap individu atau kumpulan individu, etika dan moral kewartawanan diabaikan dan akhirnya memakan diri sendiri....

ANWAR LIWAT SAIFUL: KENYATAAN 4 PAKAR

Gambar: Dr. Razuin Rahimi
.

Pegawai Penyiasat Kes Liwat Anwar Ibrahim, Supritendan Judy Blacious Pereira semasa memberi keterangan di mahkamah pada 10 Mac mengesahkan empat (4) orang doktor pakar terlibat dalam pemeriksaan mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008 di Bilik Mawar, One Stop Crisis Centre (OSCC) di Jabatan Kecemasan, Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL). Keempat-empat doktor itu adalah Dr. Razuin Rahimi, Dr. Khairul Nizam Hassan, Dr. Mohd. Razali Ibrahim dan Dr. Siew Sheue Feng.

Dr Razuin adalah Pakar Patologi Forensik yang bertugas menemu bual sejarah dan latar belakang kes Mohd Saiful untuk diisi dalam borang proforma.

Dalam temubual selama 20 minit itu, Mohd Saiful memberitahu berlaku penetrasi (kemasukan zakar pemangsa ke dalam dubur mangsa) menggunakan bahan pelincir dan pancutan semen (air mani) ke dalam dubur mangsa. Temubual itu berlaku sekitar jam 8.40 malam hingga 9.00 malam. (maklumat lanjut klik sini)

Renungan: Jika keterangan empat (4) pakar kali ini pun masih belum boleh diterima penyokong Pakatan Rakyat, apa lagi yang boleh membuktikan yang Anwar benar-benar meliwat Saiful?....

Monday, September 26

SIAPA GADIS BERBAJU KURUNG?...

Gambar: Azwan Ali (Gadis Berbaju Kurung) Bersama Anwar Ibrahim
.
Gambar Anwar dengan Azwan ini menimbulkan seribu satu persoalam. Apakah yang diperbincakan mereka setelah Anwar diasak teruk dengan kakak sulung Azmin dan pendedahan berani yang dibuat oleh Ummi Hafilda.

Sebelum ini, kira-kira 20 jam lalu, Azwan telah twitt Anwar bersama dengan foto mereka, “Slm. @anwaribrahim n Azwan Ali ! This 2 really Rocking the world ya! Aminnnn wt people say”, kata Azwan.

“Tq-good meetg”, balas Anwar yang memberitahu foto itu dirakam semasa program perjumpaan mereka. Azwan Ali adalah personaliti tv merupakan adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan juga merupakan abang kepada Ummi Hafilda, saksi penting kes liwat I, bekas Timbalan Perdana Menteri, kira-kira 13 tahun lalu. (Sumber: AIDC)

KEMARAHAN RAKYAT SUDAH BERMULA...

Gambar: Protes Membantah Kehadiran Mat Sabu
.
Kemarahan masyarakat sudah menampakkan petandanya. Kali ini kemarahan ditujukan kepada Mat Sabu Timbalan Presiden PAS. Kemarahan ini juga berkaitan dengan sikap tidak bertanggungjawab Mat Sabu berkaitan isu komunis baru-baru ini.
.
Dalam insiden di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Wildan, Ampangan seramai 80 orang telah terlibat dalam protes membantah kehadiran Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, cuba merempuh masuk ke lokasi ceramah pemimpin kanan pembangkang itu malam kelmarin.
.
Mereka mahu menyuarakan bantahan dan kekesalan secara berhadapan dengan Mat Sabu susulan kenyataan beliau yang mempertahankan Mat Indera selaku wira sebenar dalam tragedi serangan pengganas komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Bagaimanapun, kumpulan yang mendakwa mewakili beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Belia dan Bekas Tentera itu gagal meneruskan hasrat mereka kerana dihalang petugas-petugas PAS yang mengawal jalan masuk ke lokasi ceramah.
.

Renungan: PAS seharusnya melihat perkara ini dengan serius. Liabiliti Mat Sabu akan membuatkan PAS terus tenggelam. Isu Hudud oleh Nik Aziz tidak akan mengubah sedikit pun kekecewaan masyarakat terhadap kesalahan yang dilakukan Mat Sabu ini.

Sunday, September 25

HADI AWANG DAN KARPAL TAKUT HANTU??

Gambar Hiasan
.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa dukacita terhadap segelintir orang Melayu Islam yang terus menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini. Menurut beliau, orang Melayu sepatutnya menjadi penyokong kuat terhadap pelaksanaan syariat tersebut yang termaktub di dalam al-Quran tetapi kecewa apabila sambutan diterima adalah sebaliknya.

“...Sepatutnya, orang Melayulah yang SOKONG HUDUD tapi dukacita kerana dia juga antara orang yang menentangnya. Kita kempen, kita doa mudah-mudahan mereka semua boleh terima hudud Islam...” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Dana Kebajikan Insaniah anjuran Pas Kawasan Kuala Terengganu di Jalan Sultan Mahmud, di sini, malam kelmarin.

Menurut beliau lagi “..orang takut kepada negara Islam ini macam TAKUT KEPDA HANTU...Orang yang TAKUT KEPADA HANTU itu tidak tahu pun bagaimana hantu...." ....“...hudud Islam pun begitu juga, takut kepada hudud. Kenapa takut hudud, tidak tahu. Melayu, India, Cina, sama....” katanya. (Sumber: Sinar)

Renungan: Jika ini kenyataan Nik Aziz, ini bermakna Hadi Awang pun TAKUT HANTU sebab tak mahu hukum hudud dilaksanakan. Karpal lagilah terang-terang TAKUT HANTU...kerana menyuruh langkah mayat beliau untuk tubuh negara Islam.....

HUDUD: APA KATA HADI AWANG!!

Gambar: Penyokong PAS menanti Hadi Awang bangun menjawab isu HUDUD.
.
Amat Pelik Bin Ajaib apabila Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang tidak membuat sebarang statement untuk memperbetulkan keadaan berkaitan pertelingkahan Tuan Guru Nik Aziz dengan Tuan Guru Karpal Singh berkaitan HUDUD. Di manakah kuasa dan peranan seorang ketua bila berlakunya isu besar seperti ini? Tuan Guru Nik Aziz sibuk hentam Tun Dr. Mahathir..... juga hentam Datuk Seri Najib dan hentam UMNO pasal isu Hudud. Tapi kenapa Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang tidak keluarkan statement pendirian beliau tentang Hudud
ni?
.
Suatu ketika dulu....Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang pernah berkata:

....."mengakui sukar untuk melaksanakan undang-undang hudud dan qisas di negara ini kerana ia hanya boleh dilakukan jika rakyat negara ini berada dalam keadaan yang stabil..."

"....mengakui bahawa bukan mudah untuk melaksanakan hukum hudud memandangkan negara dan rakyat berhadapan dengan pelbagai masalah...."

Menurut beliau lagi, ....."situasi ekonomi semasa dan pengangguran di kalangan rakyat negara ini menghalang hudud daripada dilaksanakan...."

Jadi kita sama-sama tunggu apa yang akan diperkatakan oleh Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang....adakah beliau seberani Tuan Guru Nik Aziz? atau seberani Mat Sabu berkaitan isu komunis???

Saturday, September 24

ORANG TUA TAGIH PUBLISITI??

Gambar: "Orang Tua Gila Publisiti"...kata Karpal kepada Nik Aziz.
.
"Orang tua tagih publisiti"....Itulah kenyataan Karpal Singh terhadap Nik Aziz Nik Mat terhadap usaha Nik Aziz untuk melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan. Tanpa mahu beralah atau beranjak dari segi pendirian, walaupun seinci, DAP melalui Pengerusi dan Setiausaha Agungnya hari ini tampil dengan hujah-hujah masing untuk menidakkan pelaksanaan hukum hudud yang dilaungkan oleh Mursyidul Am PAS.

Karpal Singh turut mempersoalkan kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dipetik sebagai berkata, tidak kisah jika DAP tinggalkan pakatan pembangkang kerana hukum hudud. Bagi Karpal Singh, kenyataan itu bersifat provokasi.

Berikut disiarkan semula kenyataan Datuk Nik Aziz, semalam.

DATUK NIK AZIZ NIK MAT / MURSYIDUL AM PAS

"Saya tetap dengan agama Allah, dengan Islam kerana benda ni kami tunjuk tahun 51 lagi bukan benda baru 51. Dialog dah berapa kali dialog dah. Nak jumpa berapo kali nok jumpo doh, dia keluar doh sekali DAP dah keluar dan sekali dalam masa APU keluar doh sekalai saya kata tak pa, bye-bye, takda apa sekarang ni masuk balik, jadi kalu dio keluar lagi sekali tak pa, itu dia punya pasal la."

Berikut reaksi Karpal Singh dalam satu sidang media di Pulau Pinang siang tadi.

KARPAL SINGH / PENGERUSI DAP

"He can't go there. PAS cannot set an Islamnic state. For once, I think they have themselves convention, I think they said in muktamar that they will not persuing Islamic state, state now say that want to establish Islamic state disrespecting of the other opponent parties."

(Terjemahan: Beliau tidak boleh buat demikian kerana dalam Muktamar PAS baru-baru ini mereka meluluskan usul untuk membentuk negara berkebajikan dan tidak meneruskan pembentukan negara Islam. Sekarang mereka nak buat negara Islam, tidak menghormati parti lain.)

Menurut Karpal Singh, bukan sahaja undang-undang Islam itu tidak praktikal untuk diamalkan di negara yang memiliki masyarakat berbilang kaum malah tidak dibenarkan berdasarkan sistem perundangan negara. Beliau merujuk kepada satu keputusan mahkamah persekutuan untuk menyokong hujah beliau sambil bertegas pendirian DAP untuk membantah hukum hudud tidak akan berubah.

KARPAL SINGH / PENGERUSI DAP

"DAP belum post any intention by anyone normally PAS, by anyone to set an Islamic state that's our commitment right of the time. The constitution is very clear, this state is a secular state."

(Terjemahan: Itu merupakan pendirian DAP sejak ditubuhkan lagi. Undang-undang Islam tidak boleh diamalkan di negara sekular ini dan ia adalah jelas. DAP tidak akan berganjak dari pendirian.) Hudud di Kelantan.

Friday, September 23

JAWATANKUASA TERPILIH PARLIMEN: USAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH BN

Datuk Seri Maximus Ongkili (PENGERUSI JTP)
.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Terpilih Parlimen (JTP) mewakili Barisan Nasional (BN) untuk mengkaji dan menambah baik sistem serta proses pilihan raya negara.

Maximus yang merupakan wakil bagi Sabah dan Kadazan akan turut dibantu oleh empat (4) lagi wakil daripada parti komponen BN seperti berikut:-

Datuk Alexander Nanti Linggi (KAPIT) (Sarawak dan Iban)

Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad (KANGAR) (UMNO & Melayu)

Tan Sri Dr. Fong Chan Onn (ALOR GAJAH) MCA

P. Kamalanathan (HULU SELANGOR) (MIC)

Menurut Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin pelantikan mereka ini telah dipersetujui Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Bekalan dan Harga kali ke-3 semalam. (klik sini)

Usul-usul akan dibentangkan di Dewan Rakyat untuk dibahaskan awal bulan depan semasa berlangsungnya persidangan Dewan Rakyat bagi sesi akan datang. Ahli-ahli JTP itu akan diberi tempoh selama enam bulan untuk membincangkan secara khusus cadangan-cadangan penambahbaikan urusan pilihan raya di Parlimen sebelum diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

HUDUD: APA KATA KARPAL?

Gambar: Nik Aziz bila kata "NO" pada DAP...Apa komen DAP??
.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan parti itu tetap berhasrat menubuhkan negara Islam, termasuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan walaupun ditentang DAP. Menurutnya, sejak penubuhannya, PAS nekad menegakkan syiar Islam, malah di Kelantan parti itu sentiasa berusaha menjadikan Islam sebagai asas kehidupan.

“Kalau tidak mahu buat negara Islam, kita buat bumi sendiri, jangan menumpang bumi ALLAH (SWT), buat udara sendiri jangan menumpang udara ALLAH, buat matahari sendiri jangan menumpang matahari ALLAH, selagi kita menumpang di bumi ALLAH, maka agama yang ALLAH rasmikan ialah Islam,” katan Nik Aziz kepada media selepas Himpunan Kursus Peserta Kenegaraan 2011 di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan, semalam. (klik sini)

Menurut Nik Aziz lagi “saya tidak akan gunakan perkataan berkeras, saya guna berdialog, apa tidak kena dengan Islam?," katanya. "Sebelum ini, DAP dah keluar sekali masa APU (Angkatan Perpaduan Ummah), dia dah keluar sekali, tidak apa saya kata, ‘bye bye’ tidak ada apa, sekarang ni dia masuk balik,” katanya. Ditanya adakah PAS sedia sekiranya DAP akan bertindak keluar dari Pakatan Rakyat, Nik Aziz berkata: “Itu dia punya pasal”.
.
Nota: Karpal perlu jawab statement ini. Lepas ni nak langkah mayat siapa pula??

Wednesday, September 21

CABARAN KEPADA NIK AZIZ

Gambar: Jangan Asyik Teropong....Laksanakan Hudud!!!
.
Tamparan untuk Nik Aziz....Adakah beliau berani laksanakan HUDUD?....Dalam hal ini Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar, Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.
.
Menurut Tun Dr. Mahathir "saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi...ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud,” katanya ketika diminta mengulas hasrat PAS untuk melaksanakan hudud di negeri itu selepas menyampaikan syarahan perdana Za”ba di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini. klik sini
.

Tun Dr. Mahathir turut menempelak kerajaan Kelantan yang disifatkannya sebagai beriya-iya untuk mengamalkan undang-undang Islam tetapi pada masa sama gagal mengawal penduduk Kelantan sehingga menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun sejak 2008.

Renungan: Jika benar-benar Nik Aziz seorang tokoh agama, beliau perlu komen dan menegur kenyataan yang pernah dilemparkan Karpal Singh suatu ketika dahulu seperti keratan akhbar di bawah.

Tuesday, September 20

MCDONALD KEJUTKAN BARISAN PEGUAM ANWAR

Gambar: Dr. Brian McDonald
.

Fakta membuatkan McDonald terkandas dan Barisan Peguam Anwar gigit jari. Inilah hakikat yang berlaku terhadap Dr McDonald yang sebelum ini memberikan keterangan awal yang mengatakan bahawa kemerosotan akan berlaku kepada sampel DNA yang tidak dibekukan dengan serta-merta.

Dalam soal balas di Makhamah hari ini, air mani yang berada dalam dubur atau rektum boleh bertahan antara empat hingga 113 jam, kata pakar luar negara dari Australia iaitu Dr Brian McDonald. Lihat AIDCNews
.
Kenyataan Dr McDonald yang menjadi saksi bagi pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengejutkan Barisan Peguam Bela Ketua Pembangkang itu, kerana selama ini mereka mendakwa air mani hanya boleh bertahan selama 56 jam sahaja dan bukan 113 jam seperti yang dinyatakan Dr. McDonald.
.
Dr McDonald mengeluarkan kenyataan itu ketika dalam sesi pemeriksaan balas oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Datuk Mohd Yusof merujuk kepada Artikel 1997 yang bertajuk ‘Sexual Assault & Semen Persistence’ yang ditulis oleh GM Willot dan JE Ellard dan telah diterbitkan dalam jurnal perubatan. Datuk Mohd Yussof juga memberikan bukti bahawa terdapat tiga jurnal perubatan kes rogol luar negara yang menyatakan sel sperma mampu bertahan lebih daripada 100 jam.

NEGARA KEBAJIKAN KELANTAN JUGA S CLASS!!

Gambar: Mercedes Benz S Class Negara Kebajikan Kelantan
.
Hebat dan terbaik dari Kerajaan Negara Kebajikan PAS di Kelantan!! Ada GAYA, MUTU & KEUNGGULAN + SETAN (Pembaziran). Gambar di atas adalah kenderaan rasmi Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan (klik sini). Jika kita lihat pemilihan Mercedes Benz S Class oleh Kerajaan Negara Kebajikan PAS Kedah dan Kelantan ada persamaannya. Persamaannya adalah kedua-dua Menteri Besar ini adalah "orang tua" atau "veteran". Mungkin hanya Mercedes Benz S Class saja sesuai dengan umur dan keadaan kesihatan mereka sedangkan rakyat terus menderita dengan kemiskinan.

MERCEDES BENZ S 350: GAYA KEPIMPINAN NEGARA KEBAJIKAN

Gambar: Sinar Harian 20.09.2011
.
Inilah trend kepimpinan Negara Kebajikan PAS yang dicanangkan kepada masyarakat. Di Kedah untuk memperlihatkan kecantikan kepimpinan Negara Kebajikan, Menteri Besar iaitu Datuk Seri Azizan Abdul Razak menggunakan kereta Mercedes Benz Model S Class (350) untuk urusan pentadbiran Kerajaan Negeri. Harga kebajikan adalah lebih kurang RM 800,000 lebih (klik sini harga jualan).
.

Gambar: Kereta Mercedes Benz Model S Class

Persoalannya, kenapa beli Mercedes Benz Model S Class? Alasan diberikan adalah untuk tetamu kehormat yang datang ke Kedah. Habis tu kereta lain tak layaklah untuk tetamu kehormat? Mana pergi kereta-kereta Toyota Camry sebanyak lima (5) buah yang dibeli pada Ogos 2010? Mungkin harga Toyota Camry tidak mencapai standard Negara Kebajikan menyebabkan Mercedes Benz Model S Class menjadi pilihan PAS di Kedah.

TUAN GURU MAIN POLITIK

.
Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan untuk melaksanakan Hukum Hudud dilihat ingin menyelamatkan sesuatu atau seseorang dan bukannya ikhlas untuk perjuangan Islam. Kita sedari sekarang Pakatan Rakyat semakin tertekan secara diam dengan isu Mohamad Sabu dan Anwar Ibrahim. Pelbagai cara mereka gunakan untuk selamatkan Pakatan Rakyat. Antaranya:

a. Alihkan Isu: Manoharan

b. Alihkan Isu: Pemasuhan ISA

c. Alihkan Isu: Penundaan PRU 13

PAS juga telah menyedari bahawa populariti mereka di Kelantan semakin berkurangan dengan isu Mohamad Sabu (Bukit Kepong & Rakaman Perbualan Seks). Jadi senjata terakhir untuk mengekalkan sokongan pengundi Kelantan adalah memainkan isu Hudud yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz (beberapa hari lepas) dan bagi PAS mengekalkan kemenangan di Kelantan adalah lebih penting dari menjaga hati DAP yang sebelum ini menentang keras perlaksanaan Hudud.

Jadi, bagi PAS lebih baik menjaga rumah sendiri (Kelantan) seperti DAP menjaga rumah mereka di Pulau Pinang dan PKR menjaga rumah mereka di Selangor. Perjuangan sedemikian lebih berbaloi dari dirampas oleh pihak lain. INILAH POLITIK TUAN GURU NIK AZIZ....

HANTU BONCENG: HINA ISLAM?

Gambar: Hantu Bonceng
.
Filem Hantu Bonceng arahan sutradara terkenal Ahmad Idham didakwa telah memaparkan babak filem yang"berbaur penghinaan kepada Islam". Babak tersebut yang melibatkan dialog berbunyi "asyhadu anna Muhammadar syaitan" yang membawa maksud "aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan"

Filem komedi baru yang dibintangi pelawak terkenal Zizan Razak dilihat mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah secara tidak langsung. Sebagai umat Islam, pihak penerbit dan pengarahan filem ini perlu memohon maaf dan mengakui kesilapan yang dilakukan. Ini kerana kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa, justeru ia membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan.

Filem dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan.

Monday, September 19

MANOHARAN & MAT SABU: SATU PERSAMAAN

Gambar: ManoHARAM
.
Jika dinilai dan diteliti, kenyataan M. Manoharan (ManoHARAM) dan Mohamad Sabu (Mat Sabu) mempunyai satu kesamaan. Kesamaan tersebut adalah mereka berdua ingin MENGUBAH SEJARAH MALAYSIA. Bagi Mat Sabu, usaha bodoh beliau untuk mengubah sejarah Bukit Kepong telah dilakukan dengan disokong pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat. Manakala kenyataan M. Manoharan (DAP) yang mahu menukar Jalur Gemilang sekiranya memperoleh kuasa juga disokong tanpa bangkangan oleh pemimpin-peminpin Pakatan Rakyat.
.
Renungan: Kenyataan kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat ini bukan merupakan kenyataan peribadi tetapi sesuatu keputusan yang sudah dipersetujui dan dirancang rapi oleh Pakatan Rakyat. Sesuatu perkara yang melibatkan SEJARAH dan PERLEMBAGAAN tidak mampu ditanggung bersendirian kecuali secara sokongan berkumpulan. Bagi mereka khususnya Anwar Ibrahim, untuk menenggelamkan ISU BESAR (VIDEO SEKS) perlu ada SATU ISU BESAR lain dimainkan agar Pakatan Rakyat terus selamat untuk menghadapi PRU Ke 13 akan datang.

KLIP VIDEO: KENAPA TIDAK MAHU LAYAN?

Gambar: Harian Metro 19.09.2011 (Isnin)
.
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu melayan pendedahan klip video berwarna dalam sebuah blog yang didakwa membabitkan dirinya. Datuk Seri Anwar berkata blog tersebut menjadi alat parti politik kerajaan untuk menenggelamkan isu penting yang dibangkitkan Pakatan Rakyat (PR). Kata beliau lagi, tindakan terbaru itu adalah usaha blogger terbabit untuk mengaitkannya dengan tuduhan terlibat dalam aktiviti tidak bermoral seperti yang pernah didakwa sebelum ini.

Menurut Datuk Seri Anwar, moral ialah yang berkaitan dengan budi pekerti, minum arak, rasuah, zalim, aibkan atau fitnah orang. Habis tu, apakah pula tafsiran jika Pakatan Rakyat memfitnah Perdana Menteri dengan kes Altantuya dan sebagainya? Tidakkah itu MORAL? Apakah tafsiran pula jika Pakatan Rakyat melanggar undang-undang negara dengan mengadakan BERSIH 2.0? Tidakkah itu MORAL? Apakah pula tafsiran jika Pakatan Rakyat mengubah fakta sejarah dengan mendakwa komunis itu pejuang kemerdekaan? Tidakkah itu MORAL? Adakah image bogel / berzina di bilik hotel dengan seorang wanita juga tidak dianggap MORAL?

Sunday, September 18

MALAYSIAKINI MEMPERBODOHKAN PEMBACA



KEBODOHAN & DIPERBODOHKAN... Itulah Malaysiakini sebuah portal milik DAP yang telah memperbodohkan pembaca-pembacanya yang terdiri daripada penyokong Pakatan Rakyat (PR) kononnya pakaian yang dipakai oleh Eskay dan Anwar tidak sepadan dengan CCTV yang diambil dalam bilik semasa Anwar melanggan pelacur Cina.
.
Untuk membuktikan dakwaan Malaysiakini ini meleset, mari kita belajar bagaimana CCTV yang mempunyai IR Infrared beroperasi. Ini adalah gambar yang diambil sebelum CCTV yang menggunakan operasi IR atau Infrared camera ini pula gambar yang diambil semasa CCTV yang menggunakan operasi IR atau Infrared camera, bandingkan warna baju dan seluar serta wajahnya pun bertukar. Inikah yang Malaysiakini pertikaikan.

Mari kita belajar bagaimana CCTV yang mempunyai IR Infrared beroperasi.
.
.
Gambar 1: Gambar yang diambil sebelum CCTV yang menggunakan operasi IR atau Infrared camera.
.
.
Gambar 2: Gambar yang diambil semasa CCTV yang menggunakan operasi IR atau Infrared camera, bandingkan warna baju dan seluar serta wajahnya pun bertukar. Inikah yang Malaysiakini pertikaikan. Pembuktian lanjut mari kita lihat video di bawah:-
.

Sumber: klik sini

BN CEMERLANG: THE GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2011-2012

.
Kedudukan Index Daya Saing Malaysia (The Global Competitiveness Report 2011-2012) telah melonjak ke tempat ke-21 daripada ke-26 sebelum ini, sekali gus meletakkannya sebaris negara maju utama dalam senarai 25 negara paling berdaya saing di dunia.

Di kalangan negara di Asia Pasifik, Malaysia adalah yang keenam paling berdaya saing selepas Singapura, Jepun, Hong Kong, Taiwan dan Australia, manakala di kalangan negara ASEAN pula di tempat kedua selepas Singapura.
Di tempat ke-21 itu, Malaysia mengatasi lima negara yang sebelum ini berada di kedudukan lebih baik iaitu Israel (ke-22), Luxembourg (ke-23), Korea (ke-24), New Zealand (ke-25) dan Emiriah Arab Bersatu (ke-27). klik sini
.
Kedudukan daya saing 142 negara yang dikaji WEF itu adalah berdasarkan kepada Indeks Daya Saing Global (GCI yang diukur menggunakan 12 teras utama iaitu Institusi, Infrastruktur, Persekitaran Ekonomi Makro, Kesihatan & Pendidikan Sekolah Rendah, Pendidikan Tinggi & Latihan, Kecekapan Pasaran Barangan, Kecekapan Pasaran Buruh, Pembangunan Pasaran Kewangan, Kesediaan Teknologi, Saiz Pasaran, Kecanggihan Perniagaan serta Inovasi. TAHNIAH BARISAN NASIONAL!!

Saturday, September 17

100 % ANWAR?

Jika ada yang mengatakan imej di dalam video ini (bawah) bukan Anwar atau mirip Anwar, kita mungkin boleh terima. Tetapi yang nyata dan tepat sekali individu bersama individu (dikatakan Anwar) di dalam video ini tidak lain tidak bukan adalah Dato' Eskay. Jadi, tanya Dato' Eskay siapa bersama beliau dalam video tersebut...(Maklumat lanjut: klik papagomo.com)
.

DSAI DENGAN WANITA THAILAND?

Blog Papagomo hari ini telah mendedahkan video DSAI sedang memasuki lif di sebuah apartment bersama Dato' Eskay. Dalam twitternya (atas), Papagomo telah menyatakan video tersebut adalah aksi dengan 2 orang wanita Thailand.

DSAI juga masih belum lagi menunjukkan di mana jam Omeganya. Anwar juga gagal membuktikan pada 22hb Februari 2011, beliau tidak berada bersama dengan Dato' Eskay. Anwar juga ditanya di mana beliau berada pada 12hb dan 13hb Januari 2011. Tidak mengapa, Anwar punyai Johari Abdul yang boleh menghasilkan video klip bagi membantunya. Apakah kali ini hujah perut buncit dan sedang update twitter akan digunakan sekali lagi oleh DSAI? (maklumat lanjut: klik sini)

BAKAL HAJI DIMINTA JAGA NAMA BAIK NEGARA


DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (gambar) menasihati bakal-bakal haji supaya menjaga nama baik negara dengan tidak membabitkan diri dalam kegiatan negatif ketika berada di Tanah Suci.
.
Dengan bilangan besar umat Islam seluruh dunia berkumpul di Tanah Suci, mereka perlu mengelak daripada menyertai perhimpunan haram yang dianjurkan pihak tertentu kerana tanggungjawab utama bakal Haji ialah untuk menunaikan fardu Haji dan bukan dengan maksud lain, titah baginda semasa merasmikan Kursus Haji Perdana Peringkat Negeri Perlis malam tadi yang turut dihadiri YAB Dato' Seri Dr. Md. Isa Sabu, Menteri Besar Perlis.
.
Sehubungan itu, mereka perlu mematuhi segala undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi dan tindak tanduk yang membelakangi undang-undang negara itu bukan sahaja akan menyusahkan diri sendiri malah Tabung Haji.
.
Raja Perlis turut menasihati bakal-bakal Haji supaya menjaga kesihatan sebaik mungkin bagi membolehkan mereka dapat mengerjakan ibadat Haji dengan sempurna. (Sumber: Bernama)

I.S.A RELEVAN: SINGAPURA

Gambar: Kempen DAP Pulau Pinang Tolak ISA. PAP Singapura Sokong ISA
.

Selepas pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh Perdana Menteri dilihat sebagai satu perubahan besar dalam undang-undang negara serta relevan dengan situasi keselamatan negara pada masa kini.

Jika kita teliti Akta ISA ini sudah lama digunakan bagi menangani kegiatan subversif di negara ini dan (pemansuhan) ini dilihat sesuai serta kena pada keadaannya kerana sebelum ini pun ada pihak yang mempersoalkan ketidakwajaran Akta ISA khususnya PEMBANGKANG (DAP, PAS & PKR)

Tetapi apa yang terjadi di Singapura khususnya Kerajaan Pimpinan PAP (sekutu kuat DAP)? Berkaitan Akta ISA ini, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MHA) Singapura menyatakan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih terus relevan dan penting sebagai usaha terakhir memelihara keselamatan negara. Ini bermaksud, jika Akta ISA dianggap satu bentuk undang-undang yang menzalimi rakyat di Malaysia oleh DAP, bagaimana pula Akta ISA di Singapura? Adakah akta tersebut tidak menzalimi rakyat?

MHA berkata, Akta ISA hanya diguna pakai untuk menangani ancaman subversif, pelampau kaum dan agama seperti menghasut kebencian kaum dan agama, keganasan, pengintipan dan terorisme. Menurut MHA Akta ISA di Singapura dan Malaysia mungkin mempunyai persamaan ketika di bawah jajahan British tetapi kedua-dua negara dan fabrik masyarakat dan politik telah berubah mengikut peredaran masa. (klik sini).

Renungan: Inilah kepura-puraan Pakatan Rakyat (PR) khususnya DAP. PR akan berasa selesa apabila Akta ISA dimansuhkan. Inilah masa dan peluang mereka untuk bertindak melangkaui norma etika masyarakat seperti rusuhan, mencabar perlembagaan, menghina Institusi DiRaja dan sebagainya. Diharap akta yang menggantikan Akta ISA akan lebih tegas dan tidak memberi peluang kepada sesiapa pun yang ingin melihat Malaysia runtuh.

Wednesday, September 14

TSU KOON LIABILITI BN?

Gambar: Tsu Koon Liabiliti?

LIABILITI atau POPULARITI? Itulah situasi yang perlu dinilai dengan sedalam-dalamnya oleh Barisan Nasional (BN) mengenai Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Dalam hal ini desakan dari kelompok tertentu masyarakat Cina terus menerus diterima BN agar Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dipecat daripada memegang sebarang jawatan sama ada dalam parti atau Kabinet jika Barisan Nasional (BN) mahu merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Desakan kali ini adalah dari Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang mendakwa Tsu Koon bukan lagi pilihan rakyat negeri ini terutama kaum Cina malah kehadirannya pada program BN hanya mencacatkan usaha bagi memulihkan sokongan terhadap parti.

Tegas beliau, peluang untuk merampas semula Pulau Pinang sebenarnya cerah tetapi ia bergantung kepada sejauh mana seriusnya usaha BN menggantikan Tsu Koon yang kini dilihat hanya menjadi LIABILITI BESAR dalam parti.

''Kita lihat kelmarin, hampir 25,000 orang datang memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka yang diadakan di Guar Perahu meskipun kawasan itu diwakili Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini satu petanda yang cukup menarik dari segi politik untuk BN".

''Malangnya, kehadiran Tsu Koon pada hari itu tidak dialu-alukan rakyat negeri ini. Berdasarkan maklum balas akar umbi, ramai yang marah dan tidak gembira apabila melihat dia (Tsu Koon) berada di samping Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan kerana yang menentangnya bukan hanya orang Melayu malahan orang Cina sendiri", katanya kepada Utusan Malaysia. klik sini.

Jika benar dakwaan Tan Tee Beng, Perdana Menteri perlu lakukan sesuatu untuk terus mendapat sokongan masyarakat Cina di Pulau Pinang.

Tuesday, September 13

LAPORAN AUDIT DALAM: APA KATA KHALID??

Gambar: Ego Khalid Makan Diri
.
Bahagian Audit Dalaman, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan laporan audit ke atas Yayasan Selangor. Inilah yang berlaku terhadap penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh pihak pengurusan Yayasan Selangor di bawah naungan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid. Penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan tertumpu kepada majlis-majlis yang dianjurkan oleh Yayasan berkenaan sepanjang tahun 2010. Antara penyelewengan yang dikenalpasti oleh Bahagian Audit Dalam ini adalah:
.
a. Sambutan Majlis Ulang Tahun Ke 40 Yayasan Selangor
b. Pertandingan Memancing Ulang Tahun ke 40 Yayasan
c. Majlis Berbuka Puasa
d. Majlis Jamuan Aidil Fitri
e. Majlis Korban Perdana
.
Baca artikel penuh di sini (klik). Inilah hakikatnya yang berlaku kepada Pakatan Rakyat yang dikatakan memperjuangkan integriti, demokrasi, telus dan sebagainya. Seperti Mat Sabu, Khalid perlu tampil dan menjawab perkara ini. Jika tidak, Khalid perlu bertanggungjawab dan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

MAT SABU PERLU BERSUMPAH & NAFI!!

Gambar: Mohamad Sabu. Kenapa "No Komen"?..Kenapa Tidak Bersumpah / Nafi / Saman?
.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu enggan memberi sebarang komen berhubung rakaman perbualan telefon berunsur seks di laman YouTube.com yang didakwa suaranya dengan seorang wanita. "No komen," katanya kepada sekumpulan wartawan yang hadir pada jamuan hari raya anjuran Pas Pusat di Taman Melewar petang semalam seperti dipetik di AgendaDaily hari ini.

Menurut portal berita AgendaDaily itu, Mohamad atau Mat Sabu menyebut perkataan tiada komen ("No Komen") sebanyak tiga kali (3 kali) apabila wartawan bertanya kepadanya tentang isu tersebut.

Soalan pertama yang ditanya ialah sama ada beliau sudah mendengar rakaman itu dan dijawabnya "TIADA KOMEN". Beliau juga menjawab TIADA KOMEN apabila ditanya sama ada mahu menafikan suara di dalam rakaman itu atau sebaliknya.

Sekali lagi Mat Sabu berkata TIADA KOMEN komen ketika ditanya mahu menyaman pihak yang menyiarkan rakaman itu. Portal berita tersebut mendakwa, nadanya agak serius apabila menjawab soalan yang ketiga itu. Sebelum ini Mohamad dan Normah Abdul Halim pernah ditahan atas tuduhan berkhalwat kerana berdua-duaan di bilik 121 Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.

Bagaimana kedua-duanya dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan tersebut kerana kekurangan bukti. NORMAH PADA MASA ITU BERSTATUS ISTERI ORANG. Kenapa Mohamad Sabu tidak BERSUMPAH atau MENAFIKAN atau SAMAN perkara ini kerana ia mencemarkan imej PAS sebagai sebuah parti perjuangkan Islam???

Monday, September 12

CUKAI 6% DITANGGUH - KEPUTUSAN BIJAK


Sekali lagi keperihatinan Kerajaan telah meringankan beban masyarakat yang menggunakan perkhidmatan talian telefon prabayar. Tindakan syarikat telekomunikasi untuk mengenakan cukai tambahan sehingga 6% kepada pengguna dapat ditunda kepada satu keputusan yang akan dimaklumkan kelak oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).
.
Keputusan penangguhan ini dicapai selepas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengadakan pertemuan bersama beberapa syarikat telekomunikasi di sini hari ini. Kajian berhubung caj tersebut akan dilakukan pihak SKMM dan syarikat komunikasi terlibat.