Tuesday, March 10

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI GAMIT PAS UNTUK BERSATU


Salehuddin Ayub, Ketua Dewan Pemuda Pas, berkata PAS bersedia bersama Kerajaan untuk berbincang menangani masalah ekonomi negara dengan mengetepikan kepentingan dan ideologi politik. Salehuddin berkata "Saya mewakili PAS bersedia pada bila-bila masa saja di atas jemputan Kerajaan yang mahu pihak pembangkang mengetepikan kemelut politik dengan bersama-sama menyumbang idea bagi memulihkan ekonomi negara. Menurut beliau lagi "Kita bersetuju bersemuka dan berbincang jika kerajaan meletakkan semua perkara dalam prinsip ketelusan supaya pakej rangsangan bernilai RM60 bilion ini berjaya," katanya ditemui di lobi Parlimen.

Salehuddin berkata lagi, PAS yakin pakej rangsangan ekonomi kedua berjumlah RM60 bilion mampu menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini, sekali gus merancakkan ekonomi negara.

Renungan: Adakah DAP dan PKR akan mengikut jejak langkah PAS untuk bersama-sama Kerajaan BN memulihkan ekonomi Malaysia?

Monday, March 9

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL


Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Untuk itu, kepada umat Islam marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dan sentiasa menjaga ikatan persahabatan sesama Muslim.

Sunday, March 1

‘BUMIPUTERAISME’ = APARTHIED??


Benarkah "Bumiputeraisme" di Malaysia boleh disamakan dengan dasar "Apartheid" yang pernah berlaku di Afrika Selatan? Jika kita renungi makna "Apartheid" itu sendiri, ia bermaksud pemisahan dalam bahasa Africaans. "Aparteid" merujuk kepada pemisahan kaum kulit putih dari kaum bukan kulit putih. Dalam dasar "Aparteid", kaum bukan kulit putih (terutamanya kaum kulit hitam) dianggap sebagai lebih rendah dan diberi layanan kelas kedua dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan.

Jadi' adakah kenyataan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Dr. Boo Cheng Hau menyamakan amalan ‘bumiputeraisme’ dengan dasar "aparteid" ada kebenarannya? Adakah Kaum Cina, India dan bangsa lain dipinggirkan secara total di Malaysia? Sebenarnya, banyak ruang dan peluang yang telah diberikan oleh Kerajaan kepada golongan bukan Bumiputera khususnya dalam pendidikan, ekonomi, dan politik yang tidak ada dalam dasar "Aparthied". Jika benar wujudnya dasar "Aparthied" ini, negara atau rakyat yang boleh kita semua persalahkan adalah Israil dan bukannya Malaysia.