Friday, October 31

MASIHKAH ADA HARAPAN?


Peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya Shaariibuu dan Kerajaan Mongolia, Karpal Singh, berkata beliau akan menulis surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk menggesa pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan membebaskan Abdul Razak Abdullah Baginda. Karpal berkata, bapa Altantuya, Dr Shaariibuu Setev tidak perlu kecewa dengan keputusan mahkamah semalam kerana pihak pendakwaan mempunyai tempoh 14 hari untuk membuat rayuan. (Sumber: BH)

Menurut Karpal, "Keputusan ini belum berakhir kerana pihak pendakwaan boleh mengemukakan rayuan terhadap keputusan hari ini. Saya akan tulis surat bagi pihak keluarga Altantuya dan Kerajaan Mongolia," katanya di luar mahkamah (Sumber: BH). Persoalannya, adakah pembebasan ini masih belum boleh dikatakan bebas? Apakah peluang terakhir Abdul Razak Baginda akan berpihak kepada beliau atau sebaliknya jika rayuan Karpal diterima?......apa akan terjadi seterusnya jika pihak pembelaan bagi dua tertuduh, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Koperal Sirul Azhar Umar memanggil sesiapa saja untuk memberi keterangan termasuk memanggil Raja Petra Kamarudin yang kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)?

Sunday, October 26

BILA PERLEMBAGAAN TIDAK DIENDAHKAN

Georgetown
Kerajaan Persekutuan digesa menimbangkan untuk membawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke muka pengadilan kerana membenarkan pemasangan papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di kawasan tapak warisan di Georgetown. Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, kerajaan negeri itu perlu dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan kerana secara terang-terangan melanggar semangat perlembagaan dan undang-undang negara. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Gabungan Penulis Nasional (Gapena) berkata, undang-undang dan perlembagaan meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa-bahasa lain boleh digunakan dan dipelajari bukan secara rasmi oleh individu dan kaum-kaum. “Langkah memasang tanda jalan dalam bahasa lain adalah satu perbuatan yang tidak patut dilakukan. Seluruh rakyat Malaysia mesti menolak usaha yang menyamaratakan bahasa kebangsaan dengan bahasa lain. (Sumber: Utusan)

Selain itu, dalam hal ini, PAS membantah penamaan jalan dengan pelbagai bahasa di Georgetown seperti mahu dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Pengerusi Perpaduan Nasional PAS Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan usaha Exco Kerajaan Tempatan Negeri Chow Kon Yeow "menjejaskan reputasi Bahasa Malaysia" dan boleh "menggadaikan martabat bahasa kebangsaan"."Walaupun niat untuk mempromosikan warisan sejarah nama tersebut bersesuaian dengan ciri-ciri budaya di kawasan itu, namun kegunaan bahasa lain daripada bahasa kebangsaan akan menjejaskan reputasi Bahasa Malaysia," kata Dr Mujahid. (Sumber: Malaysiakini)

Monday, October 13

BELANJAWAN 2009 YANG BARU???

WASHINGTON 13 Okt. – Spekulator mata wang, George Soros membidas Amerika Syarikat (AS) dan Eropah kerana lambat bertindak menangani krisis kewangan global. Beliau berkata, Setiausaha Perbendaharaan AS, Henry Paulson jelas sangat lambat bertindak dan enggan mengambil tindakan ke atas krisis itu kerana beliau “seorang fundamentalis pasaran”. “Ini merupakan krisis kewangan paling buruk dalam hidup saya. Saya tidak pernah menyaksikan keadaan seperti ini sebelum ini dan saya tidak mungkin menyaksikannya lagi. “Para pengurus kewangan merupakan pihak yang bertanggungjawab ke atas malapetaka ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Mesyuarat Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) di sini. (Sumber: Utusan Malaysia)

Adakah kecaman ini (George Soros) telah menyokong kepada tindakan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menggesa Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak mengemukakan Belanjawan 2009 yang baru atau melakukan pindaan ke atas belanjawan berkenaan untuk dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat. Selain itu, menurut Dato' Seri Anwar Ibrahim, belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu juga Menteri Kewangan pada September lalu tidak lagi relevan disebabkan krisis kewangan dan ekonomi dunia yang turut dialami negara pada ketika ini.

Saturday, October 11

SIAPAKAH PILIHAN PEMUDA UMNO?

YB Datuk Mukhriz Mahathir
Ahli Parlimen Jerlun

YB En. Khairy Bin Jamaluddin
Ahli Parlimen Rembau
Nampaknya kedua-dua calon ini bersaing sengit untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Masing-masing mempunyai kekuatan dan pengaruh tersendiri. Kewibawaan kedua-dua calon ini diharap dapat memberi satu imej yang bersih, cekap, integriti, telus dan mengutamakan kepentingan parti pada masa hadapan. Golongan pemuda dan belia di negara ini amat memerlukan seorang ketua dan pemimpin yang dapat memberi kemajuan kepada bangsa, agama dan negara. SEMOGA BERJAYA.

Friday, October 10

PERJUANGAN UNTUK PERLIS TERCINTA

YAB Dato' Seri Dr. Md. Isa Bin Sabu
Menteri Besar Perlis

YB Dato' Seri Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad
Ahli Parlimen Kangar

Pengumuman untuk bertanding Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO oleh kedua-dua pemimpin ini akan memberi satu imej yang amat berprestij dan menjadi kebanggaan kepada rakyat Perlis. Arus politik perdana dewasa ini dilihat telah menggamit kedua-dua pemimpin ini untuk mengembalikan kegemilangan perjuangan UMNO Perlis yang dilihat perlu kepada pembaharuan dan penyatuan semua ahli UMNO hingga ke akar umbi. RAKYAT PERLIS TETAP MEMBERI SOKONGAN PADU KEPADA KEDUA-DUA PEMIMPIN INI. SELAMAT MAJU JAYA!

Wednesday, October 8

PAK LAH TIDAK PERTAHAN JAWATAN

Seperti yang telah diduga, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac tahun depan. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini (Sumber: Utusan). Inilah sikap yang seharusnya dipuji dan dicontohi oleh semua orang khususnya ahli-ahli politik. Semua individu seharusnya mengutamakan tanggungjawab menjaga bangsa dan agama daripada menjaga kepentingan diri sendiri.

Tuesday, October 7

AKHIR ZAMAN....

Tumbangnya patung Saddam Hussien di Pusat Kota Baghdad. Inilah akibat mendewa-dewakan pemimpin. Fikirlah wahai saudaraku (Islam)

Pembinaan replika gergasi gambar penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Caves, Kuala Lumpur. Adakah ini petanda
kemurkaan Allah SWT seperti mana yang
dilalui oleh Saddam Hussien?

Monday, October 6

DI MANAKAH MARUAH SEORANG PEMIMPIN??




Keputusan YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Jabatan Perdana Menteri) dan YAB Dato' Seri Mohd Ali Rustam (Naib Presiden UMNO / Ketua Menteri Melaka) bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dilihat satu keputusan yang berani tetapi tidak terlalu bijak. Kenapa keadaan ini berlaku? Walaupun apa jua strategi atau muslihat disebalik keputusan ini, kedua-dua pemimpin ini telah menonjolkan satu contoh yang tidak matang dan memberi tanggapan negatif kepada UMNO sendiri. Pertama: YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi belum mengumumkan sama ada beliau akan mempertahankan jawatan Presiden atau tidak. Ini menunjukkan kedua-dua pemimpin ini terlalu gelojoh dan tidak menghormati pemimpin. Kedua: Kenyataan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin (Naib Presiden UMNO) yang mengatakan bahawa beliau akan mengumumkan sama ada bertanding atau tidak bergantung kepada pengumuman Presiden, mengukuhkan lagi tanggapan bahawa kedua-dua pemimpin ini terlalu rakus dengan jawatan sehingga mengetepikan pengumuman Presiden. Ketiga: Pengumuman oleh YB Dato' Seri Shahidan Kassim (Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis) bahawa beliau akan memberi sokongan kepada Zahid Hamidi, sekali lagi akan meruntun nilai hormat kepada pucuk pimpinan parti khususnya Presiden yang masih belum mengumumkan keputusan sama ada bertanding atau tidak. Dengan ketiga-tiga faktor ini, kita boleh menilai sikap-sikap pemimpin UMNO yang kurang menganalisa dan mendalami tatasusila sehingga sanggup mengetepikan ketua untuk kepentingan sendiri.