Sunday, August 31

16 SEPT...KENYATAAN ATAU ANGAN-ANGAN?

Adakah hasrat membentuk Kerajaan baru pada 16 September 2008 ini akan menjadi kenyataan? Dalam hal ini, menurut anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, hasrat Pakatan Rakyat (PR) untuk membentuk kerajaan pada 16 September ini dilihat amat sukar untuk menjadi kenyataan. Ini kerana, persefahaman dalam parti yang berada di bawah pakatan itu yang terdiri dari PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat masih belum begitu utuh dan kuat. Menurut pandangan lain, pelbagai perkara masih tidak ada sebarang persepakatan dalam PR khususnya berkaitan hak-hak orang Melayu dan sebagainya. Apa pandangan anda mengenai perkara ini?

Friday, August 29

SIAPA YANG TIDAK DEMOKRASI?

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang sekali lagi bertindak keluar dari Dewan Rakyat jam 5.45 petang (semalam), selepas tidak berpuas hati dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamid Albar, yang enggan melayan desakan mereka supaya Rang Undang-Undang DNA dirujuk kepada jawatankuasa pemilihan. Syed Hamid yang menggulung pembahasan rang undang-undang itu enggan melayan desakan pembangkang yang mengganggunya supaya merujuk perkara itu kepada jawatankuasa pemilihan. Pembangkang yang diketuai Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa sebelum itu mendakwa rang undang-undang itu terdapat banyak kelemahan serta kecacatan yang perlu diteliti oleh jawatankuasa pemilihan. (Sumber: BH)

Apakah jenis budaya yang ditonjolkan oleh Pembangkang dalam situasi ini? Mereka harus mendengar dan meneliti pembentangan Rang Undang-Undang tersebut dan memberi peluang kepada Menteri terbabit untuk memperjelaskan dengan terperinci apa yang ingin dibentangkan.

Thursday, August 28

SIAPAKAH YANG PALING LAYAK KETUA PEMBANGKANG?

Tuan Guru Nik Aziz

Lim Kit Siang

Tuan Guru Dato' Seri Hadi Awang

Dato' Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan menghormati keputusan Pakatan Rakyat memilih Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Tetapi dalam hal ini adakah adil bagi pemimpin lain (selain Anwar) dalam Pakatan Rakyat yang dilihat mempunyai keperibadian, imej bersih, dihormati dan disanjungi oleh orang ramai dipilih sebagai ketua? Kenapa tidak Tuan Guru Nik Aziz atau Dato' Seri Hadi Awang (pernah menjadi Ketua Pembangkang 1999-2004)? bukankah PAS mempunyai keahlian yang tinggi dalam Pakatan Rakyat khususnya bagi orang-orang Islam Melayu? Di manakah kekuatan PAS untuk bersuara dalam hal ini? Kenapa harus Anwar? Jika alasan penggiliran kerana PAS dan DAP pernah memegang jawatan tersebut, kenapakah PAS sanggup berdiam diri dalam isu-isu hak Melayu dan agama Islam?

Wednesday, August 27

ANWAR TIDAK MUNGKIN JADI PM - MAHATHIR


PUTRAJAYA 27 Ogos - Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri seperti yang diharap-harapkannya pada 16 September ini tidak mungkin akan menjadi kenyataan walaupun berjaya memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh semalam. Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau percaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak mampu mendapatkan sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk melompat parti bagi membentuk kerajaan Pusat.
Renungan: Pembangkang dah menakluki Permatang Pauh, siapa yang harus kita persalahkan. Jika Pembangkang juga menakluki Kerajaan selepas ini, siapa pula yang harus dipersalahkan. Sejauh mana kebenaran pandangan Tun Dr. Mahathir dalam perkara ini, kita tunggu dan lihat.

NALLA VS ANWAR

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyerahkan surat saman kepada rakan sepermainan tenisnya, Datuk S Nallakarupan kerana mendedahkan beliau menerima RM60 juta wang dari syarikat judi Magnum Corporation. Perkara ini diberitahu sendiri oleh Nallakarupan bahawa beliau telah menerima surat saman itu yang menuntut beliau membayar ganti rugi sebanyak RM50 juta. Peperangan di Permatang Pauh sudahpun selesai, sekarang kita tunggu pula peperangan di dalam mahkamah antara dua orang bekas rakan karib ini.

Tuesday, August 26

ANWAR KE PARLIIMEN

Dato Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen! beliau telah dapat mengharungi pelbagai situasi yang genting. Dari isu DNA, komplot Yahudi, liwat, mencabar hak-hak orang Melayu dan sebagainya, pengundi masih belum lagi dapat dipengaruhi untuk terus menyokong Kerajaan. Penasihat PKR itu menang dengan majoriti 15,671 undi pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh. Anwar memperoleh 31,195 undi, sementara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah mendapat 15,524 undi. Sekarang tibalah masanya, Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan (BN) memainkan peranan mereka dengan sebaik mungkin untuk berdepan dengan segala isu yang dibangkitkan kumpulan pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim.

RANG UNDANG-UNDANG DNA 2008


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini membentangkan Rang Undang-Undang DNA 2008 yang sebelum ini mencetuskan pelbagai reaksi, di Dewan Rakyat. Apabila diluluskan kelak, akta itu akan mewajibkan penjenayah memberi sampel DNA kepada pihak berkuasa mengambil dan menyimpan profil DNA berkenaan di dalam satu pangkalan data. Bagaimanapun, pembentangan hari ini mendapat bantahan Ahli Parlimen pembangkang yang menganggapnya sebagai tindakan tergesa-gesa dan bermotif politik.

Kenapa Ahli Parlimen Pembangkang membantah pembentangan Rang Undang-Undang ini?

JANGAN PERTIKAI HAK MELAYU

SHAH ALAM 25 Ogos - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Syed Putra Jamalullail mengingatkan semua pihak agar tidak sama sekali mempertikaikan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan hak istimewa orang Melayu.
''Jika Perkara 153 ternyata dapat mengekalkan perpaduan masyarakat selama hampir 51 tahun, kenapa ia perlu diubah hanya kerana faktor masa, tekanan dan kepentingan yang belum pasti sesuai dengan norma dan nilai negara kita,'' titah baginda.

Baginda juga bertitah, polisi yang digubal kerajaan termasuk Dasar Pendidikan Negara, Dasar Buku Hijau dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi merapatkan jurang perbezaan ekonomi dan taraf hidup antara kaum yang kelihatan memberi kelebihan kepada kaum Melayu, tetapi turut memberi manfaat kepada kaum lain. (Sumber: Utusan)
Renungan: Dah ada tindakan yang cuba untuk merampas hak-hak orang Melayu Malaysia. Kenapa hak Melayu harus dihapuskan sedangkan Malaysia adalah negara majoriti Melayu.

Monday, August 25

GILIRAN ANWAR PULA BERHADAPAN BPR

Sudah ramai tokoh-tokoh terkenal negara telah dipanggil BPR angkara laporan yang dibuat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Antaranya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dan Peguam Negara, Tan Sri Abd Ghani Patail. Tun Dr. Mahathir Mohamad juga tidak berkecuali untuk berhadapan dengan BPR jika terdapatnya apa-apa dakwaan yang ditujukan kepada beliau. Inilah bukti bahawa Kerajaan adalah telus dalam mana-mana kes yang melibatkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Dalam hal ini, jika benarlah pendedahan yang dibuat oleh Datuk S. Nallakarupan iaitu yang mendakwa bekas sahabatnya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menerima wang sebanyak RM60 juta daripada Magnum Corporation Bhd., laporan kepada BPR seharusnya disegerakan dan siasatan perlu dijalankan.

DI MANAKAH SILAPNYA ISLAM DAN MELAYU?

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (tiga dari kiri) mengucapkan tahniah kepada Naib Pengerusi DAP, Tengku Abdul Azizz (kanan) sambil diperhati oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Majlis Tertinggi Parti di sidang media selepas pengumuman di Kongres Kebangsaan DAP ke-15.
Renungan: Dalam beribu-ribu cendikiawan Islam (Melayu), beribu-ribu ulama (Melayu), beribu-ribu ahli politik Islam (Melayu) dan beberapa pertubuhan politik berteraskan perjuangan Melayu, DAP yang dipilih oleh Tengku Abdul Azizz.....

Sunday, August 24

PUKUL JURUGAMBAR: PELAJAR IPTA DITAHAN

BUKIT MERTAJAM 23 Ogos - Seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditahan semalam kerana disyaki terlibat dalam kejadian memukul dua jurugambar di sini pada 16 Ogos lalu (Hari Penamaan Calon Permatang Pauh). Pegawai Perhubungan Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Supritendan Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, suspek berusia 22 tahun itu adalah seorang penduduk tempatan. (Sumber: Utusan Malaysia).

Jadi perlukah AUKU (Akta Universiti Kolej Universiti) dihapuskan seperti mana yang diminta oleh kebanyakan Persatuan Pelajar?

UGUTAN BUNUH KEPADA SEORANG BEKAS PEMBELA ANWAR

Inilah dunia politik. Ezam merupakan seorang pengikut Anwar Ibrahim yang cukup taat dan setia. Lihatlah gambar di atas. Beliau pernah ditahan kerana Anwar. Sekarang apabila tidak sehaluan lagi, Ezam, isteri, anak dan keluarga diancam bunuh jika terus berkempen di Permatang Pauh. Kenapalah penyokong PKR begitu takut sangat dengan Ezam?

Thursday, August 21

PENGKHIANAT BANGSA....

TINDAKAN YANG SANGAT KURANG AJAR!!! Jika tindakan sebuah laman blog meminta rakyat mengibar Jalur Gemilang secara terbalik sebagai tanda tidak puas hati dengan apa yang berlaku dalam kerajaan, ini menunjukkan penulis blog tersebut (jika warga Malaysia) adalah seorang yang boleh digelar sebagai PENGKHIANAT BANGSA....Kenapa harus digadaikan negara demi kepentingan politik yang sempit.





RENUNGAN UNTUK SEMUA....

Tindakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menahan dua orang Exco Kerajaan Negeri Perak bersama empat orang lagi ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki terlibat dalam sogokan wang lebih RM100,000 dan seks bagi mempercepatkan kelulusan satu projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar. Seorang lagi anggota Exco Perak juga turut ditahan kerana disyaki terlibat sama dalam kegiatan rasuah tersebut. Bagaimanapun, namanya belum dapat didedahkan kerana perintah tahanan reman belum diperoleh oleh BPR.
Sembang Kedai Kopi: Selepas menguasai beberapa negeri (Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan) inilah contoh pertama yang ditunjukkan daripada Kerajaan Pembangkang dalam mentadbir negeri. Bagaimana jika mereka dapat mengusai Malaysia?

Sunday, August 17

CONTOHI KETERBUKAAN KHALIFAH UMAR???

Walaupun terus didesak memohon maaf berhubung cadangannya supaya Universiti Teknologi MARA (UiTM) membuka pintu kepada pelajar asing dan bukan bumiputera, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu rakyat negara ini bersikap terbuka dalam bidang keilmuan dengan mencontohi sikap Khalifah Umar Abdul Aziz dalam membina tamadun Islam. Beliau juga meminta mereka mencontohi polisi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang membuka pintu kepada pelajar asing sehingga mampu melahirkan graduan bertaraf antarabangsa sekaligus membolehkan pelajar Melayu dapat bersaing dengan minda mereka lebih terbuka. Abdul Khalid berkata sikap keterbukaan Umar telah menjadikan minda baginda global sehingga dapat mengetahui tahap keupayaan keilmuan umat Islam untuk bersaing dengan bijak pandai dari negara luar. (Sumber: Berita Harian)
Fikirlah:...Isu 10% kouta UiTM diberikan kepada bukan Melayu dan pelajar asing, TAPI isu kandang BABI tak ikut pendekatan ISLAM..!!! Dunia sekarang dah mahu kiamat.

TALAM DUA MUKA........

Sebenarnya manusia yang baik dan gagah adalah mereka yang mempunyai pendirian dan tidak suka kepada gaya hidup hipokrit. "Talam Dua Muka" adalah satu ungkapan dari perpatah Melayu yang bermaksud orang yang tidak boleh dipercayai. Jika di zaman Jepun dahulu, talam dua muka ini diberikan kepada talibarut Jepun yang menjadi pengkhianat bangsa. Selalunya sebab-sebab manusia menjadi insan "Talam Dua Muka" ini atas faktor: (1) Menjaga perut sendiri bukan bangsa sendiri (2) Tidak boleh tengok wang (alergi) (3) Pengecut (4) Mempunyai agenda tersendiri (5) Terhutang budi. TETAPI DALAM DUNIA POLITIK MODEN, JIKA ANDA SEORANG YANG BERTALAM DUA MUKA, ANDA AKAN TERIMA KESAN DARI TINDAKAN ANDA SENDIRI.....(jangan takut jika anda di pihak talam satu muka)....(Sumber: Orang Tua2)

PEMIMPIN YANG BERJIWA RAKYAT

Sebelum ini cakap-cakap politik mempertikai perlantikan YAB Dato Seri Dr. Md Isa Sabu sebagai MB Perlis, kononnya tidak setanding dengan Mantan MB, tetapi cakap-cakap politik ini telah ditelan masa dan berlalu begitu sahaja. Ketepatan masa, pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri yang dinamik, mudah bergaul, memberi ruang dan peluang kepada barisan Exco untuk ketengahkan idea, menghormati Institusi DiRaja, menguruskan perbelanjaan negeri secara berhemah dan sebagainya telah menjadikan YAB Dato Seri Md Isa Sabu amat disegani oleh semua masyarakat seluruh Negeri Perlis. Semoga kecemerlangan ini diteruskan sampai bila-bila......

PKR....Pengkhianat Kepada Rakyat

PUKUL: Penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerang penyokong Barisan Nasional sebelum memukul jurugambar NSTP (memakai jaket) yang tersungkur selepas ditolak jatuh ketika mengambil gambar dari atas kenderaan pacuan empat roda pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh, pagi tadi (Sumber: Utusan)

Inikah yang kita mahu untuk Bangsa, Agama dan Negara? Keganasan? Sanggup membela individu yang cukup tidak bermoral untuk dijadikan pemimpin?.......Fikirkanlah saudaraku semua.....

Saturday, August 16

GEORGIA DITINDAS....

Georgia meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengeluarkan arahan segera bagi menghentikan apa yang didakwanya sebagai pelanggaran hak asasi manusia ke atas etnik Georgia. Adakah ICJ akan mendengar rayuan Georgia? Di manakah nilai kemanusiaan ICJ yang menjadi harapan negara-negara kerdil?

PERMATANG PAUH? PEPERANGAN AMERIKA VS MALAYSIA

Jika kita lihat dari perspektif global, Amerika Syarikat sekarang sangat memandang serius keadaan yang dialami oleh Anwar Ibrahim (DSAI). Kejatuhan DSAI melambangkan kejatuhan pengaruh Amerika Syarikat di Malaysia. Tentangan dari 4 penjuru: (1) Datuk Arif Shah Omar Shah-BN (2) Hanafi Hamat-AKIM (3) Dr. Mansor Othman -BEBAS dan (4) Mohd Saiful Bukhari (LIWAT) memberi satu tentangan yang cukup sengit kepada DSAI. Tentera Malaysia (Pengundi) perlu sedar mengenai perkara ini.....

PERLU IKUT NASIHAT SIAPA?





Tun Dr. Mahathir :
Menyatakan Anwar Ibrahim perlu ikut sama bersumpah seperti mana yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari. Jangan cakap saja tapi tak buat.
Dato Seri Hadi Awang :
Beliau pula kata sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari tidak ikut cara Islam.
Dato Nik Aziz Nik Mat : Sumpah Mohd Saiful Bukhari ikut cara Islam. (Dato Seri Hadi Awang tak rujuk dahulu ke padangan dari Mursyidul Am PAS?)





ANWAR DAKWA SUMPAH SAIFUL GIMIK POLITIK UMNO

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan upacara bersumpah yang dilakukan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan bagi membuktikan kebenaran dakwaan bekas pembantunya itu diliwat oleh beliau sebagai gimik politik kotor UMNO untuk menjatuhkannya.

Beliau yang diminta memberi reaksi terhadap sumpah Mohd. Saiful, 23, yang dibuat di Masjid Wilayah Persekutuan petang ini, selepas bertemu orang ramai di Pasar Malam Ampang Jajar di sini malam ini turut menyalahkan pihak polis yang didakwanya mendalangi dakwaan kes liwat ke atasnya. (Sumber Utusan Online)

Jika Anwar benar, cubalah ikuti nasihat Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin untuk BERMUBAHALAH!

TERUSKAN PERJUANGAN!

Inilah satu contoh terbaik kepada generasi muda Malaysia mengenai pengertian perjuangan untuk Negara. Tidakkah para atlit lain khususnya pemain bola sepak, olahraga, dan lain-lain melihat ini sebagai keajaiban? Adakah mereka (para atlit selain Chong Wei) masih memberi alasan atlit Malaysia sukar bersaing di persada sukan antarabangsa? Bagaimana pula dengan Dato' Nicle Davis yang berjaya menyaingi atlit Barat yang sangat digeruni atlit dari Asia? Semua ini harus dijadikan motivasi kepada atlit yang selalu menggunakan ALASAN bagi menutup kelemahan diri sendiri. Syabas Chong Wei!

BARU MB (SELANGOR) TAK PM LAGI (ANWAR)

Cuba lihat telatah MB Selangor yang mempunyai 'title' Melayu & Islam. Tapi dah cuba untuk bermain api dengan bangsa sendiri. 10% untuk bukan Melayu dan warga asing dalam UiTM adalah satu usaha 'terancang' pihak bukan Melayu / Islam melalui Si MB untuk menghakis ketuanan Melayu di bumi Malaysia. Dari isu Kandang Babi ke Forum Memeluk Islam ke 10% UiTM....semua ini adalah satu usaha untuk menghakis keutuhan komuniti Melayu di negara ini melalui KUASA MB. Jadi, cuba anda bayangkan jika KUASA PM berada di tangan mereka?

MARUAH VS PUBLISITI?

Pengakuan Mohd Saiful Bukhari merupakan satu dimensi baru dalam perang saraf politik Malaysia. Ini merupakan satu senjata yang dilihat cukup utuh bagi menegakkan kebenaran yang kian terhakis. Jika direnungi dengan mata hati yang tajam, kita dapat gambarkan bahawa adakah anda sanggup berbuat demikian jika berada di tempat Mohd Saiful Bukhari? Adakah anda melihat ini sebagai satu kepalsuan? kepura-puraan? publisiti? Inilah nilai yang perlu dilakukan oleh generasi muda yang sanggup mengetepikan maruah diri demi menegakkan keadilan dan memilih pemimpin yang jauh dari gejala moral yang tidak sihat.